Pages

Thursday, 19 March 2015

#NNPremiereScreening #Demonic + NU Sentral

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis
sekumpulan remaja yang menggemari 
aktiviti paranormal telah merancang 
untuk melakukan upacara spiritualisme 
di sebuah banglo milik Martha Livingstone

kira-kira 20 tahun yang lalu, di banglo 
tersebut pernah terjadi satu kes pembunuhan 
yang dilakukan oleh Martha Livingstone
dan salah seorang ibu daripada remaja berkenaan 
berjaya melarikan diri daripada pembunuhan tersebut.

pun begitu, usaha keenam-enam remaja 
hampir menemui kejayaan apabila mereka 
berjaya mendapati bahawa rumah banglo 
tersebut masih 'mempunyai' roh. malangnya, 
ketika mereka berusaha untuk 'berhubung' 
dengan roh-roh tersebut, mereka menemui ajal. 

tiga orang daripada mereka terbunuh 
manakala tiga orang lagi terselamat. 
bagaimana mereka boleh terselamat? 
siapakah yang melakukan pembunuhan 
tersebut? adakah roh yang masih berkeliaran 
di dalam banglo tersebut benar-benar wujud 
atau hanya khayalan daripada keghairahan 
mereka untuk berkomunikasi dengan 
makhluk ghaib tersebut?

my review:
sebenarnya anies tak berapa nak 
gemar cerita2 hantu / tahyul macam 
ni. tapi apa nak buat... dah dapat tengok 
free. layan je laa kan. well, overall... 
cerita ni tak de laa seram mana pun. kalau 
tak silap anies, cuma dua kali je kami 
terkejut. selebihnya, layan je laa cerita 
ni 'tanpa ada perasaan' ;-)

jalan ceritanya 'berkonar-konar'. 
nak kaitkan dari satu plot ke satu 
plot tu... mmm... macam terpaksa 
memikir pulak... kenapa mereka 
dibunuh? adakah roh tu benar-benar 
jahat? atau cerita ni seumpama remake 
kepada pembunuhan yang dilakukan 
oleh Martha Livingstone?

durasi pun tak panjang. kami masuk 
panggung pukul 9. 10.30 dah keluar. 
tapi, endingnya macam tergantung. 
mungkin director; James Wan nak 
buat sekuel kot? macam The Conjuring...

dari segi lakonan dan pelakon, rata2 
memang anies tak kenal. entahlah... 
pelakon2 baru kot.

overall, kalau setakat nak layan cerita 
seram yang tak berapa nak seram, 
Demonic mungkin boleh jadi pilihan 
yu ols hujung minggu ni.

cerita ni akan terjah wayang di seluruh tanah air pada 19.3.2015... mmm hari ni la kan?

daripada 5*****, anies beri 2 1/2***.

terima kasih kepada pihak Nuffnang yang memberikan 2 pass tayangan perdana ni...

oh, ya! HAPPY BIRTHDAY NUFFNANG yang ke-8!! ada sesapa ke yang dapat pass ke majlis Nuffnang on 21.3.15 ni?? habaq mai kat chek...

first time datang ke NU Sentral ni. means first time juga laa tengok wayang kat sini. mmm... boleh tahan besar juga laa NU Sentral ni. kena pulak GSC kat tingkat paling atas. so, kalau tak jumpa lif, memang kena menapak laa...

terima kasih kepada Farah yang menyerang hendap sampai mem besar tak boleh bernafas ;-)

p/s petang nanti baru BW

27 comments:

  1. salam kenai dari teratak siFaqir ilmu...

    dah folo anda jugak di 995 (^___^)

    ReplyDelete
  2. Thanks anis utk review citer ni... nasib baik tak gi tengok lagi, klu tak mesti amy tido kat dlm tu.

    ReplyDelete
  3. wah..macm best jer..:)

    p/s : anies ada pos hadiah ke utk cik nor?Klu ada...cik nor xterima lagi..huhu

    ReplyDelete
  4. Assalam anies,
    waaaaaaa
    iols dah lama tak nengok wayang he3

    ReplyDelete
  5. ala tak berapa nak seram ek.. tak mau pi tengok lah.. itu namanya lepas dok marathon bw yang hampir sebulan tak bw..hahaha

    ReplyDelete
  6. wah nuffnang belanja filem seram ya..best tu. tahniah ulngtahun nuffnang ke 8.

    ReplyDelete
  7. Akak pun tak suka baca cerita hantu.. :)

    ReplyDelete
  8. aku pun tak pernah pi Nu Sentral ni nok...

    ReplyDelete
  9. Jadi mendandak pingin ke bioskop :)

    ReplyDelete
  10. baca sinopsis mcm best je tapi mcm tak jugak..hihi :)

    ReplyDelete
  11. 2.5 bintang aje?Hmm. Macam tak best aje. Kensel lah nk g tengok kt wayang T_T

    Lgpun sebenarnya, Kak Sha takut antu, hehe ^^

    ReplyDelete
  12. Selalunya kalau gi NU Sentral..untuk makan aje..serious tak tau ada GSC kat situ..
    Anak2 saya suka la kalau cerita seram macam tu..kalau mak dia org...belum tau lagi..huhu

    ReplyDelete
  13. ummi pun tak berap suka cerita seram, lemah semangat ;)

    ReplyDelete
  14. Ooo citer hntu..
    NU Sentral first time pergi time mula2 bukak dulu agak sunyi.. Skrg maybe dh ramai org sbb dah ada wayang kan... Hehe..

    Jom singgh2..
    Baju Sweet Muslimah

    Jom join contest..
    Contest Review Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    ReplyDelete
  15. Macam tu rupanya cerita Demonic nie. Hantu memang cerita pilihan terakhir la pada zumal. Hehe ^^

    ReplyDelete
  16. Kak atie suka citer seram atau citer hantu ni...hehe TP bl pernah lg masuk panggung larrr

    ReplyDelete
  17. Movie klu pengakhiran cerita dia tergantung tu yg buat rasa tak puas nengok tu. At last kita yg kena buat conclution sendiri pulak huhu. Thanks sharing info ni Anies..
    Wah bestlah menonton movie free hihii.. :D

    ReplyDelete
  18. Memang xminat la cerita hantu ni, ti xleh tido mlm, huhuu..... Happy 8irthday Nuffnang,.....;-)

    ReplyDelete
  19. sinopsis macam la best..kalaub xbest xpe gak skurang2nya anisdpt tiket free..hehehe

    ReplyDelete
  20. sis mmg suka tgk cerita bergenre seram ni ... selalu je layan anak buah tgk ...

    ReplyDelete
  21. Kalau dah bintangnye pun bnyk tu je, mmg xyah tgk la.... buang karen

    ReplyDelete
  22. siapa yang suka filem seram ok lah tengok kan..tapi bila baca review anies macam tak best..

    ReplyDelete
  23. anies bg 2 1/2 je.. mknyanya mmg x best la tu..

    ReplyDelete
  24. cerita seram2 nie lemah sikit nak tengok..hihi

    ReplyDelete
  25. mesti xlayan.. hehehe
    xsabar nk tgk F&F 7

    ReplyDelete
  26. huuurm citer2 cem ni mmg harapan le nak tengok.. orang banje pun tanak =P

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆