✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
lepas letak luggage, kami pun buat kata sepakat untuk 'berpisah'.
sebenarnya, farah, nurul dan dania cuma nak shopping kat Hard Rock Cafe je manakala anies nak jalan2 kat sekitar bandar sambil mencari landmark2 yang terkenal kat Brussels ni.
so, kami pun berpisahlah. sorang ke kiri dan dan 3 orang ke kanan.
dalam hati cuak juga laa nak jalan sorang2 ni. ye laa... tempat tak familiar.. so, bila nampak sekumpulan budak sekolah dengan cikgu diorang, dalam hati dah confident, ni mesti diorang nak pergi termpat2 menarik.
anies pun teruslah mengekor diorang. tapi bila sampai satu tempat, tiba-tiba diorang masuk dalam sebuah bangunan. bila mendongak, nampak perkataan 'museum'... waaaa ni bukan tempatnya... adushhh macam mana ni... anies dah melilau tengok keadaan sekeliling. nak tanya orang... tapi rasa waswas...
pusing2... nampak Musical Instrument Museum... mmm... nak masuklah... tapi bukan masuk nak tengok barang2... sebaliknya nak masuk dan nak tanya ke mana arah yang betul untuk ke GP...
salah santu pintu masuk Brussels Centraal. otw balik, kami jumpa buskers berbakat... boleh main instrument... of coz... dan suara pun sedap!
jumpa tugu yang sama macam kat Cologne. agaknya diorang ni berpakat kot nak buat tugu yang sama... hahaha... sila jangan percaya...
tak tau laa apa nama tempat ni... orang dah sesat kan... tak sempat nak telek sana sini... kalau baca signage pun bukannya faham sebab mostly dalam France or Dutch...
musical instrument museum... credit image. tak dan nak snap guna camera sendiri sebab dalam kepala cuma nak cepat sampai GP je...
seronok lalu bawah pokok 2 botak ni... rasa cam pengantin tengah lalu bawah bunga manggar kah! kah! kah!
tengok perkataan Bibliotheque tu, otomatik kepala teringat Bibliotheca Alexandrina kat Iskandariah. korang boleh skodeng entry-nya kat SINI.
taman apa entah... tapi cantik... kalau musim bunga sure berganda2 cantik agaknya... luas pulak tu... tak pasti, boleh masuk ke tak taman ni... kiri kanannya gabungan bangunan lama dan baru...
okey... selpie seketui tanda mem besar tengah cuak lepas call polis bantuan kah! kah!
well, di kesempatan ni, anies nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN kepada semua rakan2... moga2 ibadah yang hadir setahun sekali ini, akan dapat dilaksanakan sesempurna yang boleh. juga, mohon maaf banyak2 andai ada salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan...
RAMADAN KAREEM 1438H
sakan jalan2.. x habis2 lagi entri punya la banyak.. hahaha..
ReplyDeleteyeee sy pon x tau bla laa nk habis ni hehehe
DeleteMUJUR XSESAT YA ANIES...SALAM RAMADAN KAREEM
ReplyDeletesesat gak tu kak... mujurlah ada yg boleh speaking
DeleteKat ayat tu dalam kelapa cuma nak cepat sampai GP tu mmg saja tulis kelapa ke?... ke typo hehee. Salam Ramadan & slmt berpuasa Anies :)
ReplyDeletetypo hehehe
DeleteRamadan Kareem Anis :)
ReplyDeleteWalaupun botak dah pokok tu tapi masih nampak menarik kan.
kalu kat sini? dah jd kayu api ;-)
DeleteWahhh.. Seronoknya berjalan-jalan.
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga buat Anies.=)
aww beraninyaaa alaaaa kalau tak kak farah nk p HRC boleh oder baju 😂😂😂
ReplyDeleters nyer tu plan last minit kot... dah smpi swiss br plan nk ke HRC
Deleterasanya dia nk p mauritius pulak kot tak tau bila. boleh ler kita kirim. hehehe
Deletelawa jugak baju hrc swiss.. oo mm geee
Deleteselamat berpuasa
ReplyDeleteSLMT BERPUASA
Deletesesat2 sempat lagi berangan ala2 tgh attend wedding ..hahah
ReplyDeletesalam ramadhan.. banyak betul sambungannya..
ReplyDeleteramadan kareem... hehehe bese laa tu asik tangguh je
Deletekira lagi berani dari akak ni...
ReplyDeletebunga manggar tak gerak2 ye..
Pokok botak tu, kalau photoshoot best tu.. haha.. Salam Ramadan sis.. XD
ReplyDeleteSlmt menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan Al Mubarak ini. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin :) :)
ReplyDeleteaminnnnn
DeleteGP? GP tu apa? jauh dah aku tertinggal entry hang ni Anies.haha.
ReplyDeletehehe nak sgt jln2 sdri tp xtau tmpt apa n kat mn ye..
ReplyDeletebhya tau..sesat sensorang nti kang.. ^,^
skrg mesti pokok2 dh ada daun subur
ReplyDeletecam pengantin lame ke pengating baru
ReplyDeleteSalah satu negara yg teringin sangat nak kesana. THN ini diajak travel ke Eropa, tapi masih galau kak, antara eropa barat atau Eropa timur 😅. Tak mungkin 2-2 nya hahahaha.
ReplyDelete