Pages

Friday, 20 April 2018

Macau: terjah Ruin St. Paul, Senado Square dan Grand Lisbon

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI

setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Coloane Village (CV), kami terus naik bas menuju ke pusat bandar.

sama macam yang pernah anies nyatakan dalam entry2 sebelum ini, kami ni tak ada itinerary khusus. jadi kami jalan dan terus tuju ke sesuatu lokasi secara 'gamble'. kalau, sesat, sesatlah. kalau jumpa... alhamdulillah.

berpandukan notis yang ada pada bus stop, kami pun duduk diam je laa dalam bas sampai ke tempat di mana bas berhenti dan ramai orang turun kat situ. bila tengok kiri kanan, nampak ramai berkumpul di situ. so kami mengagak yang Ruin St. Paul ada di situ.

sebaik turun bas, hujan yang renyai2 tadi terus bertukar jadi lebat. maka terpaksalah kami berteduh depan kedai souvenir (makanan). ya Allah... sedapnya bau tart telur... kalau halal, memang kami  angkut 10 biji.

FYI, Macau ni famous dengan tart telur dan daging salai untuk dijadikan souvenir. alangkah bagusnya kalau kedua2anya ada produce yang halal punya (masa ni dalam hati terdetik nak buka kedai halal kat sini hahahaha)

bila hujan sedikit teduh, kami singgah gerai souvenir. sementara dah terjumpa ni, baik laa kami singgah. nanti dah balik, mungkin tak jumpa or dah tutup. so baik rembat sekarang.
hujan masih renyai2 dan berbekalkan baju hujan kami terus berjalan menuju ke Ruin St. Paul berpandukan arah orang ramai dan signage yang cinonet.

macam korang pernah tengok dalam Running Man di mana diorang terpaksa berlari sambil mendaki, maka kami pun macam tu juga. bezanya kami tak lari tapi kami lari sebab hujan.

lari punya lari, akhirnya sampai juga di kaki Ruin St Paul. dari jauh nampak ramai sangat umat manusia. nak naik pun tak larat sebab penat dan lagi satu hujan kembali lebat. maka, kami pun cepat2 snap gambar dan beredar. tak apa laa tak sampai ke puncak, yang penting dah tengok dari jauh yang mana sebelum ni cuma tengok dalam tv je...

cerita seterusnya berpandukan caption setiap gambar...

tempat wajib yang mesti dilawati bila dah sampai Macau. Ruin St. Paul. walaupun hanya 'rangka' tapi tak menghalang orang ramai menyerbunya... kena daki tangga untuk sampai ke puncak. pun begitu, hujan tidak menghalang mereka ke atas kecuali kami hahaha... kami tengok dari bawah je. tak larat nak daki. penat satu hal. basah lencun pun satu hal.

bukan nak tunjuk Sal tengah berteduh tapi nak tunjuk signage yang cinonet tu... berpandukan signage tu laa kami akhirnya sampai di Ruin St. Paul...

celah2 lorong bangunan menuju ke Ruin St. Paul. kalau korang tengok Running Man, mesti perasan keadaan kat sini hahahhaa

sama macam chapel of St. Francis Xavier kan? salah satu bangunan lama yang terdapat di Senado Square... kami tengok je...

cuaca kurang elok so gambar pun sama malap hahaha...

Senado Square... lepas turun dari Ruin St. Paul. supposed kami bergambar di sini dulu sebelum naik Ruin St. Paul tapi sebab hujan lebat, dah nak balik baru kami singgah sini... jangan tanya kenapa Sal cekak pinggang... mungkin masa ni dia tengah geram kenapa laa Kane sibuk nak claim gol tu dia punya... hahahaha

dari Senado Square, kami berjalan menuju ke Grand Lisbon. tak jauh. ada laa dalam 800 meter gitu. sambil jalan, melilau tengok bangunan2, trafic dan orang ramai... masa ni dah tak hujan lagi...

Grand Lisbon... hanyalah sebuah bangunan yang menempatkan shopping mall dan kasino... kami tak masuk. tengok dari luar je... yang penting dah sampai sini... tu je yang kami tahu hahaha...

nak juga snap gambar dengan kasino ni... oh, mem besar dah berjangkit dengan Sal... sakit pinggang.... hahaha

since kami tak pergi Macau Tower, so snap dari jauh je laa sebelum naik bas...

dalam bas... menuju ke hotel dan berehat sekejap. lepas maghrib kami akan keluar semula. ke mana? tungguuuu


p/s anies belum habis BW... sabar ya... yang dah drop komen, terima kasih banyak2 and have a nice weekends!

49 comments:

  1. alahiii memang cenonet sangat2 signboard nya

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bangunan casino tu yer... Tapi bangunan rangka tu yang ramai orang kan...

    ReplyDelete
  3. Time hujanlah best boleh feeling2 adventure haha ^^
    .
    Btw thank youu sudi bomb blog Hana secara kaw2 dan istiqomahnya hehe <3

    ReplyDelete
  4. tu bridge sg ke laut hahaha... banyak jln sakit pinggang la hahaha nanti sakit kaki pulak 🙊🙊🙊

    ReplyDelete
  5. ruin st paul tu tak pernah yg tak ramai org..

    ReplyDelete
  6. Picture malap pon cantik maaa😁😁

    ReplyDelete
  7. Jauh berjalan memang banyak ilmu yang ditambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa dok dlm kelas tido mn laa nk dpt ilmu kan😆

      Delete
  8. Cantik tempatnya..nampak bersih je. Best jalan-jalan ni

    ReplyDelete
  9. memang best..

    lama-lama baca rasa seronok la pulak..

    ReplyDelete
  10. Hujan pun ramai umat manusia, bergambar mcm x hujan, hehe. Ade jumpa x tart telur yg halal kt tempat lain?

    ReplyDelete
  11. Macau! One of the places that I want to go. By the way, egg tart dia memang tak boleh makan ke?

    ReplyDelete
  12. Selain tempatnya bersih, gedung-gedungnya juga bagus ya, jadi pengen bisa kesitu. Dan sepertinya. Tempat shoping mallnya keren danpenasaran dalamnya seperit apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak masuk. cuma bergambar di luar sahaja... di dalamnya ada casino

      Delete
  13. assallamuallaikum
    salam kenal
    Gedungnya besar ya
    pusat perbelanjaan negara modern ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... tempat orang kaya mbak ummi ;-)

      Delete
  14. Anies :) Baca komen kat email je.

    Takpe kalau takde FB. Tak kisah pun. Apa yang ada je untuk join giveaway Siqah. No worries 😊

    ReplyDelete
  15. Hujan??? tapi tak nampak pulak air hujan yang menitik.
    Hehehe... mewah nampaknya bangunan Casino tu

    ReplyDelete
  16. kenet sangat signagenya, nampak ke dari jauh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr jauh mmg x nmpk kena pegi dkt br jelas

      Delete
  17. signboard kat malaysia kemain besar boleh Cik Nor sesat..ni cinonet macm tu..haha

    ReplyDelete
  18. Wah Sal...berteduh penuh gaya...

    ReplyDelete
  19. hahaha..Sal tu sakit pinggang penat berlari dlm hujan

    ReplyDelete
  20. Pernah tengok lokasi ni kat tv.. menarik. Cuaca mendung tu hujan ke tak lepas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x. bla blk ke hotel x hujan.. dah mlm br hujan blk

      Delete
  21. Kena pakai kanta laaa jawabnya ...tulisannya halus nau

    ReplyDelete
  22. Alahai.. tak seronok berjalan ye bila hujan.. Tapi tetap pengalaman yang tak dapat ditukar ganti..

    ReplyDelete
  23. saya rinduuuuuu sangaaat dengan Macau 😄😍😍😍. Trakhir kesana, saya Bungy jumping di Macau tower. Itu pengalaman terbaik dalam hidup sih ❤️❤️👍. Dan ga nolak untuk mengulang itu lagi 😄😍. Seruuu sangaaat. Berbaloi lah dengan uang yang saya bayar untuk terjun hahahahah 😄

    Temoat2 yg ajak datangin, saya kesana juga. Tapi kami beruntung dapat driver yg tau makanan halal di Macau. Rasanya sedap, teringin nak makan di sana lagi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆