Terima kasih daun keladi blogger Shida Radzuan

12:24 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿


Lama weiiiiii tak dapat kad raya since teknologi semakin maju yang mana kad raya sekarang diganti dengan e-card. canggih tu... memanglah canggih. tapi yang nama nostalgia ni, mana nak beli, kan?

kalau dulu zaman kanak-kanak, even dengan kawan meja sebelah (kat sekolah) pun boleh dapat kad raya. siap letak bawah meja. then, di akhir kata-kata mesti ada pantun 2 kerat:

"pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas."

tak pun... dengan pantun ni:

"pecah kaca pecah tong,
lepas baca harap gantung."

😂😂😂😂

yang paling best adalah, dapat kad raya ada lagu/bunyi. tapi bukan semua boleh dapat. yang ada boyfriend/girlfriend pun belum tentu dapat. hahaha...

bila dah dapat, beberapa hri sebelum raya maka bermulalah sesi menggantung/menghias kad raya di ruang tamu. macam-macam cara, macam-macam design. paling malas, letak kad raya bawah alas meja. hahaha... 

kalau rajin, siap cari ranting dan masukkan dalam pasu. then gantung kad raya macam pokok krismas hahaha... see... nostalgia, kan? zaman sekarang ada buat lagi ke?

btw, terima kasih banyak2 kepada shida kerana mengembalikan nostalgia tu. harap2 ada rezeki anies kelak untuk hantar kad raya buat semua. bila tu? entahlah...

oh ya... mungkin ada yang tertanya-tanya (ya ke?) macam mana boleh dapat kad raya ni? sebenarnya anies ada join GA anjuran shida tempoh hari. dan para peserta GA tersebut akan memperoleh kad raya. haa jangan tak tahu... shida ni ambil tempahan untuk buat kad raya, tau!


so, macam biasa untuk korang yang nak berkenalan dengan blogger dari Perak ni, sila klik kat SINI ya. haa... tunggu apa lagi? pergi follow cepat!

okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW tak habis lagi... kerja banyak lor... almaklumlah lepas ni nak cuti panjang hehehe...

thanks 4 reading...
daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

53 Words of Lo♥e

  1. kad raya saya dari kak shida tak sampai lagi ni.. aahhhhh lamanya tak dapat kad raya

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kan... skrg semua ucapan gn hp je...sedih

      Delete
  3. Dapat kad raya dari kak shida ni betul betul menggamit kenangan kannn! Zaman sekolah banyak gila dapat kad raya, buat sendiri je pakai A4 paper hehehe. Pantu tu wajib! Memang selalu gunapakai dalam kad raya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh rajinnya buat kad raya sendiri ;-)

      Delete
  4. Lucu kak pantunnya, saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun paling popular dari zaman sekolah ;-)

      Delete
  5. memberi dan menerima kad raya sangat nostalgia..

    dulu saya cuma memberi jer kad hari raya sebab belum convert.

    bila dah convert masa pun sudah berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thn dpn bolehlah kirim kad raya kat saya hahaha

      Delete
  6. Best tu dapat kad raya. Nostalgia sungguh kan. Pantun tu tak boleh tinggal. Paling syok dapat kad raya bunyi. Lagi lagi yang special punya tu.

    Tahniah dapat kad raya dari Shida :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiza hehehe... pemes pantun ni kan? kalau x tau maknanya x penah g sekolah hahahaha

      Delete
  7. Oo saya tidak gantung, sayang nak rosakkan kad raya dengan buat lubang. Simpan elok-elok dalam bekas tin coklat. Hehe betul pantun itu pantun pecah gelas itu mesti ada.

    ReplyDelete
  8. Hahahaaaa... sukanya saya dua rangkap pantun tu! Nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam surat cinta pun sama juga kan kak? hahaha

      Delete
  9. Boa tarde minha querida amiga. Parabéns pelo seu trabalho e matéria.

    ReplyDelete
  10. sukanya dpt kad raya terimbau memori dulu2

    ReplyDelete
  11. Lindo regalo y animo ojala pronto tengas vacaciones. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. solo espero que nuestro mensajero nacional abra su servicio pronto... me siento incómodo mientras no pueda entregarle mi paquete...

      Delete
  12. skrg leh modify pantun camni:
    lepas baca harap gantung
    pergi ke melaka membeli lengkong., hahaha

    ReplyDelete
  13. Wah... Kak Anies join GA dan dapet kartu, nostalgia banget ya Kak? Jadi keinget, dulu aku suka koleksi perangko karena punya banyak teman pena. Jadi, aku dulu suka berkirim surat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mbak einid... kad ini memanggil memori lama... yalah, sekarang semua ucapan sudah bertukar ucapan digital ;-)

      Delete
  14. Senangnya, kak Anies..

    Sebelum pandemi saya masih sering mengirim kartu lebaran kepada teman-teman, tetapi tidak berbalas.. Hahaha.. Takpe, saya rasa senang ketika berburu kartu lebaran.. Tapi semenjak pandemi saya belum lagi berani pergi keluar rumah untuk membeli kartu lebaran.. tahun ini sudah tak sempat pula karena sudah mendekati idul fitri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh rajinnya diaaaa hantar kad raya ;-)

      Delete
  15. Memang nostalgia bila dapat kad raya nie.. Paling ohsem kalau dapat yang ada lagu.. hehehe.. power kot sapa yang dapat tu dulu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. VVIP pun belum tentu dpt kad berlagu ni sha hahaha

      Delete
  16. betul! letak bawah meja! hahahahaha sbb nak surprise hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. esp kalau kad tu drpd boyfriend/girlfriend hahaha

      Delete
  17. Tahun depan aku nak kad raya. Hehe

    ReplyDelete
  18. Great post dear, so nice and interesting, love it!    

    ReplyDelete
    Replies
    1. i wish i can send you our card raya soon ;-)

      Delete
  19. Pantun raya paling pemes tu. Semua benda nak dipecahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...kaya benor nk pecahkan semua benda hahahaa

      Delete
  20. Seronok kan dapat kad raya. :)
    Hahahah pantun pecah kaca tu memang menggamit memori betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... hehehe... bdk sekarang tahu ke pantun2 mcm ni? hahaha

      Delete
  21. Such a beautiful gift. Your post sent me to childhood. Thanks for sharing. Have a wonderful new week.

    ReplyDelete
  22. Dpt kad raya sekeping pun jd lah hahaha. Cantik kad raya shida

    ReplyDelete
  23. Kartu nya cantik !

    Pantun yang menawan!

    ReplyDelete
  24. AKhirnya tiba kad raya, kad raya je yg boleh dtg ziarah dan beraya dlm rumah anies hehehe :) Salam Syawal ANies :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆