Ke Taman Persahabatan Selangor - Jepun @ Shah Alam

10:25 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Jumaat minggu lepas anies ambil cuti. rupa-rupanya dah 6 bulan bekerja tanpa ambil sebarang cuti sejak balik dari Semporna September tahun lepas. patutlah badan lemau and stress je lately... 😂😂😂 rupanya dah sampai isyarat suruh badan berehat.

so, sehari sebelum anies pun fikirlah ke mana nak dituju. mulanya nak jalan-jalan beli baju raya. tapi nampak gayanya macam tak dapat balik kampung je, so baik tak payah beli baju. pakai je baju tahun lepas. #sadisbetul

fikir punya fikir, teringat taman nan satu ni. since tak dapat pergi Jepun tahun lepas tak ada masalah untuk rentas negeri (KL - Selangor apadehal) so dalam pukul 10.00 lebih anies dah bersiap. time ni pasti jalan tak jammed sebab semua orang dah masuk kerja.

tapi telaan tu meleset sama sekali. KL ni, bila masa tak jammed? korang tolong jawab!

hampir 11.45 barulah anies sampai di Dataran Shah Alam. kawasan tu memang lengang. lepas park kereta, sebelum masuk kenalah ikut SOP. scan QR code, check suhu badan dan sanitize tangan kat main entrance.

sebaik melangkah masuk, mata terus melilau. bukan sebab terkesima tengok kawasan tu. tapi sebab rasa nak melompat. orang tak ramai. yeahhh!

yalah... hari Jumaat. manalah ada orang datang bersiar-siar kat sini. yang ada cuma budak-budak U tengah buat outdoor photo shoot dan beberapa orang wanita yang datang berjoging kat situ.

tanpa buang masa, anies pun mula merayap ke sekitar kawasan. taman ni tak besar pun. tapi yang menarik perhatian adalah banyak kolam dan taman mini didirikan berinspirisi daripada taman-taman di Jepun seperti kolam ikan koi, kolam maze, laman refleksologi dan banyak lagi. yang tak ada cuma onsen je 😂😂😂...

tak sampai sejam anies dah habis tawaf taman ni. ambil gambar pun mana yang dirasakan perlu je. lagi pun anies rasa ramai blogger dah share fasal taman ni. blogger Aisya Ismail salah seorang daripadanya yang dah share fasal taman ni.

signboard berdekatan main entrance...

main entrance

sebaik melangkah masuk, inilah yang korang akan nampak dulu...

kalau rasa sakit-sakit badan, bolehlah datang sini pijak batu-batu sungai tu...

jom kita teroka lagi! blur pulak gambar...

apa ada kat kolam maze ni? boleh sesat ke kalau masuk?

kolam maze ni berpetak-petak. memang sesuai sangat kalau nak buat outdoor photo shoot kat sini... feel soooo Jepun 😁😁😁

bila sampai sini baru tahu pagar Torii ni ada macam-macam design... dan ni salah satu...

memang seronok dapat berehat dan berteduh kat taman ni... hilang segala masalah dan stress...

lupa dah apa nama kawasan ni... ni bukan saja-saja buat, tau! ada fungsinya

maaflah ya kalau gambar kurang memuaskan... hp sendu

tak tahulah dari mana MBSA dapat batu-batu besar tu...

view dari dalam taman menghadap ke main entrance... ya, masa ni langit dah mula mendung... 

another Torii gate... selalu nampak design macam ni warna merah...

dari atas jambatan... tak sempat nak jengah lama apa yang ada dalam kolam tu...

langit makin gelap... ni Rumah Selangor... rumah Selangor moden kot 😀😀😀 jom kita masuk ke dalam!

boleh check peta ni sebelum korang masuk. anies pula, dah nak balik baru tengok map😂😂😂

dalam Rumah Selangor ni, korang boleh menyewa kimono. selain tu ada beberapa cenderahati boleh dibeli di sini. dan anies beli...
👇👇👇👇

fridge magnet. RM5 sekeping. malas nak rotate gambar😂

macam biasa, penutup entry mesti ada gambar mem besar... barulah senang nak mengorat 😂😂😂


well tu jelah perkongsian ringkas untuk hari ni. gambar pun sekadar yang ada je. in case kalau datang ke Shah Alam, jangan lupa singgah sini. lokasinya bersebelahan Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) / berdepan Dataran Shah Alam / bersebelahan Muzium Shah Alam.

thanks 4 reading.
daaa...

p/s belum habis BW. tengah kayuh perlahan-lahan...


Kisah Silam Untuk Masa Depan

64 Words of Lo♥e

  1. Pulau Hokkaido jauh ketengah
    Gunung Fuji bercabang tiga
    Hancur Raksaser dikandung tanah
    Ultraman yg baik dikenang jua...

    anies, situ godzilla xde erk? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de. ultraman pn x de. tp godzilla ada kat zoo melaka...

      Delete
  2. Bestnya boleh sewa kimono, nak pergi jepun tak boleh dah sekarang ni, jadi sewa kimono jelah berangan kejap hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yg suka OOTD tu mmg akan terjah punyalah tmn ni hahaha

      Delete
  3. Masyaa Allah.. Cantiknya.. Benar-benar terasa seperti di Jepun, kak.. Saya belum pernah ke Jepun, tapi baru lihat dari TV dan majalah saja.. Hahahaha.. Sejuknya lihat foto-foto, kak Anies.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom datang ke sini. boleh feeling feeling macam berada di jepun hahaha

      Delete
    2. Mau kaaak, hahaaha tunggu pandemi selesai barulah bisa pergi kesana kemari

      Delete
    3. ya... kita tunggu semua dah okay ya... baru datang sini ;-)

      Delete
  4. Dear friend! Landscape pictures are amazing. At future, we will visit the Endonesia. Happy and blessed Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you...
      actually i'm from malaysia... not Indonesia ;-)

      Delete
  5. Waaah? Tamannya bagus banget mbak Anies, bikin rileks pikiran . Oh ya mbak saya bolak - balik sini belum ada pengumuman pemenang best komentator terbaik penasaran saja siapa - siapakah pemenangnya. 🙏🙏🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sambil berehat boleh buat aktiviti lain ;-)

      Delete
  6. Di satu wilayah di China ada juga sebuah taman sebegini tanda persahabatan dengan Melaka. Ada sebuah rumah Melaka di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? nampaknya kena ke china sekali lg laa hahaha

      Delete
  7. Terasa suasana Jepun. Baru tahu nama pagar pandang begitu nama Torii.

    ReplyDelete
  8. seronoktu ronda2 tempat indah

    ReplyDelete
  9. tempat menarik tapi sunyi sangat hehehe

    mungkin masih ada musim Covid-19 yang belum berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak laa... sbb sy dtg tgh hari Jumaat hehehe

      Delete
  10. Hermoso parque espero que te relajes un poco . Te mando un gran abrazo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tienes razón... vengo a escuchar para relajarme ;-)

      Delete
  11. Syoknyer...rindu nak balek Selangor & jenjalan belah-belah sana. Tapi takleh rentas negeri,hu3.

    ReplyDelete
  12. 1) Anak aksel itu diambil dari kata akselerasi. Kelas akselerasi adalah kelas khusus yang program belajar mengajarnya dibuat sedemikian rupa sehingga bisa membuat anak-anak berbakat mencapai prestasi maksimal sesuai dengan potensinya. Anak berbakat yang dimaksud adalah anak dengan intelegensia tinggi, serta kreativitas dan motivasi yang tinggi pula.

    2) S2/Progam Master (bisa juga disebut Sarjana) itu adalah gelar akademik yang diberikan kepada lulusan program pendidikan Magister. Umumnya dibutuhkan waktu selama 1,5 - 2 tahun.

    semoga saja bnr jawabannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya mas... sangat2 menghargainya ;-)

      Delete
  13. Sudilah kiranya menyertai giveaway sulung saya ni https://fairusmamat.blogspot.com/2021/04/giveaway-buku-himpunan-kuih-muih.html?m=1

    ReplyDelete
  14. Terima kasih telah berbagi, Mbak Anis. Sera saya ikut jalan2 menikmati tempat-tempat indah dan nyaman.

    ReplyDelete
  15. nak pergi.. nak pergi.. hahaha.. syok owh jalan-jalan dalam taman yang tak ramai orang.. Bahagia je rasanya.. Itu taman ana yang punya.. hehehe.. lanskap pun cantik.. tenang hati dan mata..

    ReplyDelete
  16. Kenapalah masa study kat UiTM dulu tak ada taman ni. Yang ada taman botanikal yang sendu tu. Memang nak pergi tapi Covid dengki tak bagi pergi tak boleh rentas negeri. Takpe, kasik chance orang selangor pergi puas puas dulu :)

    ReplyDelete
  17. Waa...cantiknya! Mesti x rasa penat bila jln2 di sana. Blh sewa kimono pulak tu.

    ReplyDelete
  18. Next week cuti nak pergilah. Lama jugak tak release stress kat taman macam ni. Oh.. Boleh jogging ye. Ok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. lai laiii nnt bleh g ICT pulak eh ehhh

      Delete
    2. I city lepas raya. Malam ramadan ni elokla berterawih. Hihi

      Delete
    3. ok. jom kutip duit raya utk tiket msk i city! hahahhaa

      Delete
  19. Blogger Ai punya penggaruh la ni. Hahaha. Tak payah pi jepun

    ReplyDelete
  20. Pi Jepun balik hari. Nanti ajak sal pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok katanya dia nk pegi sbb dia cuti hehehe

      Delete
    2. kena roadblock so patah blk😆😆😆

      Delete
  21. Bestnya tempat ni! Nanti nak pergilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya setakat ini hanya mampu memasang angan. Kena tunggu keadaan reda dan semua restictions kena angkat :)

      Delete
    2. betul... tggu lps kes reda😊

      Delete
  22. Nice photos for a great review :))   

    ReplyDelete
  23. tenang ja tempatnya, bole jalan2 sejukkan mata hehe

    ehh kejap.. balik ke Semporna? Anies orang sabah ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah... sy g semporna jln2... hehehe cerita jln2 semporna pun tak habis lg

      Delete
  24. Pemandangan yang sangat cantik, cik...

    ReplyDelete
  25. Kena kunjung ke sini gak... kita pun anak Selangor juga hihihii.

    ReplyDelete
  26. first time tahuu kewujudan taman ni kak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pindah sini, kan? bolehlah terjah sini nnt ;-)

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆