Pages

Friday, 12 January 2018

Hong Kong: China Ferry Terminal, Kowloon Park, Kowloon Mosque + Ladies Market

✿...السلام عليكم✿

Kali ni, semua tempat yang kami jejaki, dirangkumkan terus dalam 1 entry. senang sikit kerja mem besar.

trip kali ni ambil gambar pun ala kadar je. tak de laa nak beria sangat pun. nak posing macam Che Ta pun kami fikir doplohpat kali. lain laa kalau HK ada salji. mungkin bergulung2 kodak habis kami kerjakan.

okey, anies please stop dan sambung balik cerita kau!

lepas check in, rehat, makan dan solat, misi kami seterusnya adalah membeli tiket feri. sebelum pergi tu, kami dah puas google jarak dan lokasi. senang cerita, kami tak nak naik apa2 pengangkutan awam. just nak jalan kaki je.

bila check, ternyata tak laa jauh mana pun China Ferry Terminal (CFT) ni... dan paling anies suka pasal HK ni, wi-fi dia (kat sesetengah lokasi) memang laju bedesup! so, berpandukan Google Map, kami pun carilah kat mana laa terminal ni...

Alhamdulillah... lebih kurang 15 minit berjalan kami pun sampai...


CHINA FERRY TERMINAL (CFT)

pada mulanya kami sangka tempat ni macam TBS. tapi once dah masuk, terkesima sekejap. biar betul ni? dah serupa macam pasar raya! tabiklah!

sengaja paksa Sal ambil gambar ni sebagai tanda kami berjaya menjejaki CFT! hahaahha...

bila nampak orang ramai, makanya memang betullah tempat yang kami tuju ni. pastu kan, ada sekuriti guard bantu kami tekankan butang lif lepas tengok kami macam tercangak2 je kat situ... hahaha

fuhhh... banyak rupanya kaunter tiket. ada 2 jenis feri yang boleh dinaiki untuk ke Macau ni. satu Turbo Jet dan satu lagi Cotai Jet. check betul2, korang nak turun kat jeti mana bila dah sampai Macau nanti.

suasana dalam terminal. macam shopping complex sebab kat situ juga ada beberapa lot kedai menjual pelbagai barangan...

Sal tolong belikan tiket. thank you Sal!

dan ini tiket kami!! tak sangka dapat tiket murah laa sikit sebab weekends. kalau tak silap, harga asalnya adalah HK$190


KOWLOON PARK (KP)

otw balik dari CFT, kami melewati KP. asalnya tak nak singgah sebab terpaksa mendaki. tapi mengenangkan kami mungkin tak kan ke situ lgi, maka, kami pun masuklah. tak ada sebarang bayaran dikenakan. kat taman ni lebih kepada tempat untuk bersantai, dating, beriadah dsb. kami tak tawaf pun keseluruhan KP ni. sekadar nak tengok2 je.

KP ni lebih kurang macam Tasik Titiwangsa / Tasik Perdana tu. tapi tak lah segah kedua2 tasik tu. rasanya, pengantin dan bakal pengantin kat HK ni banyak berphotoshoot kat sini.

tak tau laa apa motif snap gambar ni...

rehat jap... penat juga laa sebab terpaksa mendaki KP dari bawah...

terjumpa air pancut yang tinggi ni...


KOWLOON MOSQUE (KM)

masjid ni bersebelahan je dengan KP. masa kami sampai, waktu dah nak hampir maghrib. HK cepat sejam dari Malaysia. so, pukul 6 plus plus dah masuk maghrib. Sal terus masuk and solat sementara anies tunggu kat luar.

kalau nak tau lebih lanjut pasal masjid ni, korang boleh terjah blog Sal kat SINI ya!

front view KM...dari tepi jalan dah boleh nampak masjid ni...


LADIES MARKET (LM)

selesai semua urusan, kami mencongak2 nak pergi ke mana. since Octopus card belum digunakan sepenuhnya, maka kami ambil kata sepakat untuk ke Ladies Market. sebelum ke HK, anies memang dah plan nak ke sini sebab nak cari kain ela. tapi bila dah sampai, nak kata kain ela, kedai jual kain ela pun nan hado!

untuk ke LM ni, kami naik MRT yang bersebelahan KM. tak jauh mana pun. kalau tak silap, cuma berselang dua - tiga stesen je dari Kowloon Station. then kena jalan sikit (ikut signage Ladies Market) maka sampailah korang kat LM.

kat sini, lebih kurang macam uptown. macam2 barang boleh didapati termasuklah souvenir. kami pusing2 dan berkira2 nak beli apa kat situ. ada yang murah ada yang mahal. boleh tawar menawar kat sini. korang kena pandai2 laa kalau nak tawar menawar tu esp. peniaga2 yang boleh cakap BI. kalau tak, jadi macam itik ngan ayam je laa...

dari LM, kami terus balik hotel. satu badan dah beri isyarat kepenatan. tak larat lagilah nak berjalan walaupun hari masih muda hahaha... ye laa kan... awal2 pagi lagi dah bertolak ke airport. esoknya nak berjalan lagi. so, kenalah rehat. kasi recharge itu tenaga. bateri handphone kalau pakai lama2 pun boleh kong... inikan pula badan manusia hahahaha...

dalam setiap stesen MRT ada signage macam ni. senang sangat kalau nak tuju sesuatu tempat. insya Allah, pasti tak kan sesat...

rasanya ni laluan nak ke LM.. lupa daa...haha

nak yang murah? nak yang mahal? semua ada. tepuk purse tanya, ada duit ke tak tu? hahaha

barangkali masa kami sampai tu, suasana di LM tak berapa sibuk... tambah pulak, masa tu bukan weekends...

dalam MRT...masa ni otw pergi kan, Sal?

credit gambar: blogger Sal


okey, tu je laa perkongsian hari ni... thanks 4 reading...


jemput join ya kawan2!

33 comments:

  1. Hồng Kong memang tempat yang pesat ,emvangun sebb dijajah oleh British sebelum diserat kembali ke China.depa punya cara hidup banyak kebaratan

    ReplyDelete
  2. SEKEJAP JE ANIES DAN SAL DH SAMPAI HK PULAK HBT TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak. rancang punya lama pegi kejap je

      Delete
  3. haiii..lama x singgah ke sini. Wah terus berjalan dan berjalan nampaknya. Best baca.

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaa ada pengalaman tengok tempat orang. Hope dapat jejak kaki jugak dekat sana nanti.

    ReplyDelete
  5. Meriah tengok suasana kat LM tu...

    ReplyDelete
  6. Seronok mama tengok anies jenjalan negara org

    ReplyDelete
  7. Alangkah indahnya kalau Hana pun join sekali! eh?? heheh ^^ nice trip sis! :)

    ReplyDelete
  8. kagum pulak dengan terminal feri dia ni.
    nampaknya HK ni agak sesak juga dengan manusia dari gambar anies ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dhiera... pelancong plg ramai dtg ke hk pd thn lps termsk kami 😆😆

      Delete
  9. Bestnya.. terminal tu nampak tak sibuk, tempatnya pun masih nampak baru.. menarik :)

    ReplyDelete
  10. smpai ke HK cari kain ela.. hahaha anies2. ada ke kain kt HK tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cuma x reti nak cari je...LM tu bsr x larat nk tawaf semua

      Delete
  11. waktu kat sane awal 1 jam dr malaysia same macam thailand ek..

    ReplyDelete
  12. senangnya bisa jalan-jalan semoga bahagia selalu ya

    ReplyDelete
  13. ada yg murah ada yg mahal... kena pandai tawar menawar

    ReplyDelete
  14. Eh...eh...g HK pulak ye. Haha

    ReplyDelete
  15. Tak sempat nak ke ladies market masa pergi dulu...arrgghhh

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆