✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Awal pagi, kami dah bangun sebab tiket feri kami pukul 9 pagi. lepas sarapan ringkas, bersiap, check out hotel, kami terus ke China-Hong Kong Ferry Terminal.
kalau korang naik feri dari Tim Sha Tsui, maka lokasinya kat C-HKFT. kalau naik kat Pulau Hong Kong, lain ya lokasinya. harap jangan terkeliru.
lagi satu, korang kena pastikan juga, kat Macau nanti korang nak turun kat mana. macam kami, kami akan turun di Outer Harbour Ferry Terminal. jadi feri yang akan berlabuh di Outer Harbour Ferry Terminal adalah Ferry TurboJet.
kalau tak faham or pening2 lalat dengan info yang anies beri ni, korang Google je laa... banyak info kat sana.
kami beli tiket ni pada hari pertama tiba di HK. kalau korang pergi ke Macau on weekends, dapat harga murah sikit... harga asal kalau tak silap HKD190
oleh kerana beg kami berat berisi batu, maka kena laa check in dengan bayaran HKD25 atau lebih kurang RM12.30
sal tolong uruskan luggage... thank you sal... kaunter dibuka kira2 20 minit sebelum berlepas...
lepas kami check in beg baru laa kami perasan, ramai je yang tak berbuat sedemikian... selamba je diorang bawa masuk luggage dalam feri... hmmm... kalau kami tau, awal2 lagi kami dah buat...
hari Ahad... memang ramai umat manusia yang nak ke Macau...
menuju ke platform...
jauh juga platform-nya...
menunggu turn untuk naik feri...
suasana dalam feri... kalau korang nak tau, dia punya bising ya Allah... kalah pasar... gamat ya amat...kitorang rasa nak menjerit je suruh diorang senyap... diorang bising pasal nak tukar tempat duduk. walaupun tak faham, bila tengok situasi kami boleh agak...
bye Hong Kong... entah bila laa kita akan ketemu lagi...
macam ni laa lebih kurang feri yang kami naik. macam feri ke Langkawi tu. tapi yang ni lagi besar...
sepanjang perjalanan, hujan agak lebat sampai melambung2 feri dibuatnya. sure sapa yang mabuk laut tu, muntah punya laa... Alhamdulillah, kami okey je... bila nampak je jambatan ni, means kitorang dah nak sampai bumi jajahan Portugis ni...
Alhamdulillah... hampir 2 jam dalam feri, kami selamat sampai di Outer Harbour Ferry Terminal.
keluar dari feri, kami terus tuju ke imigresen... macam yang pernah anies ceritakan sebelum ni, tolong jangan hilangkan kertas kecik tu. kat sini pegawai imigresen juga perlukan kertas kecik tu... so jangan hilangkan ya!
usai urusan imigresen, collect beg pulak... dah serupa macam kat airport ;-)
suasana dalam Outer Harbour Ferry Terminal... kami sempat sambar beberapa pamplet untuk dijadikan rujukan...
keluar je dari terminal, ada stesen bas. di sini kami akan tunggu bas yang akan bawa kami ke hotel. okey, kami memilih untuk turun di Outer Harbour ni sebab ada bas yang akan melewati hotel kami. kalau kami turun di terminal lain, kat sana tak ada perkhidmatan bas. kalau ada pun teksi. so nak jimat punya pasal, maka kami pun turun laa kat sini...
lama juga kami tunggu bas. hampir setengah jam...
agak penuh juga penumpang dalam bas ni... selesa dan yang penting ada air cond...
dalam perjalanan ke hotel, ternampak Macau Tower. bila nampak tower ni, terus teringat Running Man. dan terus teringat Song Ji-hyo yang berani hahaha...
Alhamdulillah... kami selamat tiba di hotel lebih kurang jam 1 petang. oleh kerana belum tiba masa check in, kami drop luggage dulu then terus ke lokasi seterusnya...
nak tau kami ke mana?
stay tuned...
wahhhhh bestnyaaaa... babai hong kongggg
ReplyDeleteKena prepare kapas kalau nak naik feri kat sana ek... Nak ke mana pulak tu yer???
ReplyDeleteWah! mujurlah uols tak mabuk laut ya.
ReplyDeleteMrs. A pun jenis tak mabuk laut tapi Mr. A sejenis yang mabuk laut sadis kalau naik feri yang melambung-lambung ataupun bot suasana happy dan ceria boleh bertukar suram dan hambar. [cakap berdasarkan pengalaman lalu]
nice sharing
ReplyDeleteGood bye Hong Kong!! second time Hana pulak join hahaha >_<
ReplyDeletewah
ReplyDeleteseronoknya dah sampai Macao
wahh, menariknya tengok anies travel!
ReplyDeleteMemang serupa airport dah, dengan conveyer beltnya, hehe :).
ReplyDeletesaya baca perlahan-lahan sehingga habis.
ReplyDeletetahniah kerana kuat ingatan untuk menceritakan balik pengalaman melancong begini..
saya bagi thumb up
Samalah, tengok gambar ni terus teringat RM. Peminat RM di sini!
ReplyDeleteseronoknya boleh tengok negara org.layan runningman jugak ekk..kite geng laaa.hehe
ReplyDeletekeep update tau! bestnya tengok anies round2 dunia :)
ReplyDeleteWah.. bestne anies ke Hong Kong.
ReplyDeletemacau dan HK berjiran ya.
ReplyDeleteWAH MESTI MENARIK SGT CITER KAT MACAU NI
ReplyDeletekertas kecil nya harus dijaga baik-baiknya untuk ditunjukkan pada petugas imigrasi
ReplyDeleteBabai Hong Kong..
ReplyDeleteMesti best naik feri tu..
kita memang skema, beria check in luggage. hahaha. tapi memang kelakar dengar penumpang lain punyalah riuh. nak tido pun tak lepas
ReplyDeletesenang juga trun2 feri dh boleh tnggu bas... alamak kena bawa earplug la
ReplyDeleteLama dah tak naik feri🤔🤔
ReplyDeleteNaik kat penang jew
ReplyDeleteMacau memang mempesona
ReplyDeleteTanag jajahan portugal
ReplyDeleteTanah
ReplyDeleteMacam Melaka laaa
Yang penting bas ade aircond
ReplyDeleteAdoi.. bab melambung-lambung dalam feri tu je dah boleh buat Sha pening.. kikiki..
ReplyDelete