✿...السلام عليكم✿
Pada malam raya, beberapa tahun yang lepas…
Sebaik sahaja selesai berbuka, kami; terutama yang perempuan dah
start menyinsing lengan. Tugas ‘menari-nari’ di dapur akan bermula sebentar
lagi.
“Kak long, tolong perah santan! Kak cik,
tolong potong semua sayur-sayur tu! Adik, blend cili dan kerat sotong sekali!”
satu persatu arahan mama keluarkan.
“Kita nak masak apa ni
mama?” soal kak long.
“kita nak buat kuah lontong dengan sambal
sotong!”
“wow wee… sedap tu!” jerit anies sambil menunjukkan isyarat
thumbs up.
“hah, kalau macam tu kena tolong mama
sampai kuah lontong siap!”
maka, bergotong-royonglah kami di dapur sampai ke malam. Penat tak
payah cerita laa…
keesokkannya… pagi raya…
“karang, takut tak sempat nak jamah, dah
habis lontong tu!” jawab
anies bila mama tanya kenapa nak makan lontong walaupun belum mandi lagi.
“hah, makanlah!”
“mama, kalau simpan sikit kuah lontong ni
boleh?”
mama mengangguk.
-------------------------------------------------------------------------------------------
sebelah petang, hari raya pertama, sewaktu sedang beraya…
“anies, ni mama nak beeritahu. Mama nak
ikut kak cik pergi Terengganu!”
“mama nak ikut kak cik bercuti ke?”
“ya!”
anies mengeluh seketika. Dalam kepala dah terbayang, esok dapur
pasti tak berasap sebab tiada orang yang akan memasak. Tapi tiba-tiba
teringatkan lontong yang disimpan.
“hehehe… lontong kan ada…” kata anies dalam hati.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pada hari raya kedua, bangkit dari tidur... perut dah berkeroncong
minta diisi.
Pantas tangan membuka peti ais untuk mencari kuah lontong yang
disimpan semalam.
TING!
Argghhhh mana perginya kuah lontong ni?? Mata mula melilau mencari
sasaran.
TING!
Nasi impit dalam loyang dah habis! Kemudian, tudung periuk
diangkat…
TING!
Arghhh kuah lontong pun dah habis!!! Siapa yang baham semua ni??
Tiba-tiba rasa nak menangis. Sampai hari orang dalam rumah ni. Habiskan semua
lauk-pauk yang ada.
Nak cari makanan kat luar, of coz dah old out. Faham2 je laa… raya
kedua masing2 dah start cari roti canai and nasi lemak.
entah mengapa, tiba-tiba hati terasa nak buka kabinet dapur.
TADAAA... rasa nak melompat je bila ternampak sebekas MameeChef yang tak terusik! dalam hati berkata, "rezeki tak dapat makan lontong..."
tiba-tiba...
"hah, cik anies buat apa tu?" sergah Yaya (anak saudara) dari belakang.
anies cepat-cepat menyorokkan MameeChef ke belakang.
"err... mana ada apa-apa!"
"jangan nak tipu... dah nampak dah
tadi. cik anies nak masak MameeChef kan?"
mmm... mahu tak mahu anies terpaksa mengaku. 'ish.... kacau daun laa budak ni!' hati mengdongkol marah.
sangka anies, lepas tu Yaya akan berlalu dari dapur. rupanya dia
masih tercegat kat situ dan memerhatikan tingkah laku anies.
'iiiisshhsh... budak ni.. pergilah tengok
tv... aku nak makan MameeChef pun tak senang...' rungut anies dalam
hati.
setelah MameeChef hampir masak, anies sengaja buat-buat cium keharuman bau MameeChef di hadapan
Yaya.
"cik anies, nak sikit!"
"banyak cantikkk..." balas anies sambil mencebir.
tengok tu... betapa kedekutnya anies masa tu even pada anak
saudara sendiri. padahal, bukannya budak tu minta semua. dia minta sedikit je.
niat untuk menyakiti si kecil terus 'membara'. anies sengaja
membawa MameeChef tu
ke ruang tamu sambil menonton tv. Tiba-tiba...
BEDEBUK!
memang benar kata pepatah... orang tamak selalu rugi...
dalam sekelip mata, MameeChef yang berada di tangan anies tumpah ke lantai
gara-gara terpijak kereta mainan yang bersepah di atas lantai.
adooiiii... dah laa perut lapar... MameeChef pulak tumpah... sabar je laa...
sewaktu sedang mengutip sisa-sisa makanan, anies menjeling tajam
ke arah anak saudara yang berdiri tidak jauh dari situ.
"hah, apa pandang-pandang?” geram pulak rasanya bila Yaya tengok anies
sambil terkebil-kebil.
"kalau cik anies beri Yaya MameeChef tadi, tentu
cik anies tak jatuh... tentu cik anies dah boleh makan MameeChef tu..."
ZUPPP!!! kata-kata Yaya tu tepat menikam ke jantung! malu beb kena
'sekolah' dengan budak 7 tahun!
Moral of the story, BELAJARLAH BERKONGSI... walaupun sedikit...
--------------------------------------------------------------------------------------------
bila terkenangkan semula peristiwa ni, tiba-tiba rasa nak 'tebus'
balik kesilapan tu especially pada Yaya. harap2 Yaya akan balik raya tahun ni
dan cik anies janji, cik anies akan buat MameeChef special untuk Yaya iaitu....
#MameeChefLontong
credit: FB Mamee Chef
suka tak? suka tak?
Harap-harap Yaya suka..sebab cik anies memang suka #MameeChefLontong ni.. mirip rasanya dengan Lontong yang mama buat..
kepada mereka yang tak dapat balik kampung sempena raya ni, pergilah cepat-cepat borong #MameeChefLontong ni! harap2 dapat kurangkan sikit rindunya pada kampung sempena Raya ni...
Hi, bw #mameecheflontong anies.. best bc story anies
ReplyDeleteJemput singgah link : http://satujanjikita.blogspot.com/2015/07/lontong-dan-raya.html
iklan berbayar ni..hihi
ReplyDeletenk tau gak sape abeskan lontong raya kedua tuu ;p
ReplyDeleteCik Anies kena beli stok MameeChef banyak2 untuk raya. Harap takde edisi mameechef lontong bedebuk tahun ni :)
ReplyDeleteDah ada perisa lontong....
ReplyDeleteSerious baru tau ni....nyum2..
senangkan anies ada lontong segera.boleh simpan stok di rumah. boleh segera mkn..anytime..anywhere..hehe
ReplyDeleteBaru lepas tengok Chef Ismail buat MameeChef lontong. Sedih kisah Anies tu, kemana sebenarnya lontong tu Anies?
ReplyDeletekan dah kena cash ... heheheee ... saya dulu pun berkira dgn anak buah , takut benar rezeki habis dan rm tak cukup ... sekrg bila jadi pemurah , rm cukup je . rezeki pun alhamdulillah sentiasa ada ...
ReplyDeletehahaha...aku gelak dulu, raya nanti mintak maaf.heehehe.tak pernah makan Mamee Chef lontong ni..kena try!
ReplyDeleteyaya, nanti mintak duit raya extra kat cik anies ye..
jadi penasaran ingin juga mencicipinya :)
ReplyDeletekenangan yg mendera jiwa tu...xpernah rasa lagi mammee chef lontong ni...mesti sedap.
ReplyDeletebaru nak kata mamee chef tu penyelamat. sekali tumpah lak.
ReplyDeletesy tak pernah rasa lagi nie...nampak mcm best je bulan2 puasa nie..
ReplyDeletefollow blog sy jgk ye..tq..http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/
momme ni sedap ! suka makan ..
ReplyDeleteps: sis.. just nak bagi pendapat, better tukar color background dari bunga2 ke plain (cth putih) sebab susah nak baca bila ada bunga ni. Nampak cute bunga tp untuk kebaikan blog sis boleh ambil pandangan saya . Maaf sekadar pandangan kecil :)
sedap tak??
ReplyDeleteTak pernah rasa lagi mamee chef lontong.. saya pun antara penggemar lontong juga.. Ok.. saya pun nak beli nanti.. mmg menarik selera nie. Thanks sharing Anies.. :) :)
ReplyDeleteMesti yaya doa kat Allah, sbb cik anies dia kedekut sangat. Tu yg jatuh tu... hahahah saya pun selalu juga kena sekolah dgn Alisya dan Faris... pedih ooo... hahahah
ReplyDeleteAnies, ade ek perisa lontong, first time tgk ni, n baru tau... tak penah pun beli brand mamee, selalu maggi... hahahaa.. best lak baca citer ni...
ReplyDeleteOh.. ingat makan dekat dapur.. eemm.. tapi takpe.. beli sepeket besar, boleh share reramai..
ReplyDeletewah ada perisa lontong.. bestnya
ReplyDeleteanies sabar ya dgn pemergian ayah. al fatihah
xpernah try lg perisa lontong ni
ReplyDeletehahaha Mamee amek ilham buat dr citer Anies eh hehe.. tak penah rasa lagila mamee ni.. x makan mee segera sngt tp kalo makan mmg makan yg kari je..
ReplyDeleteHihi kelakar baca
ReplyDeleteMesti bila duduk sensorang bleh senyum sendiri bila tefikir kan :)
Sedap ye aniss.. nak try beli la nanti
ReplyDeleteoooo kes mamee lontong rupanya
ReplyDeleteAssalam anies,
ReplyDeletehaa
iols tak try lagi hat ni
semua entry dh komen.. hehee
ReplyDeletemuah2.
best juga sekali sekala baca cerpen..
ReplyDelete