✿...السلام عليكم✿
Ada satu kisah,
di mana ada seorang pemuda yang malu untuk melakukan solat fardu, lebih-lebih lagi
solat di hadapan orang ramai.
Suatu hari, dia meminta rakannya untuk
menunjukkan tempat untuk solat. Tetapi rakannya berkata, “Engkau masih muda,
mengapa perlu bersolat? Sedangkan solat itu hanya untuk orang tua yang telah
hampir saat kematiannya?”
Tetapi pelajar
itu tetap ingin bersolat dan kemudian dia dibawa ke suatu tempat yang agak
terpencil di bahagian bawah bangunan dan di sana dia dapati ada seorang lelaki
tua sedang bersolat. Pelajar tersebut bertanya setelah lelaki tua itu selesai
bersolat,
“Mengapa pak cik bersolat di sini?” Orang tua itu menjawab,” Supaya
tiada orang yang melihat aku.” Mendengar jawapan itu, pelajar itu berkata,
“Kita akan lakukan solat di tempat terbuka,” dan dia terus menarik tangan
lelaki tua itu menuju ke dewan kuliah.
Pada hari
pertama, pelajar lain mencemuh pelakuan mereka tetapi selepas itu, ramai yang
tertarik dan akhirnya ramai yang turut menyertai mereka.
Suatu ketika,
salah seorang pelajar yang selalu hadir ke situ mengemukakan cadangan, “Apa
kata kalau kita mendirikan masjid dalam kawasan kampus ini?” Pendapat tersebut
dipersetujui dan mereka mula merangka usaha agar sebuah masjid boleh didirikan
di situ. Akhirnya berkat usaha, dosa dan kegigihan pelajar di kampus itu,
terdirilah sebuah masjid seperti yang dihasratkan.
Boleh tak kita
bayangkan, betapa banyak pahala yang diperoleh mereka yang menyumbang untuk
mendirikan masjid dan sekaligus menegakkan syiar Islam di kampus tersebut?
Ini kisah benar
dan ianya terjadi di sebuah tempat di Perancis.
diubahsuai daripada buku: Ghaiyyir Nafsaka : Perubahan Diri, karya Amru Khalid, terbitan Ana Muslim Sdn Bhd. ISBN: 978-967-403-110-7
Kagum dengan prinsip & determination pemuda tu :)
ReplyDeleteSungguh menginspirasi this story...
ReplyDeleteSUBHANALLAH...AMAL YG DILAKUKAN BERPANJANGAN PAHALANYA TU...
ReplyDeleteUsaha mereka berdua adalah dakwah... Alhamdulillah membawa perubahan untuk semua...
ReplyDeletealhamdulillah..besar pahalanya..
ReplyDeletesubhanallah..besar ganjarannya
ReplyDeletesesuatu yg kita anggap remeh, barangkali itulah yang Allah redha..
ReplyDeletebagusnya anak muda itu yg menjadi pencetus kepada terbangunnya masjid. bayangkanlah pahala yg diperolehinya setiap kali ada yg bersolat di dalamnya. Allahu Akhbar!
good entry..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteyelah anies teruja,terharu baca kisah ni...
ReplyDeleteorg selalu salah sangka..bila kita cerita mengenai agama diorg kata kita nak menunjuk,riak..dll.kita cuba buang sifat tu..tak ada penyampai maka tak adalah org tahukan...contoh org dulu ilmu tak sampai kat kampung byk sgt yg bidaah,imam baca salah tak ada sapa berani tegur..maklum org lama,tua plk tu...bila org muda ganti di katanya kita tak hormat diorg...pad hal byangkan hari2 org jemaah solat tak sah...bila bca fatihah pun salah tajwid...camner..
skrg dah sampai merata2 ilmu akhirat ni..islam semakin berkembang sana sini..sampai org2 kafir pun takut..kita mmg tak maju dri segi ekonomi tapi dr segi islam dah jauh berkembang...bila nak bangkitnya sistem khalifah terus barat kecut perut di tuduhnya IS tu mcm2 nilah agenda barat..
anies lari tajuk ke..hantam sajelah ye...
Ada banyak pesan dan hikmah ya kak didalamnya, nice :)
ReplyDeleteUntung nya siapa yang berpeluang memberi sumbangan yang sebegit
ReplyDeleteSubhanallah.. tanpa disedari, pengorbanan dan perjuangan mereka membawa pahala yg berpanjangan.. Menarik sgt kisah ni. Thanks sharing Anies..
ReplyDeletepahala berpanjangan
ReplyDeletepahala berpanjangan
ReplyDeleteehm alangkah baiknya kalau kita juga dapat menyumbang sebegini...
ReplyDeletealhamdulillah ... Allah bantu mrk yg berkesungguhan ...
ReplyDeleteHebat tu.. banyak pahala dia dapat.
ReplyDeleteAssalam anies,
ReplyDeleteterharu dengan kisah ni hokeyh
wooooah.. we need more people like this.. =D
ReplyDeleteantara cara menarik untuk berdakwah..nice sharing!
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletenice sharing..banyak pahala dia
ReplyDeletebagusnya usaha pelajar tersebut..
ReplyDeletesemoga masih ada pemuda seperti dlm cerita ni.. besar ganjarannya.
ReplyDelete