✿...السلام عليكم✿
Usai bersarapan, kami terus bergerak ke Saraburi yang terletak kira2 140++km dari Bangkok. bila tengok map, Saraburi province ni terletak di timur laut Bangkok. tapi sebelum tu...
Thailand 1
Thailand 2
Thailand 3
silalah klik tanpa was2 ya...
berbalik pada title, apa tujuan lawatan kami ke sini?
well, macam anies cakap sebelum ni... anies datang ke Bangkok ni sebab ikut rombongan dan salah satu tujuan rombongan ni adalah untuk mengadakan lawatan ke sekolah pendidikan khas ni... rombongan yang anies ikut ni terdiri daripada guru2, pelajar2 sekolah pendidikan khas (maaf, nama sekolah terpaksa dirahsiakan) serta ibu bapa / penjaga pelajar.
mengikut info yang anies peroleh, SSEC sebelum ni pernah menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah sekolah pendidikan khas dari Selangor dan mereka sudah saling mengenali. selain lawatan, mereka juga bertukar2 maklumat, idea dan sebagainya.
sebenarnya, ada banyak SEC (Special Education Center) di seluruh Thailand tapi SSEC merupakan antara SEC yang sudah lama menjalin kerjasama dengan pihak sekolah2 pendidikan khas di Malaysia.
selain tu, lawatan ni juga mendedahkan pelajar tentang suasana pembelajaran di luar. mereka bukan saja dapat pengalaman baru, tapi juga dapat belajar sesuatu yang berharga yang mungkin tak dapat diperoleh di negara kita.
kalau nak bebel pasal lawatan ni, memang sampai esok pun tak sudah. so, anies bercerita dengan gambar je laa yek! kalau ada apa2 soalan, drop je kat kotak komen kat bawah tu...
puas anies cari signage bertulisan Roman sekeliling sekolah... tak jumpa! last2 nampak van ni... terus je snap! sebagai bukti yang kitorang memang dah sampai sini 😀😀
ketibaan kami disambut oleh pengerusi sekolah (lelaki, paling kiri) dan guru physical therapy (berskirt hitam)... diorang nampak excited sangat masa kami sampai ni... macam dah lama tunggu tapi tak muncul2... last2 muncul juga...almaklum laa... jalan jauhhh kann.. 😁 btw, tengok laa selipar yang cikgu tu pakai... tak sempat nak tukar, dah kena sambut kami... 😃
ni laa bangunan sekolahnya... main entrance... dan sebahagian daripada bangunan sekolah yang sempat anies snap...
bangunan sekolah... under contruction...
di main entrance, kami disambut oleh kakitangan sekolah dan pelajar2... setiap tetamu diberi reben hitam, sebagai tanda menghormati hari berkabung...
sebagai balasan daripada kami, cenderahati untuk para pelajar dan kakitangan...
main lobby... sebelah lobi, pejabat dan kelas...
dari main lobby, kami dibawa ke dewan untuk acara suaikenal serta beberapa program lain... lama juga majlis ni... lebih kurang 2 jam setengah... masa ni tuan pengerusi sekolah tengah berucap. translator nyer adalah tour guide kami, Cek Wan. program ni juga disertai kakitangan sekolah.
refreshment... ada satu kuih tu... entah apa nama dia... macam karipap tapi inti dia manis melenting!!
usai program, kami dibawa melawat bilik darjah, perpustakaan dsb. FYI, kat sini pelajar hanya hadir ke sekolah seminggu 3 kali sahaja dan jumlah yang hadir untuk setiap hari adalah lebih kurang 25 orang. dan seorang pelajar akan dibimbing oleh seorang guru. jumlah pelajar kat sekolah ni, kalau tak silap 68 orang.
para pelajar akan masuk ke sekolah seawal usia 4 tahun dan tamat pada usia 19 tahun. berbeza dengan pendidikan di negara kita, pelajar2 OKU akan dibimbing seumur hidup mereka.
kat sekolah ni, ada pelbagai jenis pelajar OKU. tengok muka2 diorang, nampak happy bila kami cuba mengusik... tak de pun yang menangis atau melolong bila tengok muka2 yang serba asing ni 😂😂😂
antara bilik darjah yang terdapat di sekolah ini. setiap bilik darjah khusus untuk pelajar tertentu. macam dalam gambar ni, ni kelas untuk pelajar OKU pendengaran...
antara kreativiti pelajar...
pamplet... banyak info yang kami peroleh tentang sekolah2 pendidikan khas di Thailand ni... tetiba rasa bertuah sangat dapat join trip ni..
bergambar beramai2 adalah wajib... ni sebahagian je yang sudi nak bergambar 😀
last but not least... moh laa kite posing sebelum balik...
p/s banyak sebenarnya gambar yang anies snap sepanjang berada kat sekolah ni... tapi tak larat... entah kenapa tetiba arini computer wat hal... adezzz...
btw, thanks 4 reading! blogwalking lepas ni...
Wah mewah sekolah dia.
ReplyDeleteSekolah menengah Mrs. A dulu campur ada budak-budak PK (pekak & bisu) jugak
bestnya dapat tgk tempat belajar negara luarkan..
ReplyDeletewah..bestnya Anies!
ReplyDeleteWAH LAWATAN KERJA YG MENARIK TU KE LUAR NEGARA PULA
ReplyDeletewah...bagus la trip ko anies...bertuah kau...
ReplyDeleteawat tak tunjuk pic kuih yg manis tu weh...nak jugak tengok rupa dia cemana...isi dia cemana...huhu...
aku ni mmg suka tgk local food dorang..
selipar cikgu tu xpenting..hihi
ReplyDeleteFulamakkkk bestlh pengalaman yg sgt berharga..
ReplyDeletewowwww such an awesome experience ye sis anis :D
ReplyDeletethailand dah macam rumah kedua anies kan. hehe
ReplyDeleteada $$$ br bleh claim rumah ke2 😃😃
Deletelawatan ilmiah..tambah ilmu
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletehai anis..
wahh melawat sek kt thailand... ^_^
bagus juga , dapat exchange from each other ;)
ReplyDeletepackaging refreshment mcm kemas je...
ReplyDeleteni kira lawatan kerja..bagus buat program macam ni kan...kita boleh berkongsi idea dan yg mana bagus boleh di implement kan di sini...
ReplyDeletebetul tp plan nk wat prog ni ambil ms 2 thn tau!
Deletebagus yer.. boleh berkongsi idea dan pendapat di samping melawat negara jiran..
ReplyDeletebanyak tempat juga berjalan ye..
ReplyDeletebleh thn jg laa
Deletesaya memang tabik dengan guru-guru pendidikan khas. tahap kesabaran diorng memang tinggi!
ReplyDeleteagree
Deleteehem,ehem, komputer mintak yang baru tu anies hehe
ReplyDeleteakn dtg kot😀
DeleteAnak2 kecik ni memang happy je kalau org baru datang melawat dia. Hihi
ReplyDeletebetul.kn plak yg jenis happy go lucky😀
DeleteSikit je pelajarnya ya anies. Senang untuk cikgu mengajar dan senang juga untuk anak murid lebih tangkap apa yang diajar..
ReplyDeletecantiknyer bilik drjah dia
ReplyDeleteBestnya pengalaman mcm ni.. saya suka sgt... seronok dan mendidik
ReplyDeleteJauh perjalanan...luas pandangan..
ReplyDeleteBest juga dapat tgk tempat2 macam ni
anis banyaknya pengalaman g tempat org
ReplyDeletenampak meriah je
ReplyDeletehahahahaa org siam jenis pakai selipar bulu2 tu kalau dok dalam rumah ke, opis etc. jrg nmpk dorang xpakai kasut dlm rumah.
ReplyDeletenot bad laa bertukar2 pendapat..