✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
mengakhiri sesi JJCM dengan Big Bus...😭😭
kalau ikut route, Eiffle tower ni kira destinasi pertama yang perlu korang sampai. tapi kami terbalik. Eiffle tower jadi destinasi terakhir sebelum berpatah balik ke jalan Avenue de 'l opera.
sepatutnya, kami kena turun kat Trocadéro - kat sini boleh snap pic berlatarbelakangkan Eiffle tower - tapi sebab 'tak tahu' (padahal bas berhenti kat situ agak lama - terlindung bangunan dan tak nampak) kami duduk je dalam bas sambil tengok2 orang ramai kat situ. kalau kami tau, kami dah turun dan snap pic dan lepas tu, jalan kaki sikit terus ke Eiffle tower... 😓😓😓 tak pe laa... satu pengajaran buat kami. lepas ni kalau datang lagi dah tak blur daa... dah tau kan!
so, sapa nak ikut? sila angkat keyboard! 😎😎
kami stay kat area Eiffle tower ni sampai malam menjelang. memang sejukkk... tapi sebab nak tengok lampu2 kan, tahan je laa... nak tahan sejuk, minum kopi pastu masuk kat kedai souvenir yang ada kat situ sebab ada heater. hehehe...
kami boleh je nak stay sampai pukul 8 malam. khabarnya ada bunga api kat Eiffle tower ni, tapi memang tak larat laa nak tunggu sampai pukul 8 sebab masa tu baru je pukul 6 petang. ada yang keras kejung kami kat situ 😊😊
okey laa... ni je laa pic yang dapat anies share... yang lain2 simpan sendiri je laa sebab gambar selfie semata...
nak taip caption apa yek? "yeay... akhirnya Eiffle tower dah ada depan mata!"
ni gambar Eiffle tower paling dekat yang dapat anies snap... nak lebih dekat lagi, kena bayar...
suasana jalan raya depan Eiffle tower... agak sesak juga laa... mungkin sebab orang baru balik kerja kot...
suasana kat situ terus berubah sebaik sahaja menara ni disirami lampu...
hanya anies sorang je yang pakai spek malam2 macam ni hahaha...
habis pusing2 ronda kat menara, kami pun beredar dengan teksi sebab service big bus berakhir jam 5.30 petang... laa ni menuju ke satu tempat sebelum balik hotel... ke mana kah?
to be continued...
daaa...
Cantiknya pemandang tu.
ReplyDeletekena bayar ye kalau nak ambik gambar lagi dekat...
maksud sy kalu nk lbh dkt tu, msk dlm kwasan eiffle. nk msk kwasan ni kena ada tiket (byr) tp x tau laa brapa harganya...
Deletewah bestnye...anies stay kt mana di sana...mana tau kot2 pasni terlajak hala sana hahaaa
ReplyDeletennt sy share ya psl hotel n kat mn sy stay ;-) tgguuuuu
Deletewah...entah bila la angah akan dapat ke sini..
ReplyDeletepergh.. paris..
ReplyDeleteknapa rasa macam blog ni berubah yer..? ke, perasaan je.. hehehe
mata anda xpenah silap😊😊
Deletenak ikottt...
ReplyDeletesambil angkat monitor + cpu dan keyboard serta tikus
jom2 bila tu?
Deleteapakah motif anies "berpancasitara" ditengah malam?
ReplyDeleteadakah lampu itu begitu silau?
hihihi
nak try minta sedekah... kot2 ada yg sudi menghulur kah kah kah
DeleteKe Paghis eifiel tower ni tempat wajib lawati ya anies
ReplyDeletecantiknya eiffel time mlm! Rasa rugi pulak tak keluar mlm tuu pegi sana,,sbb dah penat sgtt,tido je mlm tu sobs
ReplyDeleteBestnyaaa !! Dpt bgambar dpn eifel tower ori punya..
ReplyDeleteKt rmh pom ada eifeltower perhiasan jer😂😂
Syoknyaaaaa pergi sini! aaaa memang kalau pergi sini penuh memori la duk tangkap gambar menara ni hehe.
ReplyDeleteawat pakai spek memalam? sy tngh fikir nak letak caption apa kalau Eiffel tower depan mata 😏 maybe 'finally, Eiffel tower di depan mata' 😍😍😍 camtu kot
ReplyDeletenak sorok identiti kek dah nyer hahahahah
Deleteohhh 😂😂😂 tapi malam 🌃 tu
DeleteCantik2 gambar anies..mimpi pun acik tak sampai sana anies
ReplyDeleteEiffle tower waktu malam cantek sangat! Disirami lampu, romantik gituu~ Hehe
ReplyDeletebanyak juga kisah yang ada berdekatan eiffle tower ni kan...pernha baca sebelum ni...
ReplyDeletetak naik eiffle tower ka?
cuaca sana memang sejuk ya....seronok dapat tengok negara orang ya
ReplyDeleteYa.. sbb winter kn.. ;)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecantiknya waktu mlm..:)
ReplyDeleteterbaekk...
ReplyDeletealhamdulillah. dpt anies ke sana ekk.
ReplyDeleteimage eiffle tower ni feveret anak sulung aida tau.
hingga simpan impian nak ke sini.
aduhai anak :) hi hi hi...
aida suh dia doa agar dpt sampai sini.
insya allah aminnn
DeleteHuhUhuh... Mrs. A ada keychain Eiffle Tower jer... itupun souvenir dari bos time dia gi sana.
ReplyDeleteCantik pemandangannya di waktu malam.
Sama la Kita Cikna lak sbb beli handbag,huhuu....;-)
Deletekawan yg pernah pergi kat sini kata..ada tempat yg hancing...ada org kencing kut...dah sampai anies kat city of love yer..
ReplyDeletetang tu x tau laa plak... sy ronda2 kat bahagian luar je
Deleterezeki hang betul dah sampai sini..caption biasa lah : Eiffel I'm in love! Boleh..haha
ReplyDeleteSiang-siang pun dah cantik... malam dengan lampu2 lagi.. kemain cantik lagi..
ReplyDeleteini yg best ni! tak sah kalau xsinggah paris
ReplyDeletecantiknyaaaaaa... haishhhh best betul pergi sana ni.. Eiffle tower ni orang kata kota cinta kan..
ReplyDeletejd laaa nis dr tak ada langsung gambar... lain kali boleh selfie puas2 lg pakai fon baru :P
ReplyDeletehahaha.. malam2 pakai spek ye, nampak jalan ke tu
lawanyaaa waktu malam dri siang
ReplyDeleteT'tnye gak nape anies b'kacamata hitam silau sngt ke Eiffel tower tu...
ReplyDelete