✿...السلام عليكم✿
Alhamdulillah, sebahagian blog dah selamat diBWkan... yang belum ditinggalkan jejak oleh mem besar, sabaq no... insya Allah anies pasti singgah lepas ni...
okey, sambung lagi cerita kat Ayutthaya ni...
blogger Ct Hazreen ada tanya pasal Ayutthaya ni pemes sebab apa dan ada mention dalam buku teks... yap, dalam buku teks Sejarah (form 4 rasanya) ada sebut pasal Ayutthaya dan kerajaan2 di Nusantara. apa kaitannya?
anies tak nak laa sebut / tulis detail pasal sejarahnya ni tapi sekadar nak 'ungkit balik memori masa amik SPM dulu'...
sebelum adanya Bangkok, Ayutthaya merupakan ibu negara kerajaan Siam. dikatakan, kerajaan Ayutthaya ni dah wujud sebelum adanya kerajaan Melayu Melaka.
Ayutthaya juga menjadi pusat penyebaran agama Buddha terbesar di Asia Tenggara (ketika itu) dan tidak hairanlah, dikhabarkan lebih kurang 11 000 wat telah didirikan di sekitar Ayutthaya.
namun kegemilangan Ayutthaya berakhir bila mereka diserang oleh tentera Burma sekitar tahun 1760 Masehi. hampir semua wat dibakar dan dimusnahkan oleh mereka (tentera Burma). dan selepas itu, kerajaan Siam memindahkan ibu negara mereka ke Bangkok.
dan hari ini, yang ada / tinggal di Ayutthaya adalah serpihan runtuhan wat, candi / stupa yang pernah didirikan suatu masa dulu. seperkara lagi, sebahagian daripada kawasan Ayutthaya ni diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
rasanya, cukup laa kot mukadimah entry hari ni.... dah macam masuk kelas tuisyen sejarah laa pulak 😀 kalau salah info, maafin ya ibuk2 bapak2 sekelian...
btw, wat Ratchaburana yang anies lawati ni merupakan salah satu wat terbesar yang terdapat di Ayutthaya. kami sebenarnya tak tau langsung pun yang rombongan ni akan dibawa ke sini. kalau kami tau awal2 nak singgah sini, supposed pagi2 lagi kami dah bertolak ke Saraburi sebelum ke Ayutthaya.
15 minit berada kat sini memang tak cukup. dah laa kawasan dia luas. walaupun tak dikenakan sebarang bayaran, tapi tepat pukul 5 petang kawasan ni dah ditutup. so, masa yang ada sempat snap mana yang sempat je laa... agak keciwaaa di situ 😢
well sebahagian pic yang sempat anies snap untuk tatapan kawan2... gambar terlajak banyak laa pulak kali ni 😉
signboard
sedikit info tentang wat Ratchaburana. boleh baca tak? alaa... zoom laa sikit...
yang sukakan painting, hah... sila baca dan buka mata besar2..
replika Wat Ratchaburana kat pintu masuk. anies sempat teroka yang bahagian depan je... 😞😞😞 eee geram laa pulak bila dah ada kesempatan tapi tak cukup masa... warrghhh...
btw, anies ni memang suka tengok tapak2 / binaan2 tinggalan sejarah ni... suka tengok keunikan yang ada pada sesuatu bangunan sebab dari situ kita dapat mengagak 'kecanggihan' teknologi yang mereka guna pada zaman tersebut... ceh wah! ayat ajet2 arkitek laa pulekk... 😎😄
pintu gerbang / masuk...
Royal Sermon Hall (Royal Vihara)... info dia ada kat bawah ni... 👇
nampak kan? boleh eja kannn...
kawasan sebelah Royal Vihara... bila tengok pic ni, teringat Candi Lebah Bujang... macam ada persamaan...
bahagian dalam Royal Vihara... suka pic ni nampak cam ala2 Nat Geo punya gambar... kah kah!!
pintu masuk Royal Vihara. memula, kami macam takut2 je nak masuk sini sebabnya kesuntukan masa. tapi bila tengok sorang demi sorang keluar bas, apa lagi... kami pun cepat2 snap sana sini...
koridor tepi Royal Vihara... laluan menuju ke menara...
anies perhatikan batu bata (runtuhan wat-wat di sekitar Ayutthaya) yang digunakan dan cuba bandingkan dengan batu (binaan) yang digunakan di Angkor Wat atau Candi Borobudur (walaupun tak pernah sampai lagi)... memang berbeza sangat terutama dari segi warna...
walaupun tengah dibaikpulih tapi pelancong boleh je naik / masuk menara ni... anies nak masuk juga tapi sebab masa tak de, so snap gambar je laa sob sob... 😒
tak pasti... dalam stupa tu ada patung Buddha atau tak macam kat Candi Borobudur...
dari segi kebersihan kawasan sekeliling... memang tip top! bersih and puas hati sangat2... kami tak jumpa pun tong sampah kat dalam kawasan wat ni...
last but not least... wajibul ghunna pic mem besar ditepek seketul kat sini dengan ucapan: "saya nak datang sini lagi... anda nak ikut?" 😄😄😄
Uniklaa binaan Royal Vihara tu. Buat tempat photoshoot bestlaa. Hehe
ReplyDeleteHahhaa... mungkin ada yang tak ambil subjek sejarah tu yang tak ingat.
ReplyDeleteBanyak Wat aka candikan Anies.
Tapi Angkor Wat dan Candi Borobudur yang femes tu bukan di Ayuthia cia..cia..cia..
Sata nsk ikut kalau awk pegi lagi.
ReplyDeleteboleh2
Deletecantik tempatnya...
ReplyDeletewah, macam baca ensiklopedia bergambar plak hehe
ReplyDeleteterima kasih atas info nya sis...saya pun suka tempat-tempat bersejarah ni
ReplyDeleteYa Allah bestnya :(
ReplyDeleteSUKANYA KALAU DPT BERSAMA ANIES MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH NI...
ReplyDeleteByk juga tmpt yg anies dh pergi...seronok baca sejarah sesuatu tmpt..
ReplyDeletepic mem besar harus ada anis... bukti dah sampai sana :).
ReplyDeletetetiba teringat kat mata
ReplyDeletepelajaran sejarah time sek dulu..
kalo ada niat nak pergi lagi tu... maknanya best la tempat tu kan kan kan..
ReplyDeleteterus teringat zaman mendaki candi borobudur...penat tapi berbaloi...
ReplyDeleteseronoknya dapat pergi thailand..sy jangankan thailand, malaysia ni pun belum habis pergi huhu
ReplyDeletenak ikutttttttttt!!!!! tapi tak mau join tour agent..sbb nanti sekejap jer boleh lepak kat sini..hehehe
ReplyDeletejom2
DeleteBetul2 terlajak banyak gambàrnya..
ReplyDeleteanies !! g sini amik package or adjust semua sendiri? eii nak g jgakk..
ReplyDeletesy ikut rombongan sekolah
Deleteni macam tempat shooting lagu Kuch kuch ho ta hai..
ReplyDeletea ah lah, saya pun fikir benda yang sama hehe
Deletebkn... cite Maan
DeleteIntro best! Dapat recap sejarah :)
ReplyDeleteMemang bersih dan berjaga tempatnya :)
ReplyDeleteSeronok berjalan-jalan sana.
ReplyDeleteBiasanya kalu dikatakan pintu gerbang tentu kita bayangkan, besar tinggi dan lebar kan.
ReplyDeleteTapi yang ini berukir dan berbentuk tirus keatas tu yg nampak lain dan simple.
sekali sekala belajar sejarah balik...elok juga tu...banyak candinya dan besar2..kalau kat lembah bujang x ada la banyak sangat...
ReplyDeletecantik2 tempatnya
ReplyDeleteSeronok berjalan kan anies :) siqah tak pernah lagi sampai sini. Tengok anies dah sampai pun cukuplah :D
ReplyDeleteinsya allah pasti siqah akn smpi kt sini kelak
Deleterasa mcm dh komen kt sini minggu lepas.. sob..sob
ReplyDeletelepasssss ini kita selfie kat kingdom of ..... byk2. dlm buku sejarah memang ada psl ayutthaya ni.
agak2 nk masuk wat nanti kna bwa pyung tak nis? sana xdibenarkan pakai topi
ReplyDelete