✿...السلام عليكم✿
Adakah anda sudah bersedia atau
benar2 bersedia untuk melangkah ke tahun 2016? Jika ya, adakah anda berpuas
hati dengan apa yang telah dicapai sepanjang tahun 2015? Jika tidak, perlukah
anda mengatur sesuatu yang lebih baik untuk tahun 2016?
Hari ini saya ingin berkongsi 9
perkara yang anda boleh buat untuk menilai pencapaian anda pada tahun
2015 dan apakah persediaan yang anda lakukan bagi membuka tirai 2016.
#1
MENILAI SEMULA
Saya mencadangkan anda menilai semula kebahagiaan anda pada
tahun 2015, adakah anda cukup bahagia? Bahagia ini adalah satu perasaan yang
dapat anda rasa, kegembiraan yang anda raikan dalam setiap perkara. Pasti anda
melalui ‘ups & down’ sepanjang 2015 bukan? Tetapi jatuh bangun itu tetap
membuat anda rasa bersyukur dan anda sentiasa berada dalam ‘STATE’ bahagia. Dalam skala 10 markah, berapa
yang anda beri untuk kebahagiaan anda?
#2
TAHAP KEWANGAN
Adakah anda melihat kewangan anda lebih baik pada tahun 2015
jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya? Dan berapakah markah yang anda beri?
Jika 10 markah penuh, berapa pula yang akan anda bagi untuk tahun 2016 bagi
kepuasan diri anda. Sekiranya puas hati dan anda hanya beri 7 markah, maknanya ada
benda yang anda perlu perbaiki pada tahun 2016.
#3
PERHUBUNGAN & SILATURRAHIM
Bagaimana hubungan anda bersama keluarga sepanjang 2015?
Memuaskan? Nilai semula hubungan bersama suami isteri, ibu bapa, adik beradik
dan anak beranak, berapakah markah yang anda beri? Kalau 10 markah, bermaksud
hubungan kekeluargaan anda sempurna, jika kurang maknanya anda perlu menambah
baik pada tahun 2016.
#4
KOMITMEN SUMBANGAN
Komitmen sumbangan yang bagus. Maksudnya, anda mempunyai
komitmen bersedekah setiap bulan atau setiap minggu. Allah tidak menilai besar
atau kecil gaji yang anda terima, tetapi Allah menilai apa yang anda beri.
Tidak kira banyak atau sikit, tetapi adakah anda set komitmen itu? Berapa
markah yang anda beri pada 2015 dan apa yang perlu anda perbaiki pada 2016?
#5
MEMANFAATKAN ORANG LAIN
Adakah anda melihat tahun 2015 ini anda seorang yang memberi
manfaat kepada orang lain. Saya sering kali menyebut hadis ini, ‘SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH
MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN’.Adakah anda telah
menambah nilai dalam kerjaya anda, perniagaan anda sebagai suri rumah, pelajar.
Adakah anda buat yang terbaik dan memberi manfaat kepada orang lain.
#6
MENJADI INSPIRASI
Adakah anda menjadi inspirasi pada 2015. Adakah anda seorang
contoh, model kepada orang lain. Sebagai contoh, kalau macam anda buat kerja
bos, anda akan cakap tengok orang tu, buat kerja cepat, datang kerja awal.
Adakah anda macam tu? Atau anda perlu perbaiki lagi supaya anda menjadi lebih
baik daripada tahun ini. Berapa markah anda bagi?
#7
CAPAI MATLAMAT
Adakah anda berjaya capai apa yang anda nak capai tahun 2015 ni.
Kalau anda kata 10, insyaAllah anda dah capai segalanya tahun ini. Kalau tak,
anda kena set apa yang anda nak perbaiki pada tahun 2016. Berapakah tahap
kejayaan anda pada 2015, dan fokus untuk memperbaikinya pada tahun 2016.
#8
KEROHANIAN ANDA
Perhubungan anda dengan Allah. Perhubungan anda adalah amalan
anda. Perhubungan anda dalam memperbaiki tahap kerohanian ‘spiritual’ anda.
Sebab hidup ini at the end of the day anda inginkan ketenangan jiwa, anda ingin
mencari keredhaan Allah. Anda ingin memperbaiki hubungan anda dengan Allah
supaya boleh balik hidup tenang. So, berapa markah kita nak bagi untuk komitmen
bangun pagi, solat taubat, solat tasbih, bangun tahajud, amalan baca al-Quran
dan amalan-amalan lain.
#9
DISIPLIN MASA
Adakah 2015 ini anda hidup dengan disiplin masa yang bagus?
Adakah anda guna masa anda dengan sebaiknya? Anda tak terganggu dengan benda
lain di persekitaran anda sehingga menyebabkan fokus anda lari. Berapa markah
anda nak bagi? Kalau 10 tu markah yang anda beri untuk 2016, kalau tidak,
apakah yang anda ingin perbaiki pada 2016?
Perkongsian saya ini diharap dapat memberi manfaat kepada anda.
Fikir-fikirkan dan jangan ambil mudah kerana hidup ini hanya sementara. Kita
nak jadikan hidup di dunia ini yang terbaik dan juga akhirat kita yang terbaik.
Saya doakan anda bahagia bersama keluarga anda. Saya ingin
kongsikan 1 ayat yang saya baca pagi ini, ayat yang dikongsikan dari Islamic
Relief Centre ini menarik perhatian saya – TANGAN
YANG MENGHULURKAN BUNGA MAWAR PASTI AKAN HARUM. Maksudnya orang yang memberi kebaikan
kepada orang lain insya-Allah akan mendapat kebaikan tersebut.
selamat menyambut tahun baru 2016!
diubah suai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman
maaf, belum dapat BW sepenuhnya ;-(
maaf, belum dapat BW sepenuhnya ;-(
Bila nak menjelang tahun baru...
ReplyDeletesegala perancangan harus dibuat...
dinilai....supaya kita tidak mensia-siakan masa yang ada :)
selamat tahun baru., ;p lawo kete merah tuuuh
ReplyDeleteBW, banyak lagi yg perlu diperbetulkn untuk tahun 2016 nnti
ReplyDeletesalam kak :) terima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semua urusan
ReplyDeleteAnak semakin mmbesar mka bertmbahlh belanja..nk buek lagu mna ni..
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2016..anies.
ReplyDeleteinshaaAllah cuba lakukan terbaik utk 2016..
ReplyDeleteErrrr... mcm fail je.
ReplyDeleteBut if more than half of ur ceklist tu blh tick... kira lulus kot.
Hi hi hi
Robot mai dah... mai dah
ReplyDeletebla komen byk2 mmg akan keluar menyampah!
Deletenice sharing anies .. moh kita nilai diri sendiri :)
ReplyDeleteSemoga 2016 ini lebih baik buat diri kita dalam hubungan dgn Nya dan sesama insan. In shaa Allah, usahakan yg terbaik utk kejayaan dunia dan akhirat... aamiin.
ReplyDeleteErrr rasa pnh komen kt sini. Komen hilang ea?
ReplyDeleteada je ni ;-)
Deletemasih banyak yg perlu huda baiki untuk tahun 2016 ..
ReplyDeleteBagi semua 10 markah boleh? Hehe.. Bersama memperbaiki diri agar menjadi lebih baik..
ReplyDeletekena tengok balik rasanya dr segi bahagia thn ni dpt 8 gitu. kewangan pon boleh kata ok. Nak penuhi semua yg ada dlm list tu. hehee
ReplyDelete