Pages

Wednesday, 1 July 2015

Apa itu zat Ketone?

✿...السلام عليكم✿


Puasa mengandungi faedah terbesar yang belum dapat ditandingi dunia perubatan moden. Rahsianya ialah pada zat Ketone yang terhasil apabila kita berpuasa.

Pada hari biasa, tubuh manusia menghasilkan tenaga melalui gula (glukosa) yang didapati daripada makanan yang dimakan. Namun apabila tidak mendapat makanan, tubuh akan menukar sumber tenaganya daripada lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Lemak ini diproses menjadi zat Ketone yang akan dibakar menjadi tenaga.

Zat Ketone lebih baik berbanding glukosa kerana tidak meninggalkan 'sisa' di dalam tubuh. Sisa zat Ketone dilepaskan secara semulajadi melalui nafas orang yang berpuasa. Subhan-Allah, inilah hikmahnya apabila Allah SWT mengatakan bau nafas orang berpuasa itu lebih baik daripada kasturi.

Apabila otak menggunakan zat Ketone sebagai sumber tenaga, saraf menjadi lebih 'bersih' dan sihat. Ini dibuktikan apabila dunia perubatan sendiri menjadikan Diet Ketone sebagai penawar penyakit sawan. Diet Ketone dilakukan apabila pesakit disuruh berpuasa dan diberi makanan berlemak. Makanan berlemak ini akan ditukar kepada zat Ketone untuk menstabilkan kesihatan otak pesakit.

Namun begitu, sesetengah bahagian otak tetap memerlukan glukosa sebagai sumber tenaganya. Di sinilah kita melihat hikmah ajaran Rasulullah SAW supaya berbuka puasa dengan buah kurma yang manis. Bahkan, gula di dalam kurma itu tidak perlu diproses dan terus diserap ke dalam tubuh.

Apabila lemak tubuh ditukar kepada zat Ketone, tubuh manusia menjadi lebih ramping dan sihat secara semula jadi tanpa memerlukan produk sampingan. Sebuah syarikat farmaseutikal pernah menghasilkan pil zat Ketone daripada buah-buahan sebagai suplemen untuk menurunkan berat badan. Mereka telah mengujinya ke atas haiwan makmal, namun langsung tidak terbukti bahawa produk itu berkesan kepada manusia.

Wallahu 'alam.


diubahsuai daripada buku: Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin, karya Yusuf Al-Qaradhawiy. ISBN: 978-967-403-1114

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

siapa suka maruku, angkat tangan? tapi... sampai bila asyik nak beli je kan? acu try buat sendiri. mmmm boleh ke? eh, mestilah boleh! nak tahu cara membuat maruku yang sedap? klik je kat >>>>>> SINI.

22 comments:

  1. wah, first time dengar ni.(ke, pernah dengar tapi x ingat sebab main dalam kelas)great sharing..semoga lebihan lemak kat perut ni bertukar menjadi ketone.

    ReplyDelete
  2. anak2 akak tak berapa gemarkan kurma.. tapi kena paksa jugak makan.. ;)

    ReplyDelete
  3. berpuasa mmg banyak faedah kebaikannya...
    zat ketone? hmm baru tau...tq berkongsi info.

    ReplyDelete
  4. banyak kan kebaikan berpuasa ni :D

    ReplyDelete
  5. mmg banyak kelebihan berpuasa ni kan...

    ReplyDelete
  6. takde ula dalam badan pun susah juga xde tenaga.tp zat ketone mmg bagus laa

    ReplyDelete
  7. First time Zumal dengar tentang zat ketone nie...

    ReplyDelete
  8. Subhanallah..setiap perintah Allah itu ada hikmahnya yang tersendiri.
    Nice sharing Anies

    ReplyDelete
  9. Kongsi yang bermanfaat dan bagus kak anies :)

    ReplyDelete
  10. Sesungguhnya dalam setiap perintah ibadah pasti ada kebaikan manfaat yg tiada tandingannya. Subhanallah wallahuakbar...

    ReplyDelete
  11. oh indahnyer Islam... kadang2 kita jarang ambil tahu.. kenapa Allah kata ni makruh, ni halal, ni haram.. kita main ikutjer...

    ReplyDelete
  12. wah...dpt ilmu baru..1st time dgr psl zat katone...

    ReplyDelete
  13. Memang sangat besar sekali manfaat dari puasa ya kak :)

    ReplyDelete
  14. Wah info yg menarik ni anies... tak pernah dgr lagi sebelum ni... thanks sharing...

    ReplyDelete
  15. Good Info..Jom Follow blog kita..Nanti kita follow Back :-)

    ReplyDelete
  16. wooah.. kalo x silap dlu mcm pernah baca.. tp long2 time ago..
    hehehe.. ni mcm refresh balik..

    btw.. tak ada apa yang Allah suruh dan jadikan itu something yang sia2..

    ReplyDelete
  17. maklumat yg meanrik ni ... byk kelebihan kurma kan . tak yah susah hati le mulut berbau masa puasa kan ...

    ReplyDelete
  18. Puasa memang banyak bawa impak baik pada kesihatan dan diri kita :)

    ReplyDelete
  19. wah baru tau pasal ni.. indahnya amalan berpuasa.

    ReplyDelete
  20. ooo baru tahu.. thanks 4 sharing anies..=D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆