Pages

Thursday, 8 January 2015

#Taken3 + #QuillCityMall

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

masih berkisar tentang Bryan Mills 
(Liam Neeson) di mana dalam sekual 
terakhir ini, beliau dituduh kerana telah
membunuh bekas isterinya. demi
membuktikan bahawa dirinya tidak
bersalah, Mills; dengan bantuan
daripada rakan-rakannya cuba
menjejaki pembunuh sebenar.

pun begitu, tindakannya itu bukan
sahaja menyusahkan pihak berkuasa
serta membahayakan nyawanya, tetapi
juga mengheret anaknya, Kim yang
secara tidak langsung menjadi sasaran 
pembunuh. setelah berhempas pulas,
akhirnya Mills berjaya menemui
pembunuh bekas isterinya, Oleg 
Malankov; seorang businessman
yang berasal dari Rusia.

pun begitu, Malankov mendakwa sebenarnya
pembunuh bekas isteri Mills (Lenore)
bukan dirinya tetapi orang lain!
mendengarkan pengakuan itu,
Mills menjadi bertambah tertekan.

adakah Mills mempercayai kata2 Malankov?
jika benar, siapa sebenarnya yang membunuh
Lenore dan melarikan Kim? adakah pembunuh 
sebenar ialah orang yang berada berdekatan
dengan mereka?

ulasan anies:

oleh kerana tak tengok Taken 1 dan 2,
so anies tak dapat nak menghuraikan
kaitan cerita ni dengan sekuel sebelum
ni. tapi dari segi keseluruhan persembahan,
jalan ceritanya teratur dan mudah difahami 
meskipun anies tak berapa nak kenal
watak2 yang telah berlakon menerusi
sekuel terdahulu.

overall, cerita ni memang menarik
dan sentiasa membuatkan anda
tertunggu2, apa tindakan yang akan
diambil oleh Mills setelah cubaan
demi cubaan yang dilakukannya
kurang berjaya.

tapi filem ni agak kurang sesuai
untuk membawa anak2 menonton
bersama sebab banyak aksi ganas 
dipertontonkan. tapi kalau setakat
nak rileks2 minda, filem ni... okey je...

daripada 5*, anies beri 3 1/2*
filem ini akan menemui penonton pada 8 Januari 2015 (hari ni la!)
terima kasih kepada pihak Nuffnang yang masih sudi menjemput anies ke #NNPremiereScreening ni. but it doesn't mean that i am anak emas Nuffnang ye, blogger Diana Rashid! ;-)

sebenarnya, banyak juga jemputan ke #NNPremiereScreening yang diterima sebelum ni. cuma anies je yang tak share kat blog ni... err... dalam bahasa Uganda keadaan ini dipanggil, malas.... ngeh ngeh ngeh...

first time datang ke Quill City Mall means first time juga laa tengok movie kat sini. syok ooo dapat benda2 baru ni... wangi je panggung dengan bau cat ;-)

moh ler kita intai2 apa yang ada kat Quill City Mall ni. tak banyak lagi kedai yang dibuka tapi jenuh jugak laa nak berjalan. ada 6 tingkat uuu... oh, ya! yang melengkung tu giant screen ya... kellassss...

'lengkungan' giant screen... nak ber selfie ke wefie ke... no hal laa...

suka sangat bila ada eskelator yang bersebelahan macam ni. tak macam sesetengah mall tu.  eskelatornya 'terpisah'. so, kena berjalan sebatu baru boleh turun... grrr....

kat mana lokasi Quill City Mall ni? senang je... cari stesen Monorail Medan Tunku (Jalan Sultan Ismail) dan mall ni terletak 20 meter je dari stesen ni. mmm... tak tahu juga? tahu tak bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) @ Kampung Baru? hah... mall ni terletak kat sebelah bangunan UniKL. harga parking, RM3 untuk 2 jam pertama. RM2 untuk jam seterusnya. tapi kalau datang on weekdays selepas pukul 5PM, parking adalah FOC! kalau datang on weekends, FREE PARKING bermula pukul 7PM.

blog tengah make up. so bertabah laa yek!

30 comments:

  1. kite pun pegi.. hehehe best cerita ni kan :)

    ReplyDelete
  2. mall baru...xpernah lg sampai...br lalu je depan quill city mall ni minggu lepas...bnyak kedai reno lg eh...nanti nak jln2 la bwk luqman tgk apa yg best kat sini..hihi

    ReplyDelete
  3. Suka design baru ni.. cantik. Patut la byk member unikl suka pi sini.

    ReplyDelete
  4. Yang sebelum ni pun best juga..Mesti Taken 3 lagi best kan..

    ReplyDelete
  5. Nampak cantik plak eskalator tersusun bertingkat gitu..

    MJ pun suka kalau bersebelahan gitu, senang.

    ReplyDelete
  6. ermmm ni la yang ditunggu, sebab angah follow 2 yang sebelumnya...

    ReplyDelete
  7. Kalau tgk movie dgn kawan ramai2, mesti seronok giler.

    ReplyDelete
  8. wah blog berwajah baru n makin smart...filem yg diulas tentu mnarik ditonton.

    ReplyDelete
  9. blog wajah baru!cantik...taken ni tengok yang no. 1 je,pastu terus dilupakan..best ek?nantila kalau free nak tengok

    ReplyDelete
  10. Owwh ada mall baru yer.. tak tau laa plak.. nampak sgt..jarang ke KL skrg nie..

    Akak jarang sgt tgk wayang boleh dikira ngan jari laa..

    ReplyDelete
  11. Bukan setakat saya tak pernah sampai ke sana, nama Quill City Mall pun ni baru 1st time saya tahu lepas baca entry ni! hahaha...

    sayuupppp betul eskelator2 dia..boleh jadi gayat tgk :P

    ReplyDelete
  12. Wahh menariknya.. program menarik, movie pun best ni.. Thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  13. woahhh! kak anies dpt tgk premierescreening! ana follow taken 1 & 2 dulu. power gila jln cita dia. kena p tgk taken 3 nti ish3

    ReplyDelete
  14. wahhh makin cute blog kak anies! hehe

    ReplyDelete
  15. Datang singgah pagi.. bln ni ad 2 movie best.. blackhat dgn into the woods. Dpt jemputan lg anies

    ReplyDelete
  16. Salam singgah ke blog awak..Jemput singgah ke blog saya :)

    ReplyDelete
  17. Bestnyaa anis balik2 dapat tiket free.. nnt nak tgk la movie ni. Tgk cd je

    ReplyDelete
  18. Oh, blog tengah renovate rupanya...
    Akak suka taken 1 & 2,... Tak sabau nak tgk 3 :)

    ReplyDelete
  19. alaa baru perasan blog akak dah baru...cantikkk... :) hihi...

    psst : bahasa uganda??hikhik... ^__^

    ReplyDelete
  20. Selalu sgt lalu kat kawasan sekitar tu tapi belum berkesempatan nak singgah lagi. Ok juga singgah tengok wayang nanti ni... :)

    ReplyDelete
  21. movie ni lya tak tgk pon lg.. x sesuai kot nk bwk asya

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah saya juga sudah nonton film ini :) Mantab filmnya!

    ReplyDelete
  23. best cerita taken ni, tapi tak sesuailah untuk budak bwh 18... huhuu, pernah taken ... tapi tak pasti taken 1 atau 2, yg anaknya diculik semasa pergi bercuti dengan kawan dia.. masa di airport diekori oleh lelaki ... then diculik semasa di rumah penginapan...kena tgk ni...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆