Apakah kaitan memanah dengan bangsa Korea?

1:02 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kerja... kerja juga. tapi mana boleh terlepas moment moment best Olimpik yang sedang berlangsung kat Tokyo sekarang ni, kan...😉😉

antara acara sukan yang anies ikuti adalah memanah. dan semestinya pasukan memanah Korea Selatan menjadi tumpuan. 

setakat kejohanan berlangsung, Korea Selatan dah pun bolot ketiga-tiga pingat emas untuk kategori berkumpulan.

tapi untuk entry hari ni, anies bukan nak cerita fasal team archery Korea sebaliknya nak membongkar apa kaitan memanah dengan bangsa Korea. adakah ia sekadar sukan saja? atau lebih daripada tu? 

Ayman Rashdan Wong ada buat bebenang kat Twitter beliau fasal hal ni dan anies kongsikan kat sini untuk bacaan korang.


team archery Korea Selatan yang menggondol pingat emas recently. credit photo


Bab memanah ni orang Korea memang power namati.

Tiap Olimpik hampir sapu bersih pingat emas kategori memanah.

Team wanita dia tak pernah kalah sejak 1988. Dapat emas 9 kali berturut-turut termasuk kali ini.

Ini ada kaitan dengan sejarah orang Korea sebagai bangsa pemanah. 

Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang. 

Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.  

Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda. 

Dan sebagai negara yang tersepit antara dua kuasa besar (China dan Jepun), busur dan anak panah dilihat sebagai senjata yang paling efisien dan "cost-effective" untuk tujuan melawan tentera China dan Jepun yang lebih ramai dan canggih. 

Menurut lagenda, Yang Manchun menyelamatkan Goguryeo daripada serangan China dengan menembak anak panah tepat ke mata maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera China. 

Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah bunuh 70 askar Jepun dengan memanah. Gila badass. 

Walaupun cerita-cerita ni bersifat lagenda, tapi ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti Korea. 

Di zaman moden, walaupun anak panah tidak lagi relevan untuk berperang, kerajaan sejak 1980an tetap promote ia sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari. 

Sebab tu kita tengok selebriti diorang rilek je memanah. Itu baru amateur. Kalau profesional, memang tak ada can lah negara lain.

Bangsa yang hebat, diorang memahami kekuatan sendiri berdasarkan sejarah, dan kemudian mengharumi nama negara dengannya. 

eh ehh... macam kenal je😉😉 credit

haaa... sekarang korang dah tau kan kenapa team memanah Korea Selatan ni hebat dan sukar ditandingi di peringkat antarabangsa?

apa pandangan korang? jom share di ruangan komen.👇👇

thanks 4 reading
daaa

p/s masih lagi BW satu persatu

Kisah Silam Untuk Masa Depan

41 Words of Lo♥e

  1. best jugak tengok sukan olimpik acara memanah ni , fokus je tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.... kite nnpk mcm sng je tp diorg punya nk pulun tuuu fuhhh

      Delete
  2. Tengok juga masa final berkumpulan wanita tu. perghhh dasyat sungguh. 9 kali berturut olympic ya tak penah kalau. paduu

    ReplyDelete
  3. Ohhh patutlah hebat tak nak kalah. Eh eh jungkook panah hati siapa tu :p

    ReplyDelete
  4. Pehh mmg gula badass haha... Hrbat betul diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. team pompuan x penah tewas. dasat!

      Delete
  5. Replies
    1. insya allah terima kasih sudi jemput sy join😊

      Delete
  6. Baru tahu. Ada persoalan juga mengapa mereka sangat sukar dikalahkan. Mesti ada petua mereka selalu panah tepat.

    ReplyDelete
  7. Wah... Baru tahu ni. Hebat orang Korea. Aku tak tengok sangat memanah ni, takut Oppa terpanah tepat ke hati. Eh

    ReplyDelete
  8. hebat anies smua knal..cik nor knal pandalela jer..hihi

    ReplyDelete
  9. Great post dear, so nice and interesting, love it!

    ReplyDelete
  10. this event is full of emotions:)

    ReplyDelete
  11. Baruuu tahuuu, patutlah ada sesetengah drama yang tunjuk scene memanah. Dan artis artis korea nampak rileks je memanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb memanah tu ibarat 'sukan rakyat' n semua org tahu n penah mainkannya😊

      Delete
  12. WAH HEBAT KOREA TAPI ORANG ISLAM JUGA DIANJURKAN MENGUASAI KEMAHIRAN MEMANAH, BERKUDA N RENANG..KAT SEKOLAH TAHFIZ NAMPAK SUKAN2 NI DITEKANKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. penah tgk kt YT ada pasentren kt Indo dedahkan sukan ni pd pelajarnya

      Delete
  13. Uy que bueno por Corea te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ellas son demasiado buenas para derrotar ;-)

      Delete
  14. paling mencabar nak memanah hati jodoh hehehehe

    ReplyDelete
  15. Insyaallah.. Di Malaysia ramai juga yang hebat memanah, cuma tak masuk pertandingan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mula dr umur rendah.. itu yg kite perlukan utk lahirkan pemanah bertaraf olimpik

      Delete
  16. Larr, mmg wujud yer hwarang tu, ku sangkakan drama korea semata2..drama fav hwarang tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. drama tu menambah penyedap rasa je..

      Delete
  17. Terima kasih infonya, kak.. Hahaha sebab saya hanya faham drama korea sahaja, tak kuase rebutan TV dengan anak2 untuk menonton acara olimpik seperti dulu.

    ReplyDelete
  18. Aduh.. Tak pernah kalah tu.. memang dasyatlah..

    ReplyDelete
  19. Korea not bad jugak. Mata tajam mkn carrot banyak tu. Hahaha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆