...السلام عليكم
Dari awal lagi, anies dah bersemangat
tapi, dek kerana entry ke Jakarta / Bandung tu perlu dilangsaikan, maka dipendamkan sahaja rasa membuak2 tu.
sekarang, cerita kat Indon dah habis.
anies masuk cerita lain pulak yek!
walaupun dah terlewat hampir sebulan, it's better late than never.
am i rite?
okeylah.
dipendekkan cerita, segalanya berlaku sangat2 pantas.
dari suka2 nak ikut, tetiba jadi serius macam ni:
zul: hari Sabtu ni, pukul 5 pagi. get ready! confirm!
anies: hah, biar betul ni?
zul: betul. nanti wani sms!
(situasi dan tempat kejadian: kat opis, petang khamis!! arghhh tak prepare apa2!)
maka....
kira2 pukul 3.30 pagi, kami pun tiba di sini.
sebelum tu, dah tersesat sampai ke kem Sungai Buloh!
almaklumlah, tak familiar sangat dengan jalan2 kat area ni.
kena pulak drive pagi2 buta.
BTW, tqvm kepada adik2 rempit yang sudi escort kami sampai ke sini.
mmm... boleh teka tak anies nak pergi ke mana ni?
sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan ni, mata mulalah melilau.
jadi umat jakun sebentar.
ooo.. ingat kat KLIA yang ada bendalah ni...
apakah nama mesin ini ya murid2 sekelian?
sementara menunggu pegawai bertugas datang, maka gatallah tangan ni..
snap sana...
snap sini...
alaaa.. untuk tatapan yu ols juga kaaann??
kira2 dalam pukul 4am, pegawai bertugas memanggil kami untuk mengisi beberapa dokumen penting untuk check in sebelum diberi slip penerbangan.
slip penerbangan ni kena jaga baik2 sebab masa balik pun kena check juga.
kalau hilang, sila balik jalan kaki ya adik manis...
habis check in, kami disuruh pergi ke sini.
FYI, ini adalah bilik VIP.
kata opismet, mostly para menteri terutama menteri pertahanan yang mengadakan lawatan kerja dalam negeri, lazimnya mereka akan menunggu di sini sebelum berlepas.
so, agak2 dah dapat jawapan, anies nak pergi ke mana ni?
departure hall ni terletak di tingkat satu.
suasana masa tu sangat2 sunyi.
tapi jangan risau.
tak ada momok pun...
agak2 apa kebendanya bilik2 tak berpintu ni?
tandas VIP.
hahahaha... dalam tandas pun nak snap juga ke?
eh, mestilah!
tandas yang bersih lagi harum, haruslah diambil gambar.
tak pun boleh beri yu ols idea kalau2 nak renovate jamban kat rumah tu...
snap lagi gambar jamban toilet VIP.
perangai yang tak pernah berubah.
masuk jamban cun, wajib amik gambar.
;-)
menghadap landasan kapal terbang.
kalau waktu siang, sure cantik
boleh tengok flight berlepas dan mendarat.
juga ruang makan VIP.
ruang menunggu VIP.
ooohh... sungguh empuk kerusi berwarna putih itu.
tak percaya?
acu tengok pic kat bawah ni...
mataku sudah layu...
nak zzzz sekejap la...
tapi sebelum tu, nak juga posing2 lagi dalam bilik VIP ni...
mini stage di dalam departure hall.
mana ada orang tabik dengan tangan kiri anies oiiiii...
sengal la hang ni!
okey, kawan2!
dah pukul 5am ni.
bye2 KL.
dah dapat jawapan, ke mana anies nak pergi ni?
kalau belum, tunggu next entry okey!
daaaa....
Waa paginya dah naik belon, nak pergi mana tu Anies. Gambar yang last tu, macam gaya terbang Lang Kawi tu, hikhik!!!
ReplyDeletejalan lagi yer.tak letih kah ko dik..pertanyaan bernada cemburu..hehe
ReplyDeleteSpoiled mood betullah Anies...cepat2 tak sabar nak tunggu next entri.
ReplyDeletekemanakah?
ReplyDeletenmyk mewah dan selesa.. tapi kenapa nampak macam kecik je?
ReplyDeletewalaupun awal pagi, aanies tetap segar..
ReplyDeleteke mana tuh..
ok...mmg tak tau jawapan..muahahaha... tunggu ler next entry kan..kan...
ReplyDeleteBerjalan lagi ke cik anies oiii!! hihihi
ReplyDeletehahaha.. kemana??? iyerlah mana ada org tabik tgn kiri saboo jerlah..
ReplyDeletewaaaa... project besaqqq ni.
ReplyDeletenak kemana tu. tetiba biol kejap. tiket tentera udara pulak tu. argh... i do know head and tail la..
ReplyDeleteselamat berjuanglah ye..
ReplyDeletebestla dapat masuk jamban vip kekeke
ReplyDeleteaduhai pagi sangat tu hehehe
ReplyDeletewwooittttt...ni naik eroplane TUDM !!!! Ini sudah lebih!!!! Saya pun nak naik!! hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum Anies,
ReplyDeleteNak pi mana pagi2 gelap lagu tu Anies?nak pi makan angin ka...he.he..?
Maaf la Anies...lambat sikit Kak Ros bagi link pasai ibu dan anak katak tu...Ni saja yang kak Ros jumpak.. ni saja lah yang Kak Ros boleh bagi dekat Anies..
Link yang kat dalam blog Kak Ros tu tak boleh nak nak bagi ...Kak Ros pun tak tau pasai apa..
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151423376458191&set=vb.170211349720265&type=2&theater
5pg tu, tp bila smpai tgk tmpat macam ni punya cantik, terus mata jd segar..hehe
ReplyDeleteToilet mmg cantik
wahhhh!!!jeles I..dpt layanan VIP gitu :))
ReplyDelete