✿...السلام عليكم✿
Hari tu, anies ada war2 kan pasal nak share resepi ni. Sebenarnya,
resepi ayam kicap madu ni sesuai untuk dijudukan dengan nasi ayam. Tapi,
kalau yu ols sesekali nak tukar selera makan ayam goreng…
boleh je nak apply resepi ni.
Since ayam ni ‘berkaitan’
dengan resepi nasi ayam, harap2 yu ols jagan keliru ya! Kalau tak faham,
dipersilakan kemuka soalan kat ruang komen di bawah.
So, are you ready?
Bahan2:
Ayam (siap direbus)
Bawang putih
Kicap pekat
Kicap lemak manis
Garam
Air rebusan ayam
Lada sulah
Madu
Minyak (untuk menggoreng)
Cara membuat:
1. Campurkan kicap pekat, kicap lemak manis, bawang putih
yang siap dikisar, lada sulah dan air rebusan ayam ke dalam satu bekas.
2. kacau adunan – pastikan tidak terlalu pekat – tidak terlalu
cair.
3. masukkan madu dan kacau.
4. tuang adunan ke atas ayam dan perap kira-kira 10 jam. Lagi
lama perap, lagi sedap.
5. sebelum ayam digoreng, salutkan sekali lagi bahagian2
ayam yang tidak terkena kicap dan goreng. Goreng lebih kurang 3-4 minit sahaja.
Ini kerana ayam sudah direbus terlebih dahulu dan pemerapan sudah cukup
membuatkan ayam ‘masak separuh.’
6. setelah semua ayam siap digoreng, ambil satu bekas yang
lain dan tuangkan madu. Gaul ayam tersebut dengan madu.
7. lebihan kicap yang digunakan untuk pemerapan ayam boleh
digunakan untuk ‘kicap’
nasi ayam. Tapi pastikan panaskan dahulu sebelum dimakan.
gambar aritu...
tq share anies... biasanya Ahlam buat xguna madu... t leh try..
ReplyDeletenampak hitam berkilat ayam gorengnya tapi sedap tu anies kan..tq resepinya.
ReplyDeleteTerbaiklah ada resepi..boleh bt nti..
ReplyDeleteWahhh sedappp ni
ReplyDeleteselalu masak ayam mcm ni kalau makan dengan nasi ayam ! hehee
ReplyDeletesedappp nampak
tengok ayam tu menyelerakan... lepak dan follow sini
ReplyDeletehitam2 si tompok manggis ni, anies...
ReplyDeletewalaupun nampak hitam, tapi rasanya mengancam you...
Oh...
ReplyDeleteSelalunya masak kicap biasa je..yg ni tambah madu..mesti lagi sedapkan...nanti k wa nk try..sedap betul tengok gambar tu.
Nak try buat resepi ayam kicap madu ni anies...nmpk sedap jer...
ReplyDeleteboleh cuba ni . mudah je membuatnya ...
ReplyDeleteMak aiii...sedapnya. Kalau kita perap beberapa jam, lepas tu masuk freezer, nak makan nanti baru defrost and goreng, boleh kan?
ReplyDeleteboleh je
Deletebolehlah mencuba..tq anies share resepinya..
ReplyDeleteSedapnnyaaaaa! Dah bookmarked. Nanti saya nak cuba. Thanks ye, Anies :)
ReplyDeletenampak sedap tu.. mesti cuba buat juga..
ReplyDeletekena cuba ni... mudah resepinya
ReplyDeleteSedap pulak nmpk set nasi ayam tu...
ReplyDeleteyummss..
ReplyDeletenmpk sedap sgt ni..tq for sharing
Dah simpan resepi kat home screen, nanti nak cuba ^-^
ReplyDeletetengok gambar dah tahu sedap ... saya pun suka ayam kicap madu yang hitam macam tu, terus terliur :)
ReplyDelete