✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
kalau korang nak tau, ni laa entry yang anies tak sabar2 nak share dengan korang. kenapa? sebabnya... salah satu wish list anies dah tercapai! yahooo!!! Alhamdulillah...
yeap... anies memang minat giler ya amat dengan K-drama yang satu ni... masa baru keluar tv dulu, anies dah berusaha cari CD-nya. masa tu, memang nak menangis laa bila tengok harga CD tu. RM120 noks... dahlah kite ni masa tu ber'title' student. harapkan duit poket je laa... tapi sebab minat punya pasal, pejam mata and terus bayar!
then, 4 tahun lepas Nuffnang ada buat contest dan pemenangnya akan diterbangkan ke Macau. anies pun cubalah nasib join sekaki tapi rezeki tak menyebelahi. masa tu memang beria2 nak menang sebab nak tengok / melawat Coloane Village (CV) ni. tapi... rupa2nya Allah nak beri peluang tu pada September 2017. Alhamdulillah...
okey, stop merapu. sambung balik!
lepas selesai urusan hotel, kami terus ke perhentian bas. tapi sebelum tu, kami sempat lagi singgah Historical Museum of Coloane and Taipa. kenapa kitorang singgah? sebab free entrance. rugilah kan dah sampai tapi tak masuk. tapi sayangnya, kami tak boleh nak snap gambar dalam muzium ni untuk di share dengan korang.
20 minit dalam muzium, kami terus ke perhentian bas. tapi bila check laluan bas, bas yang nak ke CV ni tak berhenti / tak masuk jalan tersebut. maka, bermulalah aktiviti congak mencongak jalan sampai lencun ketiak. pergi sini, tak jumpa bus stop. pergi sana, tak nampak apa2. lama juga laa kitorang melilau kat area Macau sport complex tu semata2 nak cari bus stop ke CV.
bila dah jumpa bus stop, bas pulak tak muncul2. aduii... dalam laluan ada tapi 'batang hidung' bas satu pun tak lalu / tak nampak. hati dah start keciwa... rasa nak give up je. tapi otak cakap, NO. belum masanya untuk give up. nak kan sesuatu kena bersabar, kan?
penantian kami hampir 45 minit ternyata berbaloi. bas yang ditunggu2 pun muncul. terus kami naik dan bayar tambang. tak ingat berapa harga tambang. main bubuh je dalam peti tiket tu.
sambil naik bas, melilau tengok keadaan Macau ni. nak kata maju sangat, tak juga. nak kata mundur, of couse not. masih dalam proses menuju negara maju. buktinya, kami nampak landasan MRT yang masih dalam pembinaan. mungkin setahun dua korang datang ke Macau dah tak perlu risau sesat barat macam kitorang sebab dah ada MRT.
berpandukan apps Moovit, akhirnya kami pun sampai CV. ya Allah girangnya hati... tak tau nak cakap macam mana... hahaha... tu belum sampai Korea lagi. kalau dah sampai mau pengsan terus sebab terlajak excited.
bila ramai penumpang turun, kami pun ikut sekali. bila ternampak sesuatu yang 'sangat familiar' di mata ini (sebab PH laa) maka, hati mula dah tak sabar2 lagi.
so, untuk cerita lanjut, korang baca caption setiap gambar ni yek!
ni laa dia Historical Museum of Coloane and Taipa yang anies cerita kat atas tadi. free entrance tapi sayang, tak boleh ambil gambar bila ada kat dalam. terletak kira2 400m je dari hotel kami (selorong dengan hotel). dibuka dari pukul 10 AM- 6 PM. apa yang menarik di dalamnya? korang boleh saksikan peralatan, gambar2 lama sebelum dan selepas Macau dijajah Portugis. dan jangan tak percaya, sebahagian barang2 lama yang pernah kita tengok kat Malaysia, juga ada di sini tau. contohnya, mesin pengisar beras yang diperbuat dari batu tu... dan banyak lagi. so, kalau ada kesempatan berada di Macau ni, korang singgahlah ke sini...
lorong atau nama jalannya adalah Rui Correia de Silva... dah macam nama pemain bola sepak laa pulak hahaha... ni lorong menju ke hotel kami. kecil, sunyi dan bersih. i loikkkee!
berhadapan Historical Museum of Coloane and Taipa... ni adalah Buddhist Temple atau Tin Hou Temple. kami tengok dari luar je. tak masuk pun...
jalan punya jalan... tunggu punya tunggu, akhirnya muncul juga bas bernombor 26A.. fuhhh... punya laa lama menunggu sampai rasa nak cancel je... penumpang pun ramai... so, reda je laa bila kena berdiri sampai ke destinasi...
Alhamdulillah... sampai juga akhirnya... rasa nak melompat2 je... macam tak percaya je... keadaan kat sini tak terasa sibuk. tenang je... oh ya, korang nampak tak kanvas warna hijau putih tu? salah satu scene dalam PH... di mana Chae Kyung singgah sebuah kedai runcit, then lepas tu dia cuba 'kenen'kan seorang pak cik dengan pemilik kedai runcit ni... hah... ni laa kedai runcitnya... kalau tak ingat, nanti korang tengoklah balik... hehehe... dan berdepan dengan kedai runcit ni, ada roundabout / taman di mana Chae Kyung dan Lee Shin (lepas mereka bertemu semula) duduk makan egg tart bersama2) anies rasa ada snap pic tu tapi tak tahu masuk ke tak dalam kamera...
ni pulak, kedai egg tart Peter yang Chae Kyung singgah. dia tak masuk pun cuma berhenti tepi jalan je. dan sampai kami tiba kat sini pun, ia masih lagi kedai egg tart dan ramaiiii orang... sayangnya, anies tercari2 juga laa restoran yang Chae Kyung dan Lee Shin makan tu, tapi tak ada. mungkin dah tutup kot...
dan akhirnyaaaaaaaaa.............. sampai jugaaaaaaaaaaaaaa..... arghhhh memang excited sangat masa ni... rasa macam tak percaya!! betul kan? betul kan? ni lokasinya? hahaha... apa punya soalan daaa....
memang sengaja snap pic ni... membayangkan Lee Shin tengah perhatikan Chae Kyung dari seberang jalan... tapiiii... bukan kat sini ya... cuma.... 1 je laa yang agak terkilan... kawasan ni tak dijaga dengan baik. memang kecewa bila tengok sampah sarap. time tu anies rasa, whyyyyyyy... why tak sama macam yang anies tengok dalam drama? whyyyyy.... tapi lepas tu, kembali kepada reality... tu drama, sayang! boleh edit, boleh buat macam2 nak kasi lawa... tak pe laa yang penting dah sampai... dah tengok depan mata... bersyukurlah...
Chapel of St. Francis Xavier.... ada dalam scene PH tu, pada mulanya anies sangkakan ni laa kediaman Chae Kyung. rupanya bukan. dan kat sini laa Chae Kyung dan Lee Shin berkahwin kali kedua dan disaksikan oleh Choi sang goon (dayang Chae Kyung) dan hamoeni yakni nenek Lee Shin... ingat lagi tak scene ni? hahaha... tapi tak kan tengok kat luar je... so kami pun masuk laa ke dalam... tak ada apa2 niat nak masuk just nak tengok2 je...
dalam chapel.... dalam drama, nampak lain... mungkin dah diubah suai... ye laa kan... dah lebih 10 tahun kot... mesti laa ada reno kan...
Biblioteca or library... sini pun ada scene pendek... lepas Chae Kyung keluar, dia ternampak Lee Shin tengah tunggu dia... tu laa babak kali pertama diorang bertemu lepas Chae Kyung keluar dari istana...
sebelum tu, kami berehat kat tepi laut ni... berhadapan dengan chapel... dalam scene tak tunjuk tapi korang boleh nampak pada penghujung cerita (masa Chae Kyung rasa nak muntah). kami stop kat sini ambil angin sambil makan tengah hari... lapo beb... dari sampai Macau, belum sempat jamah apa2 makanan...
peta sekitar Coloane Village... sebelum beredar, kami sempat lagi merayau2 kat kawasan tu... masuk celah2 lorong, lalu belakang rumah orang... nasib baik tak ada anjing... kalau tak habis kena hambat...
last..but not least... harus bergambar di sini. sama macam Chae Kyung dan Lee Shin...bergambar lepas depa kahwin hahaha...
nah... ni sebahagian scene dalam Princess Hours di Coloane Village...episode terakhir... silalah layan ya ;-)
lebih kurang 2 jam kat sini, kami pun beredar. Alhamdulillah, puas hati bila dapat penuhi wish list ke Macau ni... apa yang pahit dan tak best tu, pejam mata je laa... yang penting dah sampai dan dapat dah tengok depan mata sendiri... thank you Sal sebab sudi teman walaupun hampir give up!
ke mana kami akan pergi lepas ni? tunggu...
p/s ada blog yang belum sempat anies terjah... sabar ya....
Bestnyer, cantik tempatnya... Siap buat lakon semula macam dalam citer yer...
ReplyDeletehaha tgh excited
DeleteLepas tengok episod yang Anies share ni terasa macam nak tengok full episod lak... Omg...
ReplyDeletetgk jgn xtgk
Deletegi macau x main terup kat dlm casino dorang keew?
ReplyDeleteblum msk lg da tewas wak😆
DeleteDetails betul penceritaan semula PH, nampak sangat memang minat giler PH dulu ni :P
ReplyDeletehahaha
Deletemenarik sgt drama korea ni artis2nya comel2 semua untung anies dpt jejaki lokasi penggambarannya di sini
ReplyDeleteda minat kak😊
DeletePasti senang datang ke macau je. Tampak kakak suka drama korea sesampainya disana bisa jadi teringat korea je heheheh. Macam Chae Kyung dan Lee Shin
ReplyDeleteya betul. kalau boleh mau pergi lagi😆
Deletekdrama yg pernah viral suatu ketika dulu ni kan? hehe =3 *Tung ahh kak Anies hhaha >_<
ReplyDeleteya hana😊
Deletewahhh bestnyaaaa. tp mmng drama tak sama kan dengan realiti. hehe (:
ReplyDeletekin pun peminat princess hour jugak
nama pn sinetron😆
DeleteBila sampai tempat impian ..sukanya hati tak dpt digambarkan
ReplyDeleteterlajak excited😆
Deletesekarang baru sedar Anies suka drama Korea..
ReplyDeletemesti nak tengok hero yang hensem dan jambu tu kan..
it okay..
tu dulu😆
Deletesebelum-sebelum ni akak memang tak ikut drama koria ni.
ReplyDeleteTengok sikit disini macam best pulak
kn tgk tu😊
DeleteNi kalau korea ni, jaga habis & jadi lokasi pelancong. Tapi Macau.
ReplyDeleteTapi Korea bagus sbb diorang jaga benda2 ni & majukan supaya dapat jadi tourist attraction & generate money. How I wish malaysia pun gini.
syg nyer kite cuma ada klcc je😊
DeleteGedung bangunan bersejarahnya cantik-cantik dan terawat dengan baik.
ReplyDeleteAku suka melihatnya.
Nice trip.
betul tu mas
Deletecantik2 tempat bergambar
ReplyDeleteada rezeki nak pergi sini juga
aminnn
DeleteNak tengok cerita tu dulu la...
ReplyDeleteBaru ada fefeeling...
tgk jgn xtgk😊
Deletebestnya
ReplyDeletemenarik dan tertarik
😊😊😊😊😊
DeleteBestnya dapat pergi tempat pengambaran drama Korea! Siqah tengok Princess Hours. Suka tengok hero dan heroin. Comel je. Hihi
ReplyDeletemesti lyn jg ni yaa
Deletenampak la hang punya excited masa sampai sini..hahaha
ReplyDeletesyyyhhhhhh
Deletewajib selfie kt sini dgn style lompat hahah... verangan dh hui
ReplyDeletetp ms tu xteringat pn nk lompat😊
DeleteKite pon giler ngan PH
ReplyDeletesyibuk jee😆
DeleteTengok berkali kali
ReplyDeletedasat no😆
DeleteBest laaa pi tempat diorang shooting
ReplyDeletedah lama mengidam nk ke sini😊
DeleteYa laaa ambikyg manis manis je...yg pahit letak tepi kay
ReplyDeleteu r rite
DeleteRase nak tonton balik PH😍😍
ReplyDeletetp cik tim jgn nangis bla tgk blk tau😆
DeleteAmy siap beli CD citer tu , habis duit tabung :)
ReplyDeletekite geng 😆
DeleteLZ selalu tahu Macau terkenal dengan tempat gambling tapi tak sangka ada tarikan pelancongan juga.. Kalau bukan kerana baca post anies tentu LZ rasa kolot tak tahu apa ada di Macau.. Best la Macau banyak bangunan bersejarah cantik..
ReplyDeletesbb gambling lg terkenal berbanding yg lain sbb tu macau jd host f1 tu slh 1 cara nk tarik pelancong
Delete