Pages

Wednesday, 15 March 2017

Luzern | ber'cruise' di Tasik Luzern + insiden tiket hilang!

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

mukadimah kali ni agak panjang. ya, memang panjang. selain info, kalau ada pengajaran tu, silalah take note. jangan jadi macam anies ya kalau korang dah sampai sini nanti...

usai drop luggage kat hotel, kami terus bergerak ke Bahnhof Luzern semula untuk membeli tiket. dalam banyak2 iti kami, cuma yang satu ni je yang kami tak beli online.

ada sebab kami tak beli online:

first, sebab kami tak tau keadaan terkini kat Luzern ni. ribut salji ke, suhu terlampau sejuk ke... etc. so kalau beli awal2 kami tak pasti sama ada tiket tu boleh refund atau sebaliknya.

second, tak dapat harga yang tepat. web site ni cakap harga sekian sekian. web site ni cakap harga macam ni macam tu. pening!

third, sebab terlalu banyak website yang jual tiket ni, bimbang juga kalau2 scammer ni. dah laa harganya bukan murah. kalau dah terperangkap nanti, memang menangis tak berlagu laa gamaknya...

so, kalau nak beli online, boleh je. cari official web site. tapi, in case korang beli Swiss pass untuk 3 hari, so nak naik cruise kat tasik Luzern ni, FOC je.

okey, tu cerita pasal nak beli tiket. yang ni pulak pasal insiden tiket hilang.

mungkin juga kecuaian anies sendiri. tu tak dinafikan. lepas je beli tiket, anies terus je simpan dalam beg dan kami terus tunggu cruise kat jeti. tak lama pun. dalam 15 - 20 minit kami dah berlepas.

nak kata penumpang ramai masa tu, tak juga. dalam sekitar 30 -40 orang gitu. masa cruise dah mula berlayar, inspektor tiket tak datang check lagi.

kerana tak tahan sejuk, anies duduk je kat kerusi yang disediakan dalam cruise. tiba-tiba, datang laa sorang mamat hensem ni. inspektor tiket laa tu. dia pun minta tiket dan tanpa ragu2, anies terus keluarkan dari beg dan serahkan kat dia.

3 travel mate yang lain masa tu tengah sibuk bergambar. so diorang pun mungkin tak tau tiket akan kena periksa.

bila dah serahkan tiket, tiba-tiba dia cakap:

"i'm sorry. this is not the ticket. this is the receipt!"

argh, sudah! bila dia cakap macam tu, apa lagi, anies terus buka beg dan selongkar. cari punya cari tak jumpa juga. lepas tu, agaknya dia tengok anies macam tak jumpa je tiket tu, dia pun cakap:

"i'll back after this!"

tak tunggu lama, anies terus cari farah. tujuannya nak tengok 'tiket' mana yang dimaksudkan. rupa-rupanya kertas bersaiz kecil  tu lah yang dikatakan sebagai tiket. anies cakap kat farah, tiket anies tu dah takde. tak tau pergi mana or tercicir kat mana2. yang ada cuma resit je.

nak patah balik ke jeti masa tu memang mustahillah sebab cruise dah sampai tengah tasik. dalam hati dah dup dap dup dap. sebab masa ni hanya satu benda je yang paling 'ditakuti' yakni.... KENA BAYAR BALIK!! kalau betul kena bayar balik, mau meraung makkk...

dah lah tiket tu bukannya murah. nak dekat RM400 yu ols! ya RM400!! (= CHF96) dan macam korang sedia maklum, pengangkutan kat Swiss ni sememangnya mahal ya amat walaupun nilai Swiss-Franc tu lebih kurang sama je macam Euro.

then, farah pulak tolong selongkarkan beg. masa tengah selongkar tu, inspektor tiket tu datang sekali lagi. kami cakap, kami tak jumpa lagi tiket tu. then kami pun explain kat dia yang tiket tu kami beli serentak (4 orang). yang hilang tu, tiket anies je. tiket2 travel mate yang lain ada je.

lepas dengar explanation kami, inspektor tu beredar dan tak lama pastu dia datang balik dan collect semua tiket dan resit kami berempat. dalam hati dah berdoa, janganlah kena beli balik. kalau tak memang menjunamlah mood anies hari tu...

lebih kurang 15 minit lepas tu, inspektor tu datang balik. dan dia cakap macam ni:

"it's okay about your ticket. after this, when you arrived at Vitznau, just show off this message to the staff!"

ya Allah... masa tu nak menangis pun ada. nak peluk mamat tu pun ada hahahaha   ya Allah... syukur sangat2. tak mampu nak cakap apa2 lagi kat mamat tu melainkan terima kasih yang tak terhingga. hospitality yang dia tunjukkan buat kami rasa nak meraung!

so, that's why anies berasakan Switzerland ni memang layak dapat tempat pertama sebagai negara terbaik di dunia. alangkah bagusnya dapat bertemu orang sebegini setiap hari.

bukan anies je cakap macam ni. si nurul, si farah pun cakap benda yang sama. "kenapalah kau jadi inspektor tiket. kenapa laa kau tak jadi model ke... pelakon ke..." hahaha sampai macam tu sekali...

so, moral of the story, jagalah tiket tu baik2. mungkin hari tu kami bernasib baik dipertemukan dengan orang yang baik juga...

hah, dah tu... mana gambarnya? panjang dah mukadimahnya ni! 😁😁😁😁

ni laa pondok tiket merangkap information center. jarak pondok ni dengan Bahnhof Luzern kira2 200 meter je. keluar je dari stesen dah boleh nampak. staf dia pun friendly dan of coz, boleh cakap BI

ni laa tiket yang penuh kontroversi... yang sebelah atas tu (yang dipalang) tu laa tiketnya... sebesar tiket ambil nombor kat bank2 tu... hah... besar tu lah... no wonder laa boleh tercicir. belakang resit tu, ada nota yang ditulis mamat inspektor tu. tak tau apa maksudnya. sebab dia tulis dalam bahasa Jerman. now, tiket dan mesej yang ada ni 'jadi nyawa' sekejap untuk kami esp. untuk anies laa...

ni laa cruise yang kami naik tu. agak besar juga. tingkat atas untuk mereka yang beli tiket biz / 1st class. dapat laa makan minum free kalau beli tiket mahal. tapi kami beli tiket biasa je. yang penting kami sampai ke destinasi yang dituju.

cruise perlahan2 meninggalkan bandar Luzern. oh ya, tak payah betulkan computer / laptop or hp korang. gambar ni memang kelabu asap je. sebabnya, cahaya matahari tak sampai ke bumi (dilindungi awan tebal). musim sejuk macam tu laa keadaannya. memang senang nak buat mata mengantuk.

penat selfie, wefie bagai... kami ralit tengok pemandangan sekeliling tasik Luzern pula... ya Allah.. sangat2 cantik...tak terungkap dek perkataan... air tasik ni jernih sangat... ada kala boleh nampak ikan kat bawah...

tak tau laa ni dah sampai kat mana. masa ni bukan hujan ya. tapi sebab awan tebal.

cruise berhenti di tiga tempat / jeti sebelum tiba di Vitznau.

bohonglah kalau cakap hati tak teruja bila tengok gunung-ganang, rumah-rumah dan pokok2 diliputi salji. masa tu laa start angan-angan mat Jenin... "kalau laa kami ada sebijik rumah kat sini..." warghhh best nyerrrr!!!

anies tak pasti kat sini banyak rumah2 penduduk atau hotel2 atau lain2... yang pasti view memang superb!! walaupun tempat2 lain kat Swiss lagi cantik dari yang ni, tapi bagi anies yang ada ni pun dah memadai buat kami speechless!

harus ada... ya harus ada... tengok dari dalam cruise je sebab tak tahan.... sejukkkkkkkk

ke mana kami akan singgah lepas ni?

to be continued...

52 comments:

  1. Huaawaaaaaaa..... baca mukadimah Anies tu jer... rasa macam nak migrate ke Swiss la pulak.
    Baiknya hati inspector tiket tu positif dan bersangka baik aje dia.

    Views yang sangat mendamaikan gitew...

    ReplyDelete
  2. memang cuak kalau jadi macam ni, mood pun confirm akan terus ke laut. Memang jadi pengajaran. Syukur sangat, dahla tempat cantik, orang pun baik. Mesti hensem abang Swiss tu..macam Granit Xhaka tak? Apa pun...lawa mafla.hehe.

    ReplyDelete
  3. kalau cik nor harus dah menangis.. tp anies bagus rileks n cool..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu nangis hilang laa kemachoan nnt cik nor kah kah!

      Delete
  4. bestnye...klu rietta jd anies pun risau jugak...RM400 tu dah bleh bli mcm mcm kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalu dia terima RM lain cerita hehehe

      Delete
  5. adoii... mahu nak nangis hilang tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo akak mesti dah panic tak tau nak wat lagu ape ... lagu dondang saying lah kot

      Delete
  6. Mahal betul reha tiket nk naik cruise tu ya...nasib baik xkena byr semula sbb hilangkannya

    ReplyDelete
  7. memahami rasa nervous dan takut itu ...
    boleh merudum mood bercuti...
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. btw ... best tgk salji tu...

    anies should go to NZ - nnt anies compare kan mana lagi cantik k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki nnt smpi lah kt sn nnt ;-)

      Delete
  9. best travel time winter kat tempat ada salji ni sebab dapat pemandangan yang tak de kat tanah air kan... hihihi...

    cantiknya lah dapat tgk salji tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kita cari benda yg x de kt negara kita

      Delete
  10. cepat sambung tau ...hihihi

    ReplyDelete
  11. dapat bygkan betapa berdebar nya anies masa tu...rasa nak peluk je mamat ensem tu yer...hihihi

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok gambar pemandangan yg gunung ganang tu...

    ReplyDelete
  13. btw dlm entri ni tak keluar tiket.. ermm apasal ni :(

    ReplyDelete
  14. tak keluar gambar.. ya ampun typo

    ReplyDelete
  15. lawaaa... tak ada matahari pun dh memukau. baru nk keluar gambar. lawa sgt tu yg lambat. hehehe

    ReplyDelete
  16. ku sangka ada gambar mamat tiket.. swiss mmg ckp jerman eh? ingatkan bahasa ibunda

    ReplyDelete
  17. Tetiba rasa sweet sangat inspector tiket tu~ *tetiba*

    Kalau saya pun mesti cuak dan rasa nak nangis dah kalau jadi macamtu. Hukhuk

    ReplyDelete
  18. kalau sy yg kena, memang badmood dah tu. lagi2 harga tiket mahal 😒 nasib baik ada inspektor tiket tu. Allah hantar dia untuk membantu 😉

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah anies nasib baik lah mamat inspector tiket tu baik dan beradab. Kalau tidak naya juga nak beli baru RM400 tu kan. Banyak juga tu, kalau syed pun confirm akan hilang ni agaknya dah la kecik je tengok.

    ReplyDelete
  20. Tertarik pulak tengok pondok tiket yang comel tuh!

    ReplyDelete
  21. Mujurlah masalah tiket hilang tu dapat diselesaikan oleh Inspektor Tiket dengan bijaksana :)

    ReplyDelete
  22. Swafoto yang akhir tu,...bukan main lagi :)

    ReplyDelete
  23. Tengok pada gambar2 tu mmg boleh perasan kesejukannya tu :) :)

    ReplyDelete
  24. fuh seriau jugk mcm tu kan..
    kena simpan leklok apa2 tiket ke resit ke apa..
    ok2..take noted.

    ReplyDelete
  25. Nasib baik resit pun xhilang anies oiii... Dlm cruise tu ade ape je...

    ReplyDelete
  26. Tgk kabus2 kt gmbr pun dh terasa sejuknye... Bestnye anies dh smpi kesana Cikna ni mesia pun xhbis xplore g....;-(

    ReplyDelete
  27. menarik...harga tiket pun mahal kan....syukur dapat hospitality yang terbaik...

    ReplyDelete
  28. kisah yang perlu dijadikan peringatan

    ReplyDelete
  29. mujur collector tiket hensem ya

    ReplyDelete
  30. kena bawa duit banyak kalau nak ke europe ni

    ReplyDelete
  31. seronok dapat alami sendiri musim sejuk...

    ReplyDelete
  32. Nasib orangnya baik. Kalau tak mahu burn duit nak beli tiket baru lagi.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆