✿...السلام عليكم✿
Penghujung bulan lepas, anies berkesempatan ke karnival ni walaupun agak kelam kabut pada sebelah paginya. pada hari yang sama, mama, mak cik dan opah nak berangkat ke Acheh, jadinya... apa2 hal kena settle kan depa dulu. lepas tu barulah hati senang dan boleh berjimba jimbi kat karnival ni, sama macam kanak2 riang yang lain😆😆
setiba di MAEPS Serdang, suasana meriah memang dah terasa. Alhamdulillah pagi tu cuaca amat baik.
yang menambahkan lagi suasana meriah kat MAEPS pada hari tu adalah kerana adanya Festival Toyota Gazoo Racing yang cuma bersebelahan je dengan tapak karnival ni. so, awal2 lagi memang anies dah jangkakan pengunjung akan ramai menyerbu kawasan ni.
sangkaan anies memang tepat. tiba je di dewan C, Q dah panjang giler... sebelah petang laaagi panjang. sampai ke bawah (pintu masuk). hujan pun depa redah je.
then, once dah dapat tiket, anies terus je masuk ruang aktiviti dewan C. sebabnya, dewan C ni cuma boleh masuk sekali je. banding dewan A, masuk banyak kali pun tak apa.
kat dewan C ni lebih kepada pengenalan / asal usul Upin Ipin itu sendiri. dari proses buat skrip, masukkan suara, ilustrasi dan sampailah ke peringkat di mana kita dapat saksikan Upin Ipin pada hari ni.
selain tu, replika rumah Opah, turut didirikan dalam dewan ni. haa... macam tak caya je. dari dalam tv kepada realiti.
bersebelahan rumah Opah, ada dinasour tau! yang ni of coz ia ada kaitan dengan siri terbaru Upin Ipin. tak cukup dengan dinasour, tadika, sawah padi, pertunjukan robot dan wayang kulit dan banyak lagi dipersembahkan secara terus kepada para pengunjung. anies perhatikan, bukan kanak-kanak je yang excited dengan event yang diadakan, mak pak kanak-kanak pun 2x5 je. hahaha...
puas jelajah dewan C, anies masuk dewan A pula. sebaik melangkah masuk dewan, sedang berlangsung siri terbaru Upin Ipin (belum keluar tv). memang ramai laa yang lepak baring kuak lentang depan skrin besar tu.
usai tayangan, jelajah dewan A bermula dengan menyinggah booth-booth dan ruang aktiviti disediakan untuk pengunjung. dan pastinya ia berkait dengan Upin Ipin itu sendiri selain produk2 keluaran Les Copaque.
sebelum balik, anies singgah kat Upin Ipin Store. banyak juga laa merchandise yang boleh didapati. cuma kecewa sket sebab tak dapat beli butang baju melayu. tanya staf kat situ, dia kata butang tu dah habis sebab diorang dah promote sekali dengan baju melayu Upin Ipin dulu... arghhh... tetiba rasa menyesal tak beli masa kat KLIBF dulu.
okeylaa.. macam biasa mesti ada gambar kan. so... layanzz!!
harga tiket masuk. kalau tak nak beratur, boleh beli online. lagi senang.
stop kat bahagian ni. nak belajar juga macam mana diorang buat skrip.
tadika dan Upin Ipin memang tak boleh dipisahkan... cuma tak jumpa je kawan2 setadika Upin Ipin kat sini...
entrance tag dan replika rumah opah
perigi misteri?
tiba-tiba nampak katil berkelambu... jangan dekat... ada mayat kat situ!!!
Ultraman sedang beramah mesra dengan peminat beliau
persembahan robot. mereka menari sambil didendangkan dengan lagu tema Upin Ipin
kami jumpa 'Opah' tengah lepak depan rumahnya
ni pulak kat dewan A
ralit layan kereta control
antara booth yang ambil bahagian...
pendek kata memang puas hati berada kat sini. walaupun ramai, tu bukan masalah. nama pun karnival kan? yang penting anak2 seronok.
pkey... tu je... daaaa
Budak-budak mesti suka pergi tempat macam ni :D
ReplyDeletebukan budak2 pun 2x5 jg hahaha
Deletesuka sangat tengok rumah opah tu...rasa nak tido je kat dalam tu...hahaha...
ReplyDeleteterus rindu kampung...adoiii..
betul... byg kn rumah cm tu tepi sawah perghhh heaven!
DeleteAlaaaa rugi tak dapat pi...
ReplyDeleteSeronok nyer dia 😁😁
nmpk nyer thn dpn kena g
Deleteseram tgk katil tu
ReplyDeletehahahaha
DeleteANAK2 NESTI SERONOK KAT KARNIVEL NI MAK BAPA JUGA HAPPY DGN KGMBIRAAN ANAK2 MRK...ANIES PUN TUMPANG SAMA HEH..HEH..
ReplyDeletesy mmg suka kalu tumpang menumpang ni kak hahah
Deleteselalu takleh masuk, sbb terlalu ramai orang. kali ni tak tahu la lagi
ReplyDeletetu mmg x leh nk elak...terpaksa hadap
DeleteSeronok betul saya tengok opah dan rumah opah!
ReplyDeletekite geng!
Deletebestnyaaa...hehehe
ReplyDeletebdk2 yg rs lg best ;-)
DeleteAlah...tak sempat nak pergi.
ReplyDeleteKirim salam kat Opah yang dok depan rumah tu
opah, kak white barley kem salam kat opah ;-)
DeleteWah...best tul. Ko bawak anak2 ke g ngan kawan2?
ReplyDeletebawak 'anak2' sal hahahaha
DeleteTempat ni bukan budak2 je suka.. mak bapak budak pun suka juga hahaa :D
ReplyDeletetulaa pasallll hahaha
Deletehahaha abis laa ayah dia
ReplyDelete