✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Cerita jalan-jalan Jepun kami bersambung dari SINI.
kami tak ada plan / tujuan lain lepas melawat Tocho. jadi kami ambil keputusan untuk 'buang masa' dengan berjalan-jalan di sekitar Shinjuku. lagipun, 🎵🎶'malam masih muda' asal kau duduk macam tak buat apa 𝄞🎼 andai kata terjumpa tempat-tempat menarik, kami akan singgah.
first, kami singgah sini. sekali tengok je dah tahu. shopping complex.
short video inside the mall...
kami tuju ke bahagian kosmetik dan minyak wangi. adik farah, si nurul ada pesan. kalau jumpa minyak wangi dia minta tolong belikan. cari punya cari, tak ada laa pula minyak wangi yang dia nak tu. jenamanya ada tapi jenis perfume yang nurul nak tu, tak ada.
lepas tu kami merayau-rayau jelah sambil gatal tangan test/spray tester minyak wangi branded yang ada. so, malam tu kami tak payah mandi sebab masing-masing dah wangi😂😂
BTW harga kosmetik dan perfume kat sini, kalau convert to RM... lebih kurang je. kalau ada beza pun antara RM10 ke RM30 selepas cukai.
keluar dari shopping complex, kami nampak street busker ni. so, anies rekod video buat kenangan. mana laa tahu kan... 1 hari nanti group ni jadi popular... at least anies dah 'pernah jumpa' diorang... so tak payah pergi konsert lagi😂
then, kami pun melintas jalan. nak masuk Uniqlo ke tu? eh tak ada laa... sekadar snap foto je.
short video
kami just jalan-jalan je sambil memerhati gelagat orang ramai. Alhamdulillah... cuaca pada malam tu elok walaupun diselubungi angin sejuk.
sekali lagi kami melintas jalan. BTW ni bukan Shibuya Scramble Crossing (SCC) yang famous tu ya! ni zebra crossing biasa je. next time anies cerita fasal SCC ya!
kami teruskan berjalan tanpa tujuan. then farah buka Google Map: "eh, apa kata kita jalan kaki je sampai ke hotel? lagi pun dah tak jauh. sekitar 700M je."
kami setuju dengan cadangan farah tu. sebenarnya kalau naik tren, stesen Shin Ōkubo dengan stesen Shibuya cuma bersebelahan je.
then, suasana malam kat sini tak sunyi. even kat lorong-lorong kecil pun, ada ramai orang lalu-lalang. jadi taklah kami rasa takut nak sampai ke hotel.
kami singgah convenience store sebab dah haus. sambil-sambil tu sempat survey harga coklat yang ada...
dari convenience store, kami sambung perjalanan balik ke hotel.
sorry... blur laa pula...
tengok ni. dah malam pun ramai juga manusia kat sini. tak ada apa yang mengejutkan sebab Tokyo adalah bandar tersibuk/terpadat di dunia dengan jumlah penghuni seramai 31 juta orang! dah macam penduduk Malaysia (+-32 juta orang).
sorry... blur🙏
masa ni dah kami menghampiri area Shin Ōkubo. means dah tak jauh daa dari hotel kami. nak tahu kami menginap kat mana? boleh baca kat SINI.
short video
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. esok dan lusa korang pergi mana? confirm pergi jemputan open house, kan? apa-apa pun... hati-hati di jalan raya! yang nak puasa 6 tu, selamat berpuasa!
salam 10 Syawal... daaa...