✿...السلام عليكم✿
Synopsis:
Freya (Emily Blunt) melarikan diri dan mendirikan sebuah
kerajaan baru. Sebagai seorang pemerintah, beliau mengeluarkan larangan keras
terhadap ‘sebarang bentuk kasih sayang’.
Disebabkan itu, beliau memerintahkan tenteranya agar membunuh semua ibu bapa
dan hanya menangkap anak-anak mereka. Anak-anak itu kemudiannya dijadikankan
sebagai Huntsman.
Selepas beberapa tahun dilatih sebagai huntsman, Eric (Chris
Hemsworth) dan Sara (Jessica Chastain); dalam diam menyimpan perasaan antara
satu sama lain dan mereka berkahwin tanpa pengetahuan Freya. Rahsia mereka
tidak kekal lama apabila Freya
mengetahui hal iyu akhirnya dan bertindak untuk memisahkan mereka.
Pelbagai peristiwa berlaku sehingga menemukan semula Eric
dan Sara namun pertemuan itu tidak semudah yang disangka tambahan pula dengan
kemunculan semula Ravenna (Charlize Theron) yang disangka telah mati di tangan
Snow White tetapi rupa-rupanya hidup kembali setelah dipuja oleh Freya.
Apakah yang terjadi selepas itu? Siapakah akan akan lebih
berkuasa? Freya atau Ravenna? Bagaiman pula dengan nasib Eric dan Sara serta huntsman
yang lain?
My review:
Overall, jalan ceritanya baik dan mudah difahami. Cuma, bagi
anies, filem ini ‘tiada hala tertentu’
selain mahu menghabiskannya dengan ‘happy ending’. Maksud tiada hala tertentu adalah, di mana
point sebenar cerita ini. Adakah fokusnya kepada Hunstman ataupun mahu merujuk
kepada siapa yang lebih kuat (Ravenna atau Freya) atau hanya sekadar mahu
menunjukkan ke mana hala tuju cinta Sara dan Eric.
Walaupun ada tagline ‘A story before Snow White’,
sebenarnya ia tiada kaitan pun dengan ‘elemen’
Snow White. Ia sekadar penyedap cerita yang mahu menunjukkan bahawa Ravenna
mati kerana Snow White. Tu sahaja.
Tapi apa-apa pun, lakonan mantap daripada semua pelakon dan
sinematografi yang cantik berjaya melenyapkan penonton daripada ‘kejanggalan’
yang wujud dalam story line.
Daripada 5****, anies beri 4 bintang. Filem ini akan menemui
penonton di seluruh pawagam tanahair bermula hari ini.
Terima kasih kepada pihak www.budiey.com
yang sudi memberikan 2 pass tayangan premiere ini. Terima kasih!
Antara scene menarik dalam The huntsman: Winter’s
War.
Freya dan tenteranya datang mencari Eric dan Sara.
Eric dan Sara - mula jatuh cinta
apabila Eric berjaya menemui 'cermin sakti'
trailer
Dah lama akak tak ke pawagam anies..
ReplyDeleteUntung anies dapat tikit free kan..
menarik juga citer yg diasaskan dongeng ni..santai2 nonton film
ReplyDeleteAssalamualaikum..apa khabar anies..
ReplyDeletesinggah melawat anies..:)
ReplyDeletenak tengok online punya lahhh...
ReplyDeletebestnya movie ni
ReplyDeleteanimasi dia ok x?
ReplyDeletebestnye dapat tiket percuma....rietta pown bru je tgk weekend bru ni...best jugak citer dia...
ReplyDeletemcm best je
ReplyDeleteSampai sekarang tak tengok-tengok lagi. Huhu.
ReplyDeletepart kelakar dgn budak2 kerdil tu.. so far ok la tp xnk pening kena tgk yg first
ReplyDelete