Pages

Friday, 20 October 2017

Siem Reap, Cambodia: Angkor Wat

✿...السلام عليكم✿

Ikutkan hati, nak je taip panjang2 sebagai mukadimah, tapi entah kenapa... ketuk je keyboard hilang semua idea...

rasanya semua kenal kot Angkor Wat ni. kalau tak kenal juga, sah2 laa korang membuta buat taik mata masa kelas sejarah dulu. tak pun, cikgu sejarah masuk kelas, korang masuk tandas. bila jawab SPM, kena soalan Angkor Wat, korang main tembak je. sik baik soalan objektif kan? kena soalan subjektif, memang ko hantar kertas kosong laa gamaknya... 😂😂😂😂

tapi korang ni jenis budak baik kan kan... masa sekolah dulu. kalau setakat sejarah ASEAN ni celah ketiak korang je kan...

so, since subjek sejarah cuma celah ketiak korang je, maka anies pun rasa macam malas je nak tulis banyak2. korang hadap je laa gambar2 yang anies sempat snap ni. (terlampau banyak - pening nak pilih. malas ya pon haha)

oh ya! bangunan Angkor Wat ni saja (bukan kawasan) memang besar yaa amat. sejam tak cukup nak tawaf. since Angkor Wat ni berbentuk simetri, makanya anies cuma jelajah bahagian kanan je. sebabnya, bahagian kiri pun sama je bentuk dan ukirannya.

so tu je laa mukadimahnya... 😂😂

mulanya anies memang tak berapa nak faham kenapa kena pergi ke sini subuh2 alam... bila dah sampai sini baru tau... baru perasan... rupa2nya kaki2 fotografi memang tunggu saat2 macam ni... kat depan Angkor Wat ni ada 2 kolam. so masing2 dah stand by nak amik gambar terbaekk punya. memang ramai... and rata2 orang luar... ni ☝ gambar acah2 PG je... janji sedap mata memandang ahaks!

ada beberapa binaan depan AW. kami buat anggapan sendiri. tu dapur or rumah orang gaji raja kot? hahaha

kami keluar lepas subuh. nasib baik subuh awal. dalam 5.45 kami dah mula bertolak ke sini. sejukkk je kena angin subuh. sampai sini, suasana agak sibuk. ni laluan ke Angkor Wat. agak jauh laa jugak dari parking. so, jenis2 sakit lutut, parkinson tu... boleh je nak datang lawat sini tapi bersedialah ya... tu belum kira panjat sana panjat sini...

masa ni langit dah cerah tapi matahari tak keluar lagi. mulanya kami duduk je kat laluan ni. tak nak masuk ke dalam. rasa macam seram laa pulak nak masuk time gelap2... nak bergambar pun rasa macam tak syok guna flash... kemain lagi akmar dok snap gambar sana sini...

kalau tak silap ni pintu masuk. macam beranda laa kiranya sebelum teroka bahagian dalam AW. ada beberapa bahagian sedang dibaik pulih akibat bencana alam yang berlaku kat sini beberapa tahun lalu... selain proses pemuliharaan bangunan oleh pihak2 kerajaan, NGO dan UNESCO...

dari pintu masuk... bahagian kanan AW... bila dah masuk sini, anies membayangkan dulu2, pada zaman kegemilangan AW ni, macam mana laa diorang manage AW ni setiap hari... kita yang baru jalan sebaruh bangunan ni pun dah tercungap-cungap...

antara ukiran yang terdapat pada dinding AW. kurang pasti sama ada ukiran ni telah dipulihkan atau sememangnya ia ukiran asal... selain corak bunga2an, ukiran patung of coz ada di sekeliling AW ni dan katanya, setiap ukiran patung itu ada mesej tertentu...

laluan dalam AW... ni kira macam pintu laa... tapi pintunya tak de pun...

sekali tengok tempat ni, tak ubah macam kolam mandi. barangkali pernah dijadikan sebagai tempat mandi para gundik? i don't know... ada info tapi malas nak baca kah! kah!

kalau kat Ayutthaya, Thailand, (boleh baca kat SINI) binaannya terdiri daripada susunan batu bata tapi kat sini... lagi advance rasanya sampaikan bumbung pun dibuat daripada batu. lagi satu, anies perhatikan tak nampak pun kesan susunan batu pada dinding AW ni.... hmmm... macam mana yek diorang bina AW ni?

mungkin masa pembinaannya tak laa sampai hitam gitu bumbungnya... proses alam semulajadi serta perubahan cuaca yang membuatkannya jadi hitam / berlumut tapi masih kekal utuh sampai hari ini...

akhirnya sampai juga ke menara AW. ni laa menara yang kita dapat tengok dari jauh. kiranya macam signature AW laa... boleh je kalau nak naik sampai atas tu tapi masa ni ditutup kerana kerja2 pemuliharaan.

ingatkan bila dah nampak menara ni, dah habis tawaf dah. rupanya kat belakang tu ada lagi... waduhh... dah tak larat daa...

bahagian tepi AW... kat sini kalau nak berOOTD memang santekkk

nak turun ke bawah tapi dah tak larat... lepas ni banyak lagi tempat nak berjalan. sebab tu laa pihak management AW sediakan pass sampai 3 hari. sebab ni laa antaranya...

abadi kenangan - tanda daku dah sampai kat '7 Wonders' selepas Piramid (cerita kat SINI)..

okey tu je... insya allah sebelah petang nanti anies BW k!

selamat berhujung minggu...

daaa...

27 comments:

  1. angkor wat prh dgr cerita
    belum sampai lagi

    ReplyDelete
  2. bangunan bersejarah yang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu perhatikan ukiran AW ni mmg cantik n berseni

      Delete
  3. jeles laa dengan anies nie.. asek pegi melancong je taw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jgn jeles e'in..nnt e'in pn akan smpi ke sini jg

      Delete
  4. Kalau datang dah siang panas lagi x larat jalan kan

    ReplyDelete
  5. Asyik tuh hari minggunya jalan akhir pekan ketempat itu kambodia bikin hati senang.

    ReplyDelete
  6. Saya cuma tahu dari buku sejarah sekolah dulu je. Tak sangka pulak macam tu rupa angkor wat. Ingatkan mcm kuil atau candi kecik2 je

    ReplyDelete
  7. dya tak pernah sampai aw lagi..hehe..tapi teringin nak jejak kaki ke situ..hehe..

    ReplyDelete
  8. best kan angkor wat., mana selfie al stail angelina jolie kat Ta Phrom tuuh., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best wak tu yg rs nk repeat lg... tu dlm next entry

      Delete
  9. Bila la Akak nak sampai sini..
    Tapi memang unik reka bentuknya..

    ReplyDelete
  10. Wah best nya dah sampai AW. Binaan AW memang sgt unik dan klasik. Tp tu lah dah boleh bayangkan penat nak berjalan dekat semua tempat tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. 1 hari x ckp. tp kami x de byk ms kt sn... kn repeat nmpk nyer haha

      Delete
  11. besar juga kawasan dia kan....sronok dapat jenjalan....

    ReplyDelete
  12. Salam anies acik nak komen jat n3 jdt tu tapi tak boleh buka ruang komen pulak guna phone acik ni.acik dah 2 kali pi tengok anak di utm skudai masih belum jumpa kedai mkn yang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe acik janji boleh komen mn2 pn x pe terima kasih ya

      Delete
  13. Wow nice place. I been planing to visit this place for so many times already but till now no rezeki yet. Insyallah, soon.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆