Pages

Thursday, 7 December 2017

Memori + Restoran McDota @ Sungai Petani

✿...السلام عليكم✿

Alkisah... restoran ni ada kaitan dengan memori masa anies bersekolah di bandar J dulu. kat bandar J dulu, tak ada kepsi atau mekdi. yang ada cuma restoran ni je. jadinya, bila outing atau balik kampung, dan kami terbau ayam goreng, automatik semua orang tau yang bau itu adalah bau ayam goreng McDota.

setelah lama meninggalkan bandar J, 3 tahun lepas anies kembali semula ke sekolah lama. tujuannya 'nak lepaskan rindu', nak bangkitkan semula memori masa belajar dulu.

waarghhh... bandar J memang dah berubah hampir 90%! yang paling ketara of coz, shop lot yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. stesen bas dah beralih tempat, kawasan sawah dah naik bangunan dan satu2nya benda yang paling anies nak tengok (sama ada ia masih wujud lagi atau tidak) adalah restoran ni. yes, restoran McDota.

malangnya, restoran ni dah 'lama terkubur' di bandar J bila mana anies tanya salah seorang penduduk bandar J. aduyaiii sedihnya... kalau restoran ni ada lagi, pasti memori zaman kanak2 sunquick tu menjelma.

sungguhpun restoran ni dah tak ada lagi kat bandar J, tapi bilamana dikhabarkan yang restoran ni masih wujud lagi kat Sungai Petani (SP), anies rasa macam... warghhhh best nyer! nak pergi, nak pergi! tapi faham2 je laa... SP tu bukannya kat KL. so, bila dah sampai SP, ada peluangnya... moh ler kita singgah Mc Dota!

so far, anies cuma tau restoran ni cuma ada di SP je. tempat2 lain, maaf... memang tak tau. tapi kalau restoran ni ada kat tempat korang, beritau laa anies ya... mana tau, nanti anies boleh ke sana and belanja korang makan ayam goreng 😊😊

hahaha... panjangnya mukadimah. padahal nak cerita pasal ayam goreng je...

ye... McDota sememangnya dah banyakkkk berubah. kalau dulu hanya ayam goreng je yang pemes, sekarang dah macam2 menu ada. dah serupa macam restoran biasa.

front view - pergi lepas maghrib... tu yang gelap je... lokasinya berhadapan dengan klinik kesihatan SP (kalau tak silap laa)

nampak tak tu? no service charge...

ni laa yang paling ketara sekali berbanding zaman sekolah dulu. ada macam2 menu. rambang nak pilih...

suasana dalam restoran...

kalau kat mekdi atau kepsi, kita kena ke kaunter kan kalau nak order. tapi kat sini panggil je waiter untuk amik order. nak bayar je baru pergi ke kaunter.


kami order nescafe ais dengan fresh orange...

oleh kerana dah makan nasi lemak sebelum tu, jadi kami order ayam goreng 2 ketul, kentang goreng dan bun. bila ayam goreng masuk mulut, rasa nak menitik air mata... waarghhhh memori ituuuu... walaupun rasa dia dah tak sama, tapi bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat makan 😂😂😂😂😂😂😂😂


okey... tu je perkongsian hari ni... kalau korang datang SP, ada masa singgahlah restoran ni... wahhh... ayat serupa duta McDota... hahaha...

thanks 4 reading... daaa....

24 comments:

  1. wow..mcdota..pestime dgr..hehe

    ReplyDelete
  2. uitt..angah baru je pi SP, tak nampak pulak restaurant ni..

    ReplyDelete
  3. Wah first time kak ana dgr nama kedai ni. Jauh tu kalau nak rasa ayam goreng McDota ni.

    ReplyDelete
  4. Memori indah tu..
    "Aku, ayam goreng dan McDota"

    ReplyDelete
  5. Wow minumanannya terlihat sangat nikmat ya, itu porsi jumbo ya ...

    ReplyDelete
  6. McDota nama ada sikit macam games online hiks!

    Wah! menggamit kenangan silam haruslah touching gitew...

    ReplyDelete
  7. kalau macam tu saya pun nak ke bandar PK dan bandar K suatu hari nanti..nak imbas kembali zaman solo..

    adakah bandar J itu bandar Jitra

    ReplyDelete
  8. tak pernah dengar restoran McDota ni..mesti banyak memori hang kat sini kalau x manakan sanggup dari bandar J ke SP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bykkkk sgt mcm memori tggl kt liverpool dulu eh eh

      Delete
  9. da mcm nama game DOTA tu je..hehe

    ReplyDelete
  10. org sp pun tak pernah p mkn nis... hahaha apatah lg nina

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆