✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
Alhamdulillah... akhirnya kami selamat tiba di Gare du Nord (stesen Eurostar) dalam pukul 10.30 pagi waktu Paris. ketibaan kami disambut dengan cuaca yang begitu sejuk. lain macam sejuknya!
sebaik melangkah keluar dari stesen, mata kami meliar mencari papan tanda hotel yang kami dah booked siap2. memang tak kan jumpa punyalah sebab kalau tengok kat Google Maps, hotel tu terletak di lorong berlainan dan kena jalan kaki lebih kurang 5 minit je dari Gare du Nord.
si Farah pulak dah risau bila kami tak nampak lorong nak ke hotel. dia dah berkira2 nak tahan teksi masa tu. tapi anies cakap, tak pe... tunggu dulu.
pusing2 kat depan Gare du Nord tu, akhirnya kami decide masuk ke semula ke dalam stesen. Alhamdulillah, kami jumpa infomation counter (tadi masa turun train apasal tak cari? tu laa pasallll... nak jadikan drama kennn)😏😉😕😜
syukur sangat sebab staf kat situ tau kedudukan hotel kami. dia pun beri direction dan... Bismillahir rahmanir rahim... kami pun mulakan langkah menuju ke hotel dalam cuaca yang amat2 sejuk (walaupun tak ada salji masa tu)
dan... akhirnya jumpa juga hotel yang dicari2. gembiranya hati bila nampak signage hotel macam dapat emas!😀 kami tau waktu check in belum sampai lagi tapi receptionist hotel ni memang faham... kami pun tunjukkan hard copy dan selebihnya dia uruskan.
lepas tu kami cakap, kami nak drop luggage dan dia terus tunjukkan bilik simpan luggage. mungkin rezeki kami, dia cakap ada 1 bilik kosong dan satu lagi kena tunggu. kami cakap, tak pe laa... kami tinggalkan luggage kat bilik yang dah siap tu. nanti lepas kami balik, kami pindah masuk ke bilik satu lagi.
:: kami booked 2 bilik kat sini.
selesai drop luggage, buang air etc, kami pun bergerak ke bus stop depan Gare Du Nord (jalan kaki - 5 minit) untuk tunggu Big Bus. tak sampai 15 minit, bas pun sampai dan kami terus naik dengan hati yang gembira melambung2 😁😁😁
(panjangnyaaa mukadimah!) 😀😀
jom lahh kita bercerita dengan gambar... untuk entry ni, anies buat dua bahagian sebab banyak sangat gambar. karang sumbat banyak2, muntah pulak korang tengok... 😀
lihatlah mereka posing depan Big Bus dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan 😂😂😂😂 dan budak yang kanan tu, dia tak mo kalah jugak pertandingan pakai spek 😀😀😀
contoh tiket Big Bus☝☝(jangan ingat kami dah sampai Hong Kong laa pulak - sendiri punya tiket entah mana laa dah tercampak)
sama macam tiket train, kami beli online dari offcial website sebelum datang sini. kami beli 1-Day Tour ticket. klik kat SINI kalau nak beli or kalau nak tau apa2 info pasal Big Bus. oh, ya... sebelum terlupa, suka anies nak ingatkan, kat Paris ni banyak jenis service HOHO bus ni. tolong baca betul2 dan kalau boleh elakkan daripada scam, agent tak berdaftar etc.
saja suruh si Dania snap pic ni sebagai kenangan kononnya sebenarnya just nak beritau, tiket yang kita beli online tu boleh redeem kat mana2 driver Big Bus. lepas tu, bila turun dan nak naik semula (bas lain) just tunjuk je tiket. alaa... sama macam korang naik HOHO bus kat KL dengan kat Penang tuuu...
lepas redeem, driver bas kasi earphone ni. in case laa kalau korang rajin nak dengar info2 berguna pasal tempat2 menarik kat Paris ni... ada 12 bahasa. pilih je yang mana nak dengar. tapi kami tak dengar pun. sibuk selfie, wefie bagai...
selain earphone, driver kasi juga brochure ni. penting tau sebab dalam dia ada map dan route. anies pun tak tau laa macam mana brochure Big Bus London ni boleh termasuk dalam beg. padahal kat London kami tak guna pun service Big Bus ni... mmmm...
okay, jom ronda rondi kota cinta!! lepas je redeem ticket, kami terus naik tingkat atas. masa ni memang excited sangat2. menjerit2 kami kat atas bas ni. nasib baik orang tak ramai. dalam masa yang sama, muka masing2 tunjuk macam tak percaya je yang akhirnya kami dah sampai Paris! Paris yu olsss😁😁 tak cukup dengan selfie dan wefie bagai, siap buat live action lagi.
sebahagian gambar2 bangunan sepanjang Montmartre (Blue) route Big Bus
bohong laa kalau cakap tak sejuk bila duduk atas bumbung ni. tapi sebab nak tengok view2 yang cantik di kiri dan kanan kami, kami terpaksa redha walaupun dah mengigil2 bak parkinson😁😁
mercu tanda pertama yang kami nampak. ingatkan Arc De Triomphe tapi bukan 😁😁😁 ni adik tiri Arch De Triomphe kot? 😁😁tak pe laa... snap je... tak rugi Kodak pun..
Rex apa ntah. wayang2 kat Malaysia dulu, sebelum ada TGV dan GSC, ada juga yang dipanggil Rex kan? betul tak? kalau salah mohon perbetulkan...
masa kecik2 dulu, kat lorong ni laa kami main sorok2. tapi apakan daya, jodoh kami dengan Paris tak panjang. so terpaksa dihambat pulang ke Malaysia😁😁😁
kat Paris memang banyakkk sangat muzium dan salah satunya adalah Muzium Grevin ni... kami tak masuk pun... snap je dari jauh...
selain rex, muzium... kat Paris juga banyakkk opera house dan Gaumont Opera ni pun salah satu opera house yang masih aktif... ala... orang Perancis ni kan khabarnya suka benda2 seni ni. jadi tak hairanlah kalau bangunan2 sebegini banyak kat sini...
antara bangunan paling cantik (bagi anies laa) yang ada di sepanjang Blue Route ni. Academi Nasionale De Musique. banyak bas2 pelancong berhenti kat depan bangunan ni. kami memula rasa macam nak turun tapi tengok ramai je yang bergambar kat situ, terus tak jadi.
last but least... selfie sket depan butik Versace. kami turun kat sini kerana 2 sebab. pertama, sebab nak shopping. kedua, kerana kat sini adalah pit stop terakhir Blue Route. berselang 2 - 3 shop lot dari butik Versace ni, ada pejabat informasi Big Bus. kat sini juga korang boleh redeem tiket or tanya apa2 saja pasal Big Bus. cuma kalau rasa nak terkucil masa tu, sori laa... dalam opis ni tak de toilet. 😏😏
okey, anies stop kat sini dulu. esok lusa anies sambung part 2 yang penuh dramatik!
thanks 4 reading...
daaa....
wow..bla nak sampai london jgk ni..hihi
ReplyDeleteinsya allah 1 hari nnt pasti akan smpi
DeleteDapat hotel dekat dengan station ni bagus, tak payah nak tarik beg jauh-jauh.
ReplyDeleterezeki kami. mmg agk payah jg laa nk cari hotel di sekitar. mmg ada tp mahal2 belaka
DeleteWoweeee! Cuti-cuti oberseaaaa!
ReplyDeleteWah dah sampai kota cinta yg indah tapi kalau sejuk sgt mmg xmenahan
ReplyDeleteSaya memang suka tengok design dan seni bina bangunan2 macam tu :)
ReplyDeletepinjam spek mata hitam boleh?hehe...ko shopping apa kat Paris?
ReplyDeleteboleh je... tp nk g mn tu?? ehemm
Deletebestnye...tpi nmpak gmbar pown dah sejuk kan....
ReplyDeleteyap. sgt2 sejuk
DeleteYa Allah seronoknya! ke Paris pulak ye. Sukanya dapat tgok negara org. Hope ada rezeki nak gi satu hari nanti. Amin
ReplyDeletewahh, makin sejuk makin ceria kulit pon makin cerah segala kann., hehe2 bestnyer paris in love
ReplyDeletewah bestnye...happy holidayyyy! next trip maybe blh la try hala sini...hihuuu
ReplyDeleteWohohoo! So bergaya! Hihi. Siap ada earphone utk bagitau info ye. Menarik2. :D
ReplyDeleteyap ;-)
Deletewahhh, bestnya naik BigBus. betul, cantik & unik bangunan kat sana 😄 pandai dorang jaga kan
ReplyDeleteyap.iorg mmg menghargai bgnn dan senibina
Deletesy ada tngk dlm program 'Mat Dan Kaki Jalan'. nmpk cara dorg bersihkan cermin bangunan tu
Deleteamboii..melancong saja orang kaya ni kan...
ReplyDeleteSyoknya anies pergi France! nak pergi juga satu hari nanti please.
ReplyDeleteEiffel tower mana??? Naik bas pun bagi earphone best betul. HOHO kat KL tu pun syed tak pernah naik lagi haha.
insya allah sy akan cerita nnt ;-)
Deletetahun depan atau tahun2 depan kalau jadi ke Europe, akak tanya u je lah.. ok kan.
ReplyDeleteboleh2 ;-)
Deletebestnye paris . huhuhu .
ReplyDeletearil singgah ye
memang banyak bangunan lama ... mmg sdg musim sejuk kan ... tapi maintain senyum tu ... heh heh heh
ReplyDeleteyap betul tu ;-)
Deleteanies! bestnyeeeeeeeeee travel sane sini.. jeles e'in taw! pegi paris plak tu kali nie.. huhu
ReplyDeleteCoach limited edition kalau nak, jom dm e'in kat insta..
boleh2 insya allah..
Deletecermin mata bersilau yoo
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeleteParis sangat best kan? saya pernah sampai sana 10 tahun lepas kalau tak silap. backpacking dengan 5 orang lagi kawan. Nanti nak baca sambungan. :)
ReplyDeletemmg best. tp ms ni cuaca mmg sejuk ya amat... london pun x sejuk mcm ni
Deletebestnyaaa... bila la dpt pi yak.. hehehe..
ReplyDeleteBetullah tu Rex tu nama pawagam dulu ade kat Seremban sekarang dah berkubur kot.
ReplyDeleteHehehhe... wajiblah berswata kan Anies?
tak tau bila boleh pi sane !!!!
ReplyDeleteSeronoklah tengok... terinspirasi pulak hihiii :) :)
ReplyDeletewow..
ReplyDeleteshopping bnyk ke kat versace tu anies? ^_^
Wowww..sebab shoping tu paling best!
ReplyDeleteshopping best la kan.. Anies share banyak2 lagi tau gambar menarik..
ReplyDeletehai laaa pharis bila mau jejak.. bab shopping kt sini mcm nak duduk 2 hari.. haha
ReplyDeleteEuropean building mmg cantik kan. Tapi bagi Nadia paris kotor tak suka sgt masa nadia gie dlu. Terus hilang fikiran nak tgk "kota cinta" terkubur dan masa tue rasa tak sbr nak balik london balik je . Bagi nadia rome lagi sesuai jadi kota cinta kot hihi
ReplyDeleteyeaaay seronoknya dah sampai hehhe.. turun nak shooping ?? in Paris ? ok cant wait nak baca next entry hehe.. kalo CT sejuk ke tak sejuk still jugaklah nak duduk atas. ofcoz akan tabah semata2 untuk gambar hehe..
ReplyDelete