Pages

Wednesday, 27 December 2017

Santai Langkawi 2017

✿...السلام عليكم✿

Pada mulanya, anies rancang nak lepak dengan mama je. kira dating berdua laa ni. tapiiii... semuanya tinggal angan2 je bila mana mama beritau mak cik (adik mama) and jam tu juga mak cik cakap dia nak join sekali. seminggu sebelum pergi, pak cik nak ikut sekali. makanya, dari 2 orang terus jadi 4 orang.

okey laa tu... boleh penuh satu kereta. tapi kami tak pergi dengan kereta. kami naik bas je.

disebabkan hari tersebut jatuh cuti umum, maka berlaku laa beberapa perkara yang tak diingini. eee... malas nak cerita. kalau cerita buat sakit hati je...

apa2 pun, Alhamdulillah, kami sampai juga kat Langkawi selepas menempuh perjalanan hampir 12 jam! grrrr...

anies bercerita dengan gambar laa yek...

kami naik feri kat jeti Kuala Kedah. tiket beli online. korang boleh klik kat SINI. tapi kena register dulu laa...

suasana dalam feri. penuh! almaklum laa cuti kan...

Alhamdulillah... dah sampai jeti Kuah. last time datang sini, jeti ni masih under contruction.

kami duduk kat Pantai Chenang. anies dengan mama duduk kat Alpha Motel manakala mak cik dan pak cik duduk kat Nadias Hotel. kenapa terpisah? sebab diorang nak ikut last minit. so, hotel memang dah penuh time tu. tinggal hotel mahal je laa...

sebelum datang ke Langkawi ni, anies memang dah berkira2 nak buat island hopping ni. mak cik and pak cik on je dengan plan ni sebab diorang pun belum pernah cuba lagi. so, hari berikutnya kami pun survey laa service2 yang ditawarkan. kami ambil 1 private bot dan lepas tawar menawar dapat laa RM300... mahal ke murah?

dah sampai ke jeti... mak cik dan pak cik sibuk nak beli selipar...

boleh tahan ramai juga laa pelancong masa ni...

speed boat yang bakal kami naiki... 'melambung-lambung' kami dibuatnya sebab pemandu boat cakap, bila penumpang tak ramai, boat kena laju... tapi syokkkk bila kena kena 'mandi' sekali lagi dengan air laut...

bot berhenti seketika... ingat kan sebab apa... rupanya...

sebab ni laa... Pulau Dayang Bunting... bila snap tak nampak pulak peknen lady nyer... hahaha...

yeayyy... dah sampai....

kami akan berada di sini selama sejam...

suasana depan jeti...

makhluk ni sentiasa ada... diingatkan, JANGAN BAWA SEBARANG MAKANAN. habis nanti kena rampas dengan makhluk ni!




nampak tak? nampak tak??? dia tak kejar pun. macam dah behave dengan manusia yang lalu lalang kat situ...

mendaki untuk sampai ke tasik... tak laa tinggi mana pun...


masa kat sini, turun okey lagi. nak naik semula tu... aduyaiii lemah lutut...

ramai betul umat manusia kat tasik ni...

Tasik Dayang Bunting... orang kata, kalau minum airnya, boleh peknen? betul ke? habis tu, anies minum sikit airnya, maknanya tahun depan akan peknen laa yek? hahahahahahhaahaha

sebelum balik, rendam kaki kat 'spa ikan' ikan keli saja wat2 geli kat tapak kaki ni... ye yu ols... ikan keli kat air masin... silalah percaya!

dari Tasik Dayang Bunting, kami ke sini untuk Eagle Feeding... macam2 jenis burung helang ada kat sini. dan 1st time tengok helang berwarna coklat... sebelum ni nampak yang hitam je...


lepas Eagle Feeding, kami ke Pantai Beras Basah... suka sangat pasir kat pantai ni... halus ya amat! bersih pulak tu!

4 jam ber'island hopping' terasa sangattt kejap... ni yang rasa nak repeat lagi ni!

balik hotel rehat dan solat. lepas tu kami bershopping coklat kat sini. Warisan. kat Warisan ni, ada coklat yang lagi murah dari HIG. tapi tak semua coklat ada kat sini. macam mana pun kena juga pergi HIG.

pastu merayap sekejap kat Cenang Mall...

kat sini pun cari coklat juga. harga pun lebih kurang je...

dari Cenang Mall, anies dengan mama lepak kat sini sampai sunset.

sayangnya tak dapat tengok sunset sebab mendung... sian mama... nak buat macam mana... semua ni bukan kita yang tentukan, kan...

hari berikutnya, yakni hari ketiga, kami pun bertolak balik KL. kejapnya masa... sebelum tu, sempat singgah HIG. cari coklat lagi. hahahahaha... at the end, total semua coklat beratnya nak dekat 10kg! patut laa senget bahuku ini hahaha... dari Jeti Kuah, kami sekali lagi ke jeti Kuala Kedah dan dari sana, kami stop kat stesen KTM Alor Setar... 

maka, berakhirlah cuti2 mesia kami... memang tak puas dan rasa nak repeat lagi... bila tu? entah laa... ada rezeki kami sampai lagi...

okey tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading.... daaa....

masanya hampir tiba!

43 comments:

  1. Seronoknyaa. Rindu nak pergi langkawi. Last pergi 4 tahun dulu. Tu pon frust sebab xdapat naik cable car sebab hujan.

    Btw fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kena pegi bkn musim hujan ya...terima kasih follow

      Delete
  2. rajin nyaaa keluar masa public holiday. Mak ayah saya pun baru balik dari langkawi memborong coklat.

    ReplyDelete
  3. bestnya holiday !

    jemput join giveaway sy plak..

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/giveaway-1-new-year-2018-by-cikyan.html

    ReplyDelete
  4. lom sampai lagi kat pulau lagenda tue

    ReplyDelete
  5. tasik dayang bunting tue besaq jugak noo

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sama laa kita...majukan ekonomi negara eh eh

      Delete
  7. kalau pergi time public holiday memang crowded kan.. cantiknyeeee langkawi..

    ReplyDelete
  8. beli coklat ratus2 wajib jika ke langkawi.tak terasa asyik bubuh dalam raga ..huhu

    ReplyDelete
  9. bestnyaa. teringat pulak time bercuti kat langkawi haritu. island hopping tu memang kewajipan

    ReplyDelete
  10. Wah puas Hati dapat jalan Langkawi Tu. Mama tgk pun seronok

    ReplyDelete
  11. Lama tak ke langkawi.. last pergi 2014, tu pun sbb kerja. Cuma jalan2 kawasan pekan dan borong coklat banyak2 hehee :)

    ReplyDelete
  12. Best juga island hoping tu, last year Mrs. A cecuti Langkawi tapi tak berkesempatan pula nak ber island hoping.

    ReplyDelete
  13. Liburan usai ya, oleh-olehnya banyak yang pasti coklat ya hehe

    ReplyDelete
  14. Saya last pergi Langkawi 2 tahun lepas. Waktu pergi dulu tak sempat nak island hopping so macam sedih sikit.

    ReplyDelete
  15. Best gak island hopping tu ye,...Fuhhh! Tapi,.. punya ramailah orang!

    ReplyDelete
  16. beberapa kali ke Langkawi tak pernah pun buat island hopping.. nak kena buat one day hehe.. tabahlah meredah jem kalo time cuti. kadang2 kat penang ni pun aduh jenuh jem bila public holiday. itula waktu2 gitu duduk rumah je tak sanggop jem. suggestion CT.. maybe nxt time boleh try naik ETS ke perlis then ke Langkawi dari sana.. tak pernah cuba tapi macam terbaca somewhere hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smpi alor star je ct. pastu naik teksi ke kuala kedah lg dkt

      Delete
  17. Dah lama tak pergi Langkawi.. Nak pergi pun takde geng. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org perlis g langkawi tiap2 mggu x pe haha

      Delete
  18. ikan keli tu kalau goreng mesti sedap sbb fam jenis xmkn ikan air tawar 😂😂😂

    ReplyDelete
  19. Suka Langkawi. Cantik..
    Lagi satu..bole beli coklat banyak2

    ReplyDelete
  20. langkawi tempat yang cantik...

    sangat molek untuk dijadikan tempat berbulan madu-madu

    p/s : ini email saya...hanafi81212@gmail.com cepat la bagi respon tau !

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆