Pages

Friday, 6 October 2017

Siem Reap, Cambodia: masjid An-Ni'matul Islami

✿...السلام عليكم✿

Memang sengaja anies up kan 1 entry khas untuk masjid2 yang anies jejaki terutama ketika berada di luar Malaysia.

terasa begitu kagum dan bangga bila masjid ini didirikan lebih2 lagi umat di sekelilingnya rata2 bukan Muslim. pada masa yang sama, kita dapat melihat keutuhan umat Islam di situ dalam usaha mereka untuk terus memartabatkan Islam di dunia ini.

dan masjid An-Ni'mah ini juga tidak terkecuali. rasa gembira dapat menjejakkan kaki di sini sebab dalam fikiran, tak terlintas pun nak singgah mana2 masjid yang ada di Siem Reap ni. (sebenarnya tak cari pun info pasal masjid di SR).

jadi bila nampak masjid ni bersebelahan restoran milik abang si Salim, maka lepas makan kami ambil keputusan untuk solat dan berehat di dalamnya untuk seketika.

waktu dah masuk Zohor ketika kami sampai. para jemaah pun dah selesai solat. kami terus ke tingkat atas masjid kerana di situlah ruang solat wanita.

kalau yu ols ke sini nanti, pastikan ada orang yang boleh tolong bukakan pili untuk berwuduk. kalau tak buka, air tak sampai ke tingkat atas.

so, macam biasa, anies sertakan dengan gambar ya...

cekidaut!

front view


jalan kat sini agak berdebu...

rumah penduduk belakang masjid

beranda di tingkat bawah


bahagian tepi masjid

pintu masuk ke ruang solat lelaki

tangga menuju ruang solat wanita..

ruang solat wanita...

ruang solat lelaki. view dari tingkat atas. masa ni ada beberapa jemaah tengah tidur...

telekung yang disediakan...

kami didatangi kanak2 ni sebaik sahaja lepas solat...

tu sahaja...

thanks 4 reading...

34 comments:

  1. Bersyukurlah kita hidup di Malaysia 😍😍

    ReplyDelete
  2. Adeiii, ari nie akak kena masuk office plak

    ReplyDelete
  3. indah masjidnya rumah Allah untuk hamba Allah beribadah

    ReplyDelete
  4. Seronok berjalan2 tgk negara orang

    ReplyDelete
  5. Nampak terjaga masjid ni, rasanya klu waktu2 tertentu meriah juga dgn jemaah ahli qariah sini ni.

    ReplyDelete
  6. jarang nak jumpa masjid yang didirikan dikawasan majoriti bukan muslim.. hee~ tapi tak pe la.. buat pe nak beza2 kan agama.. hormat lagi penting.. kan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada masjid yang cantik, bersih dan indah walaupun penduduk islam hanyalah minoriti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa malu pula dgn masyarakat muslim kita kt sini

      Delete
  8. Telekung dalam plastik tu telekung baru ke Anis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpasti baru ke tak tp semua telekung disimpan dlm plastik. bkn sangkut / hanger

      Delete
  9. Bertuah Anies berpeluang jalan2 jelajah masjid di tempat orang,..

    ReplyDelete
  10. Masjid baru tu yeh Nies. Mesti rasa terharu kan bila nampak masjid di negara orang.
    Tambah lagi wujudnya ditengah tengah kawasan org kafir

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata baru sgt tu laa tp pandai mereka jg / uruskannya

      Delete
  11. nikmat dpt solat dan terlena.. nmpk sgt betapa tenangnya dlm masjid tu takda gangguan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆