Juadah Aidil Adha

1:01 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Hari raya dan juadah atau 'makan makan' memang dah tak asing lagi. senang cakap, di mana ada perayaan di situ ada makanan. siapa setuju, sila angkat disket! 😆😆

so untuk Aidil Adha tahun ni, Alhamdulillah... dapat sediakan beberapa juadah walaupun 'dikelilingi' situasi PKP/lockdown.

antara juadah yang sempat dimasak adalah...

siapa yang teka sup kambing  tu memang terer laa... bukan selalu dapat makan sup kambing ni kecuali dapat daging fresh. barulah sup terasa lebih umphh dan kurang bau hamis.

ketupat daun nipah. rezeki tahun ni dapat (pucuk) daun nipah FOC. dapat je daun, malam Ahad tu juga anies start menganyam. tapi nak anyam daun nipah ni menuntut kesabaran yang tinggi sebab daunnya kesat. berbeza dengan (pucuk) daun kelapa yang sedikit licin. proses menganyam pun lebih laju.

rendang daging kering. dah ada ketupat mestilah ada rendang, kan? crispy ke tak... tu belakang cerita😆😆

last but not least, kuih talam / serimuka / mentalam hijau / talam pulut what ever laaa nama dia... dijadikan 'dessert' selain kuih raya yang ada... siapa suka kuih ni? tolong angkat tangan tinggi-tinggi😆

okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni... korang sediakan juadah apa sempena Aidil Adha kali ni? jom share kat ruang komen ya...

thanks 4 reading...
daaa

p/s masih bertatih BW

Kisah Silam Untuk Masa Depan

37 Words of Lo♥e

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha Anies. Sedapnya sup daging fresh. Saya tak makan kambing tapi bila cakap makan daging fresh tu memang sedap rasa dia. makan panas panas dengan sambal kicap tabur daun sup dan bawang goreng memang sodap!. Tak pernah lagi makan ketupat daun nipah. biasa jumpa daun kelapa je. Rendang crispy tu not error 404 di Malaysia. Memang tak jumpa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu😆😆😆 tp sy elak mkn dgn bwg goreng nnt mkn bertambah2😆😆😆

      tu laa rezeki org bg. kite terima je laa😊

      Delete
    2. Hahaha..nanti bertambah lemak eh? Sodap eh kalau dapat membawang sekali tu.

      Delete
    3. mmg sedapppp nnt tau2 dah nmpk dasar periuk😆😆😆

      Delete
  2. Nasi impit+lontong+ rendang ayam. Mak buat, saya kemas/basuh periuk. Hehe.

    ReplyDelete
  3. SEMUA JUADAH MENYELERAKAN
    SALAM AIDILADHA

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap semua! Nak bawak lari sup kambing tu...duduk bawah pokok pisang! Slurrppp...sluurrpppp!

    ReplyDelete
  5. Sayaaaaaaaaaaaaa! Minat gila dengan seri muka! Dulu memang wajib beli kalau pasar tani ke pasar malam ke, tapi sekarang tak ada dah pasar tani pasar malam :')

    ReplyDelete
  6. Selamat menikmati juadah tu, satu hal saya tak boleh makan: Daging. Sekalipun menghidu baunya saya akan muntah, mengapa ya...sejak kecil dulu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ya ke? so daging ay boleh makan tak, mas?

      Delete
  7. Deliciosa comida me dio ganas de probar el postre. Te mando un beso

    ReplyDelete
  8. pandai anies menganyam ketupat daun nipah

    ReplyDelete
  9. weh...lawanya pinggan mangkuk... tergoda tengok corak bunganya... gambar last tu memang kegemaran tu...seri muka...yummmm

    ReplyDelete
  10. Tahun ni tak buat ketupat, hanya nasi impit saja. Senang.. Lagipun raya yang sederhana saja..

    ReplyDelete
  11. Aidiladha tahun ni tak buat ketupat. Tunggu ko antar daun tak sampai-sampai

    ReplyDelete
  12. sayaaaaaa suka kuih talam! Hahaha bestnya raya kak anies ada sup kambing dengan rendang daging!

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak jumpa ketupat daun nipah.
    Kuih talam? Saya dah angkat dua-dua tangan ni... nampak tak? Nampak tak?
    Saya hantu kuih talam.😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy cuma nmpk tangan tangan bulus2 kaler cekelat je😆😆😆

      Delete
  14. Selamat hariraya buat anies sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil adha buat mamapipie sekeluarga😊

      Delete
  15. Selamat hari raya aidiladha! Tahun ni mkn lksa jer,,

    ReplyDelete
  16. di sini disebut kue talam ketan, hmm.. selamat hari raya, kak Anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam yang dalam gambar tu ke, mbak?

      Delete
  17. Meriahhh juadah raya.. sedapnyaaa kalau dpt mkn

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆