Pages

Tuesday, 3 April 2018

Kenduri kesyukuran untuk Wil

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... bulan lepas kami terima khabar gembira di mana salah seorang sepupu anies, Wil dapat sambung belajar kat Mesir!!!

masa saling berbalas WA tu, dalam kepala dah terbayang... yeayyyy boleh pergi Mesir lagi! boleh jumpa Mo Salah!! hahaha... eh ehh... kenapa tu Sal?

dan Sabtu lepas, mak cik dan pak cik telah mengadakan kenduri kecil lepas Subuh... dah lama tak hadap kenduri lepas subuh macam ni. kalau kat kampung anies, dah selalu sangat orang buat kenduri lepas subuh... kat bandar, memang tak kan jumpa punyalah... yang kelakar, jiran2 mak cik bila dapat jemputan, masing2 tak percaya. dia kata betul ke kak Badar ni? kenduri 7AM ke 7PM? tapi lepas dah makan tu, masing2 happy sebab katanya, tak perlu beli or buat sarapan kalau buat kenduri lepas subuh macam ni...

kalau dah kenduri mesti ada makan2 kan? macam biasa... kami bersingsing lengan untuk sediakan juadah... since kenduri sebelah pagi, tak kan nak makan nasi ayam pulak kan... so, yang sinonim dengan pagi tentunya nasi lemak, mi or bihun goreng. selebihnya roti canai dan capati, mak cik tempah kat resto dekat dengan rumah dia.

gambar 2 ketui je yang sempat anies snap...

nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, capati, roti canai dan selebihnya kuih-muih yang jumlahnya ada 9 jenis!! oh ya... ayam goreng wajib ada kalau makan nasi lemak ni...

jemaah surau (lelaki semuanya termasuk pak imam dan ustaz) datang lepas habis kuliah subuh... manakala tetamu wanita dan kanak2 pula datang lepas mereka beredar...

okey tu je perkongsian untuk hari ni... thanks 4 reading...

34 comments:

  1. rambang mata tengok. semua sedap. aduhai ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa tuan rumah pun x jamah semua yg ada ;-)

      Delete
  2. ermm..xjmput kita pun. Kat kelantan masih ada lagi knduri lps subuh terutama majlis apa ntah utk baby..haha

    *nnt cik nor akan terima roomate baru plk lps ni tapi setakat ni xde lagi..hihi

    ReplyDelete
  3. memang tak pernah lagi jumpa kenduri selepas subuh ni, menarik gak ni anies...budget sarapan pagi terus bawak je lunch :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... asik kenduri tgh hari petang ngan mlm je kan sesekali tkr lps subuh

      Delete
  4. kenduri dari pgi eh, hihi. area kulim ni xda lagi la knduri gitu..
    slalu mcm org nk buat knduri, pgi tu pun dah kena standby mknn, org kpg mesti mai awai nak tlong2 rewang..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb byk kenduri hari tu jd nyer mrk plh wat lps subuh..

      Delete
  5. Kat tempat Mrs. A pun tak pernah ada lagi kenduri lepas subuh.

    Wah! menu dia tu macam-macam ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. lps ni boleh laa try wat kenduri lps subuh😊

      Delete
  6. idea yg bagus ni..buat kenduri lepas subuh...sapa lambat bangkit..tolong cuci pinggan jer la kan..hehe

    ReplyDelete
  7. banyaknya juadah sampai tak tahu nak makan yg mana saty

    ReplyDelete
  8. tahniah..pstt nak ikot g mesir..sila bawa sya..hehhe..wahhh juadah best nyaa

    ReplyDelete
  9. Wahh bagi Hana kira rare lah buat kenduri lepas subuh hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt lain mmg rare tp biasa je kalu kt kg kami ;-)

      Delete
  10. alhamdulillah selamat buat Wil yang akan melanjutkan studynya ke Mesir semoga sukses ya

    Jadi ada semacam tasyakuran (selamatan =kenduri) berbagi kebahagiaan di pagi hari
    betul sekali jadi kalau pagi nasi lemak (indonesia nadi uduk) sangat cocok disajikan pagi hari

    jadi ingin merasakannya yg khas malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai mbak maya menterjemahkannya... ;-) #doublethumbsup

      Delete
  11. tahniah untuk wil... semoga akan menjadi insan hebat ...
    best yer dapat makan2... jumpa sedara dan rakan...

    ReplyDelete
  12. Seronoknya buat makan-makan lepas Subuh, biasa makan waktu malam dan petang je rumah saya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat Wil.
    Seronoknya kenduri lepas subuh! :D

    ReplyDelete
  14. rezeki..

    makanan sedap-sedap tu

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. salam tahniah dan semoga terus sukses buat Wil.

    Kenduri lepas subuh mmg timing cantik tu breakfast sekali.. mmg tngh berselera pagi time tu haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. en khir boleh laa wat kenduri lps ni lps subuh ;-)

      Delete
  16. Mak mertua saya pernah jugak buat kenduri pagi. Mula2 tu pelik jugak.

    Tahniah untuk sepupu Anies. Moga terus berjaya.

    ReplyDelete
  17. jarang org utara bt style gini... tp yelah mcm sarapan pg juga tp versi kenduri.. ohh mesir ohh unta

    ReplyDelete
  18. First time dengar pasal kenduri lepas subuh ini.. Bagus juga buat waktu ini.. Juadah pun senang nak disediakan..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆