✿...السلام عليكم✿
Kita sambung cerita JJCM kat Mesir ya?
payah juga sebenarnya nak habiskan entry
JJCM ni. nak cari gambar satu hal.
nak explain pun satu hal. karang
tersilap info, mereka dan keluarga
mereka akan mendapat malu... eceh!
okey, entry ni merupakan sambungan
daripada entry Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.
dalam entry ni, ada sedikit kesilapan.
sebenarnya, dalam kawasan kubu
Salahuddin ni ada banyak masjid.
tapi, kalau tengok dari luar, hanya 2
masjid je yang kelihatan iaitu
masjid Ali Pasha dan masjid Qalawoon.
masjid Ali Pasha mempunyai ciri2 senibina Turki
kerana Ali Pasha itu sendiri berasal dari Turki dan
merupakan panglima kanan dalam tentera Salahuddin
Al-Ayyubi. akan tetapi, masjid Qalawoon tidak
diketahui mengapa ianya dibina.
namun seperkara yang anies dapat simpulkan
(hasil lawatan ke sini) adalah, meskipun
tentera Islam mampu membina kubu dan
kawasan pertahanan yang hebat serta
digeruni musuh, mereka pada dasarnya
lebih takutkan Allah SWT kerana di situlah
letaknya asas kekuatan mereka.
apabila terdirinya masjid, secara tidak
langsung akan berlakulah solat berjemaah.
bukankah melalui solat berjemaah itu
dapat merapatkan saf serta menyatupadukan
hati2 para tentera Islam?
dengan itu, maka akan bertambah kuatlah
tentera Islam. mereka bukan sahaja bersatu
hati (melalui solat) tetapi juga mempunyai
senjata yang paling ampuh iaitu senjata doa.
sebahagian gambar yang sempat diambil...
masjid Ali Pasha.... arghhhh... sukanya gambar ni!!! (ayat masuk bakul angkat sendiri) patung2 singa tu berada di luar kawasan masjid ya (jauh dari masjid sebenarnya)... jangan terkeliru pulak.
nak feeling2 sekejap... macam tengah bersantai kat Istanbul... (sila muntah hijau) tapi betul laa kan? macam dah sampai kat Istanbul. pada hal... kat Kaherah....
sedikit penerangan tentang masjid ini... pembinaannya memakan masa 18 tahun!
nampak dari luar macam 3 tingkat tapi sebenarnya setingkat je...
halaman masjid Ali Pasha. bila diamati betul2, memang saling tak tumpah dengan masjid di Turki. (ayat bajet macam pernah sampai kat Turki)
bahagian dalam masjid... disinari lampu2...
kalau tak silap, hanya bahagian ini sahaja yang digunakan untuk bersolat... sesiapa sahaja nak bersolat, dipersilakan...
MASJID QALAWOON
'nama penuh' bagi masjid Qalawoon. maaf laa... tak ada info tentang masjid ni...
kami cuma dapat tengok dari luar je sebab masjid ni under renovation. FYI, masjid Qalawoon dan masjid Ali Pasha ni terletak bersebelahan antara satu sama lain. ianya bukan sesuatu yang menghairankan kerana mostly rakyat Mesir mengikut mazhab Hanbali di mana, solat berjemaah terutama solat Jumaat memadai dengan kehadiran 4 orang sahaja.
bahagian koridor masjid... sekadar mencuci mata sahaja kat sini...
ingatkan bahagian dalam je under renovation, rupanya keseluruhan masjid sedang dibaiki...
kurang pasti... sama ada ianya koridor milik masjid Ali Pasha or milik masjid Qalawoon. BTW, suka sangat pic ni sebab macam cover buku ;-)
bahagian luar masjid... tak tahu apa fungsi bangunan ni. yang pasti ianya masih berada di dalam kawasan kubu Salahuddin Al-Ayyubi.
'belanja sekeping' sebelum pulang...
bersambung...
p/s sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan.
kata Dr. Fadzilah Kamsah, 'orang yang kuat itu ialah orang yang banyak menerima ujian (dalam hidupnya)...'
ada rezeki nanti in sha allah nak pergi sana :)
ReplyDeletewahhhh seronoknyaaa.bila lah sy boleh sampai sana pulak.
ReplyDeletebestnya ...
ReplyDeletememang feeling Istanbul aku datang lah kan..cantik-cantik gambar.
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteberuntung nya dpt tgok dr dkt...
tmpt yg knor nk pg satu hri nti ialah Istanbul..
InsyaAllah
Banyak betul tempat anies lawat kat Timur Tengah.
ReplyDelete* Nanti saya singgah BW lagi tau, anies.
Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD
usahkan turki, kaherah pun kita tak sampai lagi ;)
ReplyDeleteehh haah la kak anies. ana ingtkan patung singa tu kat dlm kwsn masjid owwhh rupanya bkn ye? sipbaik kak anies bg tau awal2 dah hehe
ReplyDeletecamera sharp mmg cantik2 gambar kak anies ambik haaaa ;)
Cantiknya bahagian dalam masjid yang disinari lampu
ReplyDeleteTerlihat cantik nan indah :)
ReplyDeleteBangunan masjid nya nampak luas dan megah ya kak :)
ReplyDeletepelik gak bila banyak masjid kat tempat yg sama , rupanya mazhab hambali ...
ReplyDeleteMenarik sungguh... senibina masjid tu mmg saling tak tumpah mcm kat istanbul. Gambar suasana binaannya pun nampak kukuh dan halus.. bestlah.. :)
ReplyDeletebenar sekali tu kekuatan kita kerana doa n takwa kpd Allah...n sallahuddin n tenteranya menyedarinya krn mrk org2 yg beriman...
ReplyDeletecantik pembinaan masjid ni. nice reading
ReplyDeletecantiknyer gambar3ni.. rasa nak pergi juga kesana.. entahler bilakan...
ReplyDeleteIndah senibina masjid tu yer Anies...
ReplyDeletesemua cantik2.. nampak gah je.. masjid ali pasha tu macam masjid turki la.. terbaikk... :)
ReplyDeleteLama betul sampai 18tahun nak buat masjid.
ReplyDeleteBestnyaaaa!!!!! lagi best kalau dpt tgk depan mata sendiri..huhuhu
ReplyDeleteMemang cantik masjid2 disana ditambah usia yg berpuluh tahun. Suka tgk gambar masjid dgn singa tu
ReplyDeleteCantik sungguh binaan masjid di sana.
ReplyDeleteya betul
ReplyDelete