✿...السلام عليكم✿
Pejam celik pejam celik, dah 9 hari
kita berpuasa. so far ada yang terponteng
ke? atau sengaja ponteng? atau buat2
ponteng? (ayat apakah ini?)
apa2 pun... apa khabar semua? harap2
mereka2 yang matanya sekarang sedang
tertumpu kat blog ni, sihat dan bahagia
tatkala menjalani ibadah wajib ini.
Alhamdulillah...
2,4,5 menjak ni, honestly... mood mem
besar sangat2 ke laut... kalau boleh diukur,
mungkin dah sampai ke laut Artik agaknya...
tapi, disebabkan hal semalam, tiba2 mood
yang baru nak merentas Lautan Hindi
tiba2 bedezup ke langit bak mercun roket!
(apakah??) errr... nanti2 laa mem besar
dok gebang pasal hal semalam yang havoc
tu yek!
cerita puasa? so far... mmm...
Alhamdulillah, tahun ni...
permulaan puasa sampai puasa
ke 4... buat pertama kalinya anies
dapat bersahur dan berbuka kat
kampung. bukan senang nak dapat
peluang macam ni lebih2 lagi duduk
kat perantauan ni... (cit, bunyi macam
duduk kat oversea... padahal...)
har har har...
dah lah tu membebelnya! moh laa
layan cerita yang tak seberapa ni!
hambikkk ko! pulun durian sampai pengsan! sebenarnya pak ngah yang kasi durian ni. tahun ni nampaknya dusun durian dia menjadi... (apa rahsianya? jeng jeng...)
bila dah terlalu banyak durian, maka wajiblah buat inti kelapa + durian. dan salah satunya mangsanya adalah kuih ketayap! korang jangan dok gelak. mem besar kalau buat kuih memang tak reti nak comel2 ni. gedabak sokmo ;-)
kalau tahun ni banyak hasilnya, so kita tak payah buat kuih raya. hidangkan pulasan je dah cukup. bernas tak idea ni?
mak cik dan pak cik anies selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. tak dapat nak hantar mereka ke airport. sekadar jumpa mereka kat rumah je sebelum bertolak ke KLIA.
ni pulak... cerita sebelum puasa. kami sempat ke PWTC untuk menyaksikan majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Alhamdulillah... tengok ramai je yang hadir... lebih2 lagi golongan muda.
ni juga cerita sebelum puasa. opis buat makan2 kat restoran Munif Hijaz. lokasi resto ni kat Greenwood, Gombak. tak susah nak cari. dari tepi jalan dah boleh nampak signboard resto ni. makanan pun not bad. yang paling mabeles adalah kambing golek... torbaek bak hang!
menjoinkan diri dalam SBB tahun ni... pergi dengan blogger Salbiah M and sampai sana dalam pukul 11. means kami tak join sesi pagi. sempat jumpa dengan blogger Khir Khalid dan isteri serta blogger kakitravel Khairuddin Lim.
last but not least...
projek buku teks dah masuk fasa terakhir. Alhamdulillah... kami dah lepas 'peringkat' BBT dan jawatankuasa pembaca luar. sekarang ni tengah buat final touch. dan insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, bulan depan dah boleh output and print... yahooooo!!!! pastu mem besar dah boleh hanimunnnn...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERITA BAIK untuk penggemar FRUIT TART, CHEESE TART DAN EGG TART! kini, anda tak perlu lagi membeli atau menempah kuih kegemaran ini kerana anda boleh MEMBUATNYA SENDIRI! ya betul! anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan yang paling best... anda boleh menjana pendapatan dengannya! masih tak percaya?? kalau tak percaya, klik je LINK NI!
Gambar durian dangan kuih ketayap tu memang mencengkam jiwa betul lah....
ReplyDeleteSelamat berpuasa Anies. Saya belum berkesempatan nak balik kampung lagi puasa ni.. :(
durian lagi pulasan lagi bestnya!!! post la kat fifie sikit!
ReplyDeleteamboi, sumbat semua dalam satu entry na...bagus, jimat masa.ketayap bagus la buat besar-besar,makan sebiji dua dah kenyang.
ReplyDeletebaguslah projek buku teks dah siap.bolehlah bergembira dengan tenang nanti ;) see you after raya!
bersinar-sinar mata akak nampak durian itu...
ReplyDeletemeriahnya durian..untung la tak yah beli..ahad lepas akak bli masa hantar anak kat Kuala Pilah..3 biji 50 hengget!..sebab terliur punya pasal beli la jugak..sedapnya ketayap inti kelapa + duarian..puas hati makan gedabak camtu..:)
ReplyDeleteSedapnya kuih ketayap ada inti durian... Ala tak sempat jumpa Anies masa SBB hari tu...
ReplyDeleteSedapnya kuih ketayap ada inti durian... Ala tak sempat jumpa Anies masa SBB hari tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah..takat ni mampu berpuasa lagi..hehe betapa seronoknya duk dekat dengan family..berbuka n sahur sama2
ReplyDeletesalam ramadhan, tular sy terlepas nk g pwtc tuari nk tenok tilawah sbb byk sgt kebzan melanda., huhu2
ReplyDeleteBanyak aktiviti offline bulan2 puasa ni ye.. biasalah, bila bnyk keluar beroffline mmg mood berblogging pasti akan jadi kelaut.. cuma nasib baik tak hilang terus kat bermuda triangle hehee.. Salam ceria selalu Anies.. :) :)
ReplyDeletebest nyer dapat makan durian...
ReplyDeleteBANYAK PROGRAM YG TELAH TERLAKSANA DGN JAYANYA TU...SEDAPNYA DURIAN DIMAKAN BERSAMA PULUT BUAT BERBUKA...TERINGIN PULA NAK CARI NI...
ReplyDeleteWow byk plak aktivitinya di bulan2 pose ni ek...hee...eh restoran munir tu best ke..?ari tu tnampak gak tepi jln tu teringin jugak nk try...
ReplyDeletebru tau munif hijaz tu ada restoran ;')
ReplyDeletei.harga durian kat sini masih mahal..kak tunggu turun sikit lagi, haha..
ReplyDeleteada org kempunan nak makan roti jala kuah serawa durian...
ii.tak nampak muka anies dalam tv masa musabaqah...hihi
iii.ooo..rupanya buku teks sekolah ada sentuhan tangan anies juga no...terbaik
Berarti sama ya kak, di Jakarta pun sekarang lagi musim durian :)
ReplyDeleteWahhh, manyaknye doyan pos la sini sikit... Klu dulu plng benci doyan now my febret, skunk ni anak sdra lak ikut jejak klu doyan mmg dia jeling je siap ttp hidung lg...;-)
ReplyDeleteKebayang sedap nya :)
ReplyDeleteBanyak lagi buah yang bergayut tu...menjadi nampaknya. .
ReplyDeleteBunda tak makan durian, buat kuah ,, cokodok atau tempoyak baru makan...
pulasan?lamernye xmakan pulasan.....
ReplyDeletealhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar. tilawah tgk kt rumah saja. kita dh tercut.. hehehe
ReplyDeleteKuih ketayap inti durian?! Marvelesssss!
ReplyDeletesakan le raya tang musim buah ni ... boleh buat durian crepe tu ...
ReplyDeleteSekarang mmg tgh musim durian..anies raya nnti meh la sini.. Kita pi makan durian balik pulau.. Terbaik tau!
ReplyDeleteKy dulu antu durian..larr ni mcm takde selera dah tengok durian. Kecuali durian kg madih bole mkn lagi..
ReplyDeletecptkan masa bjln..hari ni lak dh genap 2 minggu...
ReplyDeletelya dh slamat cuti baru2 ni.. hehe
Oh durian... sedapnya... eh la... restoran munif hijaz tu dekat bangat dengan rumah saya... tapi saya pun tam pernah smpi lagi...
ReplyDeletewah first time CT tengok kuih ketayap guna inti kepala n durian..
ReplyDeleteselalu tu kelapa saja.. ala x penting kuih comel2.. nak ngap masuk perut gak..
ada tinggal posa ke so far ehehek..
terima kasih anies mengebom blog nina.. hehe
ReplyDeleteselamat hari raya adidlfitri :)