✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
Sungai Rhine dan Köln memang tak boleh dipisahkan. walaupun tak sepanjang Nil atau sebesar Amazon, tapi kerana sungai inilah, warga Cologne banyak mendapat manfaat daripadanya dan salah satunya adalah industri pelancongan.
kalau yu ols ke sini, ada masa try laa naik cruise yang disediakan dan menyusuri panorama indah sepanjang sungai ni.
lepas berjaya men'shopping'kan diri, merabakkan purse dan berjaya merembat seketul Hermès Birkin 35 Ostrich Bag Vert Anis, maka anies pun panjangkanlah kaki ke tepi sungai ni.
memula seram juga laa nak jalan sorang2 sebab kiri kanan bangunan tapi sunyi je walaupun jam baru je pukul 3 lebih tapi view sekeliling macam dah nak dekat pukul 7 petang. time winter... faham2 je laa kan...
so, jalan dan jalan... akhirnya sampai juga... kesejukkan makin bertambah bila kena bayu sungai. bila nampak cahaya matahari kemerah-merahan, anies sangkakan bolehlah nak jamu mata layan sunset. tapi nan hado. sunset berlaku kat arah lain. kalau sunrise, mungkin ya...
okey laa macam biasa, anies tepekkan beberapa gambar yang ada. tak banyak snap sebab masa tu lebih pada perasaan 'insecure' sebab tak ada orang kat tepi sungai tu. anies tercari2 juga laa kot2 ada yang tengah berjogging ke, bersenam ke... hmmm... tapi elek!
yeayyy.. dah sampai San Fransisco... dah laaa verangan tak habis2... jambatan ni dan sungai Rhine... landmark yang memang tak boleh dipisahkan dengan Cologne.
kalau rasa Euro korang tu masih berkepuk2 lepas rembat Hermès Himalayan Nilo Crocodile Birkin, rasanya boleh laa kot korang leburkan kat cruise yang sedia menanti ni... (ko tak yah nak kelentonglah anies oii. ko sanggup ke nak tunggu setahun baru dapat beg tu? hahaha) macam mana nak naik cruise ni? alaaa Google kan hado... banyak je syarikat yang menawarkan service ni... maka rerajinkanlah ya tangan tu...
sekali tengok macam feri nak gi Langkawi je... tuttttt... alamak... kan dah terbocor rahsia... 😬😬😬
and the rest... selfie je laa...
p/s Hermès Birkin 35 Ostrich Bag Vert Anis.. silalah jangan percaya cerita karut itu... tapi percayalah, beg tu memang ada. lebih2 lagi ada nama Anis. ko tak jeles ke jah?? 😉😉😉
oh ya... tak khatam BW lagi... sabo yekk
daa...
to be continued
bestnya kakak. jalan - jalan dinegara org :) pengalaman yang bagus
ReplyDeletennt bolehlah smpi ke sini insya allah
Deletehang memang level bini menteri lah kalau pakai beg-beg tu Anis oi..haha
ReplyDeletementeri pasola ;-)
Deletemacam nak gie sana je...hihi
ReplyDeletedtg laa mmg best
DeleteCANTIKNYA JAMBATAN TU..SG RHINE TERKENAL DLM PETA SEJARAH
ReplyDeletekalu snap dgn kamera mahal lg cantik kak ;-)
DeleteSungai2 kat Malaya ni kalau betul2 di upgrade kan sure boleh tingkatkan economy kan.. Tgk je kat Kerala. sungai je pun. kat Hanoi pun sungai je..
ReplyDeletebetul tu kak... sy dgr ada 10 sg kt malaysia ni nk dimajukan... hrp2 betul laa berita tu
DeleteCantiknya view
ReplyDeleteagree!
Deletebila you nk dating ngan I tepi sungai?hehe
ReplyDeletekalu liv mng BPL ;-)
Deletehaha..adoi. ayat rejek paling kejam
Deleteinsya allah thn dpn lps angkat BPL
Deleteaku confident dah komen entry ni tapi tetap nak komen lagi..haha
ReplyDeleteMMG PON HAHA
Deletesonoknyerr., jalan2 sungai rhine., dating alone gituuu., ;p
ReplyDeletedating lone ranjer ;-)
DeleteJambatan tu dan Sg Rhine Landmark tu memang harus ambil gambar di situ.
ReplyDeleteView time tu pun sangat cantiklah Anis.
x dinafikan mmg canik utk outdoor photoshoot kt situ
Deletepergh..datang honeymoon cni best jgk..haha
ReplyDeleteboleh msk list tu ciknor utk hanimun ;-)
Deletehermes birkin....idaman kalbu :)
ReplyDeletesemua wanita berniat sebegitu hahaha
Deletehahaha...kejap kat sydney
ReplyDeletekejap kat san francisco.
ate nye ... untung lah - 1 jambatan mewakili 3 negara. hahaha
hahaha biasa laa tu kompius
Deletekelassss betul dating tepi sungai you!
ReplyDeletedating lone ranger haha
DeletePanjang juga sungau Rhine ni ye.. dulu pernah naik boat tour sepanjang sg Rhine tp di Frankfurt.. sejuk pun sejuk waktu tu.. bila dah naik bot, nyesal pulak hehee
ReplyDeleteibarat Nil di eropah
Deletesilaaa tnjuk beg tu haha nk tgk.. lawa view jambatan walaupun tak cerah 😄😄 janji ada selfie berketoi2
ReplyDeletekalu tunjuk nnt riak laa nina ni... ish hahahahaaha
Deletesyok juga tgk view ptg2 kt sini precious moments 👍🏻👍🏻
ReplyDeletekalu ada org mmg syok kalu sensorg kejung arrr
DeleteFoto2nya keren Cik. Suasana dalam kota banget. Beda ma Rhine yang saya kunjungi :)
ReplyDelete