Pages

Wednesday, 10 April 2013

Sudirman service apartment, Jakarta

...السلام عليكم 

Kalau kat Malaysia, sebut je nama Sudirman Haji Arshad, hampir semua orang kenal.
tapi kalau di Indonesia, sebut nama Sudirman, yu ols jangan ingat figure Sudirman yang kita kenal tu yek!
kat sana, salah seorang tokoh terkenal juga bernama Sudirman.

pernah dengar kejohanan Sudirman Cup yang dianjurkan untuk pertandingan badminton tu?
hah, kalau pernah dengar, jangan sangka nama kejohanan tu refer kepada penyanyi yang bernama Sudirman Haji Arshad tetapi ianya refer kepada seorang leftenan angkatan tentera Indonesia, bernama Sudirman (Raden Soedirman).

okh aloh, panjang pulak intro ni.
padahal nak cerita sikit pasal tempat tinggal anies sepanjang berada di Jakarta.

sebenarnya penginapan di apartment ni telah disediakan oleh penerbit Zikrul Hakim.
terima kasih daun keladi.
kalau boleh nak menginap lagi.

apartment ni terletak di tengah2 bandar Jakarta dan mempunyai 50 tingkat.
anies perhatikan kebanyakan penghuninya terdiri daripada warga asing.
mungkin ni disebabkan ianya bersebelahan dengan sebuah kolej antarabangsa.

apartment ni mempunyai sebuah master bedroom dan 2 bilik biasa, 2 bathroom, sebuah dapur dan balkoni kecil (untuk menyidai baju - tapi apartment ni tak galakkan penghuninya sidai baju - baju hantar ke dobi).
then, antara service yang disediakan di apartment ni termasuklah spa, dobi, kedai 24 jam, gym, swimming pool, parking etc.

yang tak best nyer apartment ni adalah, kena guna kad dan sentuh pada lif untuk naik ke atas.
kalau tak ada kad ni, kenalah tunggu orang turun ke bawah dulu.
sebabnya, lif tu tak kan bergerak ke tingkat yang nak dituju tanpa kad tersebut.
sound very the leceh kan?

moh la layan pic2 ni!
FYI, ada pic yang okey, ada yang blur.
sebabnya diambil dari kamera yang berbeza termasuklah kamera HP.

view Sudirman service apartmen dari jalan masuk.
adoyaiii... mamat Indon ni sibuk je menempel...

Jakarta, tanpa night scene.
dari tingkat 45.
hape pon tak nampak!

Jakarta, dengan night scene.
macam sakit Parkinson.
terketaq2 nak amik gambar...

keadaan jalan raya di Jakarta, tanpa night scene.
lubang hidung pun tak nampak.
hwhwhwhw...

keadaan jalan di Jakarta, dengan night scene.
hancusss...

beza waktu antara Jakarta dengan Kuala Lumpur = sejam.
tapi masa tu dah terang benderang.
kalau waktu tu baru nak solat Subuh,
tu dah kira Subuh gajah taw!

serun?
gerun
seriau?
ada bran?
view dari tingkat 45.
anies ulang: tingkat 45 yu ols...

keadaan pada waktu malam.

Jakarta pada waktu pagi.
ada nampak KLCC tak?

jalan raya utama, berhadapan dengan apartment ni.

tunggang langgang apartment kami.
macam baru dilanggar garuda!

salah sebuah daripada 3 bilik tidur yang ada.

sangat suka dengan dinding kat belakang kepala katil tu.

ruang rehat yang simple.

 ruang makan.
tu... unpaid model sebenarnya.
sekian terima kasih.

ruang tamu.

lobi apartment.

19 comments:

  1. Fuuyyyooo... tinggi betul...

    Gayayt nengok... huhuu

    ReplyDelete
  2. gerunnya sgt²lah tinggi ingkat 45 yer...

    ReplyDelete
  3. chantek juga aparment dia...tpi tingkat 45? err.....

    ReplyDelete
  4. Sayupppp!

    Tapi kan, kalau guna sistem kad macam tu, bagi saya bagus juga, utk safety reason...jadi org luar tak boleh simply masuk/naik ke atas..:)

    ReplyDelete
  5. 45????












    uiiiihaiiii.... bederau darah nengok

    ReplyDelete
  6. mmg tinggi tu...tapi aku bukan jenis penggayat...kalau laki aku, mau dia tak nak duk tingkat 45 ni...hahaha...

    ReplyDelete
  7. cahayacinta.com
    bset pi tmpt orang dah tu berapa hari kt sana ?

    ReplyDelete
  8. dah macam naik klcc kat jambatan tu ha tinggi dia...

    erm, anies, signboard "kurangi kecepatan" apa maksud dia tu?...

    ReplyDelete
  9. ehehehehe
    ayat "kurangi kecepatan"... mcm lawak plak ;p
    gerunnn sih, tgkat 45 tuh...
    sama la klau dok kat thai pon kan, beza waktu ngan kita sejam :)

    ReplyDelete
  10. waaaa...bestnyaaa aniesss....tinggi bebenor bangunannya....bila akak nk sampai sana plk ni hehehhe...

    ReplyDelete
  11. Rimas dan lemas berada di jakarta. Macet yang tak berkesudahan......

    ReplyDelete
  12. tingkat 45 baru separuh klcc tu

    ReplyDelete
  13. fullamak bestnya! jatuh memang best dr tibgkat tu :)
    kurangi kecepatan..hehe

    ReplyDelete
  14. hehehe..macam sakit parkinson ye, banyak sangat angkut barang soping ni, tu tangan terketaq2 tu.

    Kalau pergi ramai2 best juga duduk apartment ni kan. Tq Anies berkongsi info.

    ReplyDelete
  15. alamk tinggi tu, sedangkan sudirman kita kecik aje hehehe

    ReplyDelete
  16. kalau tak kerana info yg pjg tu, saya pun ingatkan Sudirman Hj Arshad :)

    ReplyDelete
  17. cantik apartmentnyakan,anies :) duk tgkt brapa ni?nmpak tinggi bebenor :)

    ReplyDelete
  18. kemain tinggi bangunannya tu..gayat betul bila tengak dari atas.....

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆