✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alkisah... masa aku belajar dulu, aku ada laa suka kat sorang mamat ni. Dia ni, kalau tengok luaran, nampak serius 24 jam. Tapi disebabkan dia chinese look dan pakai spec, entah kenapa tiba-tiba aku jatuh suka kat dia since hari ketiga minggu orientasi.
Di kampus, aku jarang terserempak dengan dia sebab course dan fakulti kami lain-lain. Jadi, kalau outing, 'ada rezeki' aku... maka dapatlah aku 'cuci mata' tengok dia walaupun dari jauh. Bahagianya masa tu... alahai... macam orang baru belajar bercinta. Pada hal tak ada apa-apa pun.
Kebetulan, tidak jauh dari tempat kami belajar, ada pasar malam dan lazimnya, pasar malam tu, rata-rata pelanggannya adalah student macam kami. Yelah kan... sesekali makan sedap. Dan aku tak ketinggalan juga untuk menjejakkan kaki kat pasar malam tu.
Sebenarnya, hampir tiap-tiap minggu aku ke pasar malam tu. Selain nak cari roti john, aku pergi pasar malam sebab nak tengok dia laa... aku ni pemalu. mana laa reti nak approach orang. jadi dengan cara ni je laa aku boleh stalk dia.
Then pada suatu hari, masa kami berada kat pasar malam, tiba-tiba aku ternampak dia berhenti kat satu gerai. jadi aku pun cepat-cepat pergi kat gerai tu. rupanya dia tengah pilih kek pisang! ada dua jenis kek pisang yang dijual. satu, bersaiz S dan satu lagi bersaiz L. aku tak beli tapi aku sengaja tengok gelagat dia membeli. dan dalam masa yang sama, aku mengagak yang dia ni suka makan kek pisang.
lepas beli, dia pun beredar. tapi entah macam mana, aku tergerak hati juga nak beli kek pisang. dan lepas 'insiden' tu, tiap kali aku beli kek pisang, mesti akan teringat dia.
sekarang dah masuk 10 tahun sejak aku meninggalkan fakulti dan kampus. dan sejak itu jugalah aku tak pernah nampak atau terserempak dengan dia lagi. kali terakhir aku dengar pasal dia kira-kira 5 tahun lepas. khabarnya dia bekerja sebagai kakitangan kerajaan di salah sebuah negeri di Pantai Timur. dia dah pun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
apa-apa pun aku doakan dia semoga sentiasa bahagia dan sihat selalu. siapa sangka, kerana kek pisang... aku boleh karang sebuah cerita hahahaha...
p/s korang jangan laa amik serius... ni cerita rekaan je laa... tak de langsung kena mengena dengan sesiapa pun... 😁😁😁😁
Baca post ni sebelum sampai part p/s tu rasa macam, "Awwww, that's so sweet sebab kek pisang pun boleh mengingatkan kepada seseorang."
ReplyDeleteTapi bila dah sampai part p/s rasa macam, "Laaaa, cerita rekaan je ke?" T__T
jangan mareee ;-)
Deletewow2.. boleh buat tajuk drama ni. Kerana kek pisang aku jatuh cinta..eh..macam xbest la plk..haha
ReplyDeletecik nor jd director boleh? ;-)
Deletehehehe
ReplyDeletemenarik juga kisahnya
cinta dari jauh namanya
boleh buat telemovie nih - Cinta Kek Pisang
hans buat skrip boleh? ;-)
DeleteYEKE ANIES REKA CITER JE..TAPI KEK PISANG MMG SEDAP TAPI YG DIJUAL BUN BSR TU BNYK SGT SODANYA MMG XTRMKN
ReplyDeletebetul tu kak...rs soda je lbh pisang amik bau je
DeleteKisah "Cake Pisang" di masa lalu akhirnya menjadi sebuah cerita di blog di masa ini. Kadang ada saja kenangan masa lalu teringat kembali karena melihat benda atau hal serupa di masa sekarang.
ReplyDeleteCerita yang bagus Mbak Anies 😊
(utk panggilan khas Malaysia apa ya?)
kak, cik manis, mem besar... semua boleh mbak ummi hahahaha
DeleteAmin, ikut mendoakan sahabat kak Anies selalu diberi kebahagiaan.
ReplyDeleteKeren nih berkat kue pisang kak Anies berhasil mengguncang cerita ☺
aminnn terima kasih mas himawan
DeleteWahh boleh jadi intipati novel ni hahah :3
ReplyDeletehana laa tlg karangkan ;-)
DeleteBoleh ja! Hana ambil inspirasi dari kisah ni ok?! hahah ni namanya curi idea versi mintak izin :3
Deleteboleh2 make sure nnt diadaptasi ke drama tv ya😆
DeleteHehehe chinese look tuuu
ReplyDeleteEVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT BEING A BABYSITTER
haip! hahaha
Deletekerana kek pisang cintamu berputik. haha boleh buat lagu ni anies!
ReplyDeletesyiqin buat kan laa liriknya ;-)
DeleteWow... okla not bad... mcm novel... hihi
ReplyDelete😆😆😆
DeleteSama laaa test kite... nak carik chinese look 😉😉
ReplyDeletehamboiiii marah cik abang kalu dia bc ni hahaha
DeleteHehehe, tak rasa macam rekaan tapi macam mengimbau kenangan... tetiba teringat kek pisang...
ReplyDeletelapar tu hahaah
DeleteHehe memang lapar ni...
Deletesabooo puasa..
DeleteEkeke. Kadang-kadang benda kecik pun boleh jadi karangan.
ReplyDelete#selalubuat
kannn ;-)
DeleteHahahaha..comel je cerita ni. Tiba-tiba rasa saspen nak habiskan baca :P
ReplyDelete😆😆😆😆
Deletebetul ke cerita rekaan atau sekadar cover line..
ReplyDeletesaya sukar nak percaya.
kalau betul la .
moga awak berjumpa dengan jejaka idaman chinese look..
p/s : saya tak suka kek pisang tetapi sangat mnenyukai pisang
bila tgh 'high' maka imiginasi akn dtg bak air terjun 😆😆😆
Deletehahahaha...
Deletekesan dari cerita korea la nie..
tak pe.
janji awak bahagia.
x... telenovela ;-)
DeleteYe ke cerita rekaan? Hehehe
ReplyDeleteyaa xcaya g tanya h.kane😆😆😆
Deleteokay bila baca sampai akhir, tak tahu nak marah ke nak gelak. Tapi, mmmg Nadia gelak beria sebab mmg kelakar lah and kreatif okayyyy . Tajuk kek pisang boleh buat satu cerita .
ReplyDeletehihihi
tu laa nk try submit proposal kt michael ang 😆😆
DeleteKisah yg terpendam ni hehehee.. mmg sesetengah kenangan tu boleh buat kita teringat balik dgn perkara2 antaranya spt kek pisang ni. :D
ReplyDeleteesp time perut lapar😆😆
Deletelama tak makan.. lapar pulak tgk
ReplyDeleteOhsem story.. Lama tak makan kek pisang.. Ada satu kaka dekat pejabat ini memang pandai buat.. Lembut, gebu dan sedap je kek pisang dia..
ReplyDeleteCake yang paling saya suka ya ini, karena berbahan pisang. Entah kenapa saya suka sekali olahan pisang. Termasuk misalnya roti, isi keju or pisang saya akan memilih roti isi pisang :)
ReplyDelete