Pages

Friday, 22 May 2015

Akhirnya dia pulang ke pangkuan keluarga kerana keberkatan _________

✿...السلام عليكم✿

Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan, kata Tuan Haji, dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, Saya punya anak lima orang, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup korum beraya…”

Saya maklum, anak kedua keluarga ini, Ikram sudah tidak lama pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think I should do Ustaz? What does our religion say about this matter?

Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ini ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati…”

Tan Haji mengangguk bersetuju. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen. Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan daripada Tuhan tiba. Pagi hari raya tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji menelefon saya, Ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya…”

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang. Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan puzzle kebahagiaannya yang telah lama hilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji, Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun Ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu…”


Ini merupakan sinopsis bagi buku ini. Selain cerita yang dikongsi ini, banyak lagi cerita teladan, pengalaman, nasihat, motivasi, pendidikan dan lain-lain yang dimuatkan dalam buku setebal hampir 400 muka surat ini.

anies pasti, sesiapa yang baca buku ini pasti akan ada rasa semangat yang menjentik tangkai hati. Dan Alhamdulillah, sebahagian yang dikongsi di dalam buku ini, telah anies praktikkan dan hasilnya memang membuahkan senyuman.

Buku ini berharga RM45.90 (SM), RM48.90 (S/S).

Apa2 pun terima kasih daun keladi kepada si pemberi pinjam buku ini semoga Allah merahmatimu Amin

30 comments:

  1. Baca kisah yang secebis ini pun membuatkan hati ini terjentik lantas menghasilkan butiran kaca di tubir mata...

    ReplyDelete
  2. Assalam anies,
    emmmmmmm
    dah lama iols tak membaca
    sob3

    ReplyDelete
  3. Sedih...nti kita beli...ye anies

    ReplyDelete
  4. kuncinya sedekah . jgn berkira untuk memberi wpun kita hampr tiada apa - apa ... mcm nak cari pulak buku tu ...

    ReplyDelete
  5. Hebatnya amalan bersedekah..byk fadilatnya

    ReplyDelete
  6. mak aih, lamanya anak dia merajuk. lama mak & ayah dia 'menyara' dia tak fikir ke.. emo pulak sekejap. haha

    ReplyDelete
  7. ada buku tu tp ntah bila lah nak abis baca..

    ReplyDelete
  8. ada buku tu tp ntah bila lah nak abis baca..

    ReplyDelete
  9. Review buku yang menarik dan patut di baca nih :)

    ReplyDelete
  10. Buku yang bagus buat di kongsi :)

    ReplyDelete
  11. lorr, dari buku rupanya..bolehlah nnti timm pun nak cari..lma dah xbeli bku motivasi..asik bca bku fiksyen je..hehe..

    ReplyDelete
  12. Menarik buku ni...nak hidup luar biasa gak :)

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik perkongsian di dalam buku Dr. Azizan tu...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..
    anies dapat praktikkan apa yang telah dibaca..
    itulah sebaik2nya..
    hidup memberi manfaat dan kebahagiaan buat oranglain..
    mudah2an anies sentiasa dalam rahmat Allah..aamiin..

    ReplyDelete
  15. Selamat malam kak anis, salam singgah :)

    ReplyDelete
  16. Menarik ni.. dgn harga mcm tu pasti bnyk perkara bermanfaat yg boleh dicontohi.. thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian. Kadang2 nampak benda tu simple aje..tapi impaknya besar.

    ReplyDelete
  18. ya allah ...., Dia masih sayang hambanya

    besarnya khasiat bersedekah

    ReplyDelete
  19. mcm best jer... boucer buku ada lg nih leh lah g shopping.. hehehe

    ReplyDelete
  20. wah macam best je. nk cari juga buku ni.

    ReplyDelete
  21. The power of sedeqah =)
    Thanks Anies for the words. And thanks for sharing such a great book :)

    ReplyDelete
  22. besarnya hikmah bersedekah ni..

    ReplyDelete
  23. bagusnye kisah ni kak anis. berbaloi baca buku cmni drpd baca novel2 yg tah hape2 tu :D

    ReplyDelete
  24. bagus la buku nie.. nnti nak pi cari tengok.. tak pun nanti kalau datang sp bawak la sekali..boleh baca..hehehe

    ReplyDelete
  25. Anies kongsilah lagi.. CT malas beli buku sbb malas bace hehee.. tp baca entri kawan2 xpe..

    ReplyDelete
  26. semoga hidup si pemberi buku ni dilimpahkan keberkatan.. mcm2 kisah ye dlm buku tu :)

    ReplyDelete
  27. buku yg terbaik harus dapatkanni insyaAllah

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆