One of my first jobs...

2:39 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kenapa 1st job? sebab ia antara kerja yang pernah dilakukan sebelum dapat kerja tetap.

yap, sebelum dapat kerja yang disandang sekarang, anies ada buat macam-macam kerja dan...

kedai kat belakang tulah tempat anies cari rezeki dan timba pengalaman... tapi yang ni ☝ bukan gambar dulu-dulu ya😆

yes...suatu ketika dulu, both comic dan DVD/CD/VCD pernah menjadi salah satu (cabanghiburan masyarakat. no wonder, sana sini kedai CD tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. itu belum kira lagi penjual CD tepi jalan dan juga yang menjual dari satu meja ke satu meja terutama di restoran mamak. betul tak?

kalau kat KL ni esp. di kawasan Petaling Street, inilah kedai yang selalu jadi tumpuan ramai. kedai CD yang anies kerja ni, lokasinya di shop lot Petaling Street (depan pintu gerbang masuk PS).

kedai ni ada branch lain termasuklah dalam bangunan Kota Raya. kiranya, besar jugalah bisnes Hero Comic World ni pada masa tu.

okey, berbalik pada title... macam mana anies boleh dapat kerja kat sini? suatu hari tu, jalan-jalan kat PS (memang niat nak cari kerja) dan lalu depan kedai ni. then ternampak poster bertulisan tangan: JAWATAN KOSONG PEMBANTU KEDAI.

tanpa berlengah, anies terus masuk dan tanya staf kedai. kebetulan masa tu manager kedai ada kat situ.masa tu juga dia panggil dan 'interview'😆😆😆

'informal interview' laa yang boleh anies simpulkan. habis interview, dia cakap, "okey, esok 9.30 pagi mesti sampai. kedai buka pukul 10.00." done!😆

esoknya bermulalah tugas anies sebagai pembantu kedai. so apa tugas anies kat situ?

sapu lantai, lap CD berhabuk, susun CD dari kotak ke rak, layan customer, etc. dan sambil tu belajar jadi cashier. anies kerja dari 9.30am - 8.00pm.

penat? of coz... lenguh tu tak payah cakaplah. rasa nak tercabut je kaki ni. tapi seronok sebab hari-hari dengar lagu Korea. masa tu, negara kita tengah dilanda 'Hallyu Wave'😊😊😊

okey, tu jelah perkongsian hari ni. kepada adik-adik kat luar sana terutama yang masih 'tanam anggur', nasihat anies, janganlah terlalu memilih kerja. buatlah apa sahaja. asalkan halal dan paling penting, timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya. 

sebab pengalaman ni, even kamu belajar sampai ke Harvard or Oxford sekali pun, kamu takkan dapat perolehnya. ia sesuatu yang mahal untuk dimiliki dan pasti dikenang sepanjang hayat.

jangan malu dengan kerja yang dipilih sebaliknya berbanggalah kerana kamu mampu bekerja dan mencari rezeki sedangkan di luar sana, masih ramai yang tak berkemampuan (physically) dan tak bernasib baik untuk mencari sesuap nasi lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tak menentu ni.
 
MACAM MANA DENGAN FIRST JOB KORANG? SHARE-LAH KAT RUANGAN KOMEN DI BAWAH.

that's all. thanks for reading...
daaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

86 Words of Lo♥e

  1. dulu pas srp wak penah ikot abg wak keje contractor kat Singapore.. serupa bangla je cari duit nk beli buku spm.. huhuhu nostalgia beb

    ReplyDelete
  2. Emejing Cik pengalaman awal bekerja, apa sekarang telah menjadi manajer kedai CD tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😆😆😆tu kedai orang, mas. kalau kedai sendiri mungkin ya

      Delete
  3. Kerja kerana Allah nak cari rezeki halal.

    ReplyDelete
  4. setuju..pengalaman sesuatu yang tidak boleh dijual beli

    ReplyDelete
  5. first job aku jadi tukang las di JEPUN, tapi balik kat indonesia saat ini ramai perusahaan tutup karena Pandemi

    ReplyDelete
  6. setiap pengalaman hidup adalah berharga tak kira dalamm bentuk apa pun..
    tempat jatuh lagikan dikenang kan.. ini pula tempat ada kenangan cemni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... bila kenang balik rasa seronok pula😊

      Delete
  7. Kerja pertama menjadi pembantu kantin untuk Makchek. Lebih kepada jual makanan dan minuman kepada budak sekolah Masak itu ada orang lain buat.

    ReplyDelete
  8. First job dulu kat farmasi, farmasi tu pun dah tutup. Mesti best keje kedai komik ni, bila bosan boleh baca komik plak. Betul tu, pengalaman yang mahal. Belajar betapa susahnya cari duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh nk baca sbb komik dlm plastik. so byk dgr lagu korea je😆

      Delete
  9. wow..ptt slalu g korea..kita kerja guru ganti jer dlu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde laa cik nor. best jg tu jg cikgu ganti

      Delete
  10. Wah selamat ya.. semoga betah dan hadil keringatnya bisa mencukupi..

    ReplyDelete
  11. saya pun pernah jadi pembantu butik..letih woa hehe

    ReplyDelete
  12. Tak kisah kerja apa, janji kerja halal dan boleh tampung perbelanjaan kehidupan kita. Dengan situasi sekarang memang tak boleh memilih kerja. ada peluang je usaha dan teruskan demi kelansungan hidup. Alhamdulillah. Nasihat yang bagus Anies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... elakkan memilih. rebut peluang yg ada. pasti rezeki lain menyusul😊

      Delete
  13. First job saya jadi pembantu rumah.

    ReplyDelete
  14. Lepas abih study dulu cheq teruih dapat kerja tetap. Alhamdulillah 🤲🏻

    Sempoi tu first job mem dapat kerja kat kedai CD dulu, boleh dengaq lagu korea hari-hari. Pengalaman berharga tu 😎

    ReplyDelete
  15. hello my dear how are you?

     

    ReplyDelete
  16. Great post dear, so nice and interesting, love it! 

    ReplyDelete
  17. Boa tarde minha amiga. Deu vontade de conhecer o comércio desse lugar. Parabéns pela matéria.

    ReplyDelete
  18. tula tgk skarang bdk2 milih keje...malu agaknya kalo kj yg tk setaraf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malu smpi ke sudah laa x maju diri tu

      Delete
  19. Me alegro que estés trabajando y siempre es bueno adquirir experiencia en eso. Te mando un beso y todo mi cariño

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  20. kak dulu habis sekola kerja kerani JKKR kat kampung kak dapat lah gaji singgit dua Alhamdulillah

    ReplyDelete
  21. Betul, jangan memilih kerja sangat. Sementara tunggu panggilan kerja lain (kalau ada isi SPA8 atau lain-lain) better cari kerja untuk tampung perbelanjaan sendiri. Macam saya, sebelum dapat kerja tetap, memang pernah kerja as a sales assistant, admin clerk, jual kereta,.banyak pengalaman dapat dari kerja-kerja tu.

    ReplyDelete
  22. Wah pengalaman perdana nih.. Kalau saya masih mencari dan coba2 kak..

    ReplyDelete
  23. FIrst job Sha masa umur 16 tahun.. mAsa ini cuti sekolah lama, sempatlah kerja kat kilang roti Segar (dah tutup dah kilang ini) buat biskut raya.. Pergh!! Dia punya penat memang tak boleh bawa bincang.. hahaha.. Tapi berbaloilah pengalaman yang dapat..

    ReplyDelete
  24. Saya punya banyak banget koleksi DVD, DVD, CD dan kaset pita.
    Ingin membuangnya tapi sayang
    Tapi jika tak dibuang, ruangan sudah penuh.

    ReplyDelete
  25. sekarang musim streaming
    sudah tidak biasa keping cd

    ReplyDelete
  26. nampaknya kedai CD zaman now sudah berkurang tergerus perkembangan, sekarang sangat mudah orang buat cari film di internet

    ReplyDelete
  27. Salam Kak Anies,
    nk bertanya..kak anies ada anta brg ke kat shida..
    Just tulis Anies Blogger so saya teka akak je ni..
    dah buntu fikir siapa anta pada saya hehee ^_^

    ReplyDelete
  28. dulu first job ciksun pun jaga kedai gak tapi kedai baju..tapi sehari je ciksun datang lepas tu tak datang dah sebab rasa tak reti nak layan customer..hahahhahahaha

    next, kerja kedai telefon...ni teruk lagi, setengah hari je...kaku rasa duduk kat belakang kaunter...adeiii

    dan akhirnya kerja pelayan kat kedai makan jugak serasi dengan diri..tapi mungkin sebab ade kawan kerja sekali, jadi lebih bertahan lama kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh best nya👍👍👍👍seronok kan bla kenang blk😊

      Delete
  29. Terima kasih atas kejutan komik!

    ReplyDelete
  30. Selamat bekerja di tempat baru,kak Anies.
    Semoga nambah pengalaman dan makin suka Korean's song 😄.

    Setuju, cari pengalaman kerja itu tak perlu pilih-pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman tu bukan semua orang mampu perolehnya😊

      Delete
  31. Oh, seingatku sudah berkonentar di pis ini sebelumnya, tetapi kok tak kelihatan ada ya 🤔 ?.

    By the way, selamat bekerja kak Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas.
      selepas BW baru saya publish komennya😊

      Delete
  32. 1st job kakmim br abis belajar.. buat marketing personal loan... tp utk koperasi berdaftar la.. byk pengalaman dan kenangan

    ReplyDelete
  33. dulu kalau masuk mall rajin juga singgah kedai cd ni. tak membeli pun saja mencuci mata tengok movie dan drama apa yg ada..hehe

    ReplyDelete
  34. First job saya ajar tuisyen. Lecturer masa di kampus minta tolong ajar anak dia BM 😊

    ReplyDelete
  35. Saya dulu pernah angan-angan nak kerja kat kedai CD macam ni. Tak pun kedai rental CD, DVD dan LCD. Sebab masa tu entah kenapa rasa macam kool. Hahahah

    ReplyDelete
  36. First job Mrs. A time tunggu result SPM jadi chasier kat Parkson Grand Mahkota Parade, Melaka.

    ReplyDelete
  37. first job sy pembantu pengurusan murid (ppm)

    ReplyDelete
  38. What a great experience, Anies!
    Kerja sambil dengar musik, jadi happy :)

    ReplyDelete
  39. kerja pertama tak dilupakan.. yg lupa org2 yg kerja situ. haha

    ReplyDelete
  40. Tahun berapa anies keje situ. Ntah2 Kita pernah beryembung sebab mama dulu selalu gak Cari cd kat ps haha

    ReplyDelete
  41. da xde dah kedai jual vcd / cd kat tempat aida.
    kat aeon da tutup. kat deret kedai depan rumah tu, dulu ada, speedy kot, pun da tutup.
    now online movie da byk, astro dah berlambak. astro first lah, on demand la...

    first keje aida was pembantu klinik.
    cuti semester 3 bulan, nak keje. abah tak bagi. bosan!
    then abah bagi keje, dgn syarat keje part time kat klinik kakak :)
    tu la the only keje part time aida buat.
    lepas grad terus keje betul dah, hingga kini, anies.

    ReplyDelete
  42. Kalau pasal kerja ni, tak kira kerja apa pun semuanya pengalaman berharga. Yang penting kerja itu halal. Lagi zaman sekarang ini cubalah untuk tidak memilih kerja.

    Mesti best kan pengalaman kerja di kedai cd/komik? Hari2 dengar lagu macam2, tahu perkembangan lagu, movie, komik/manga kan.. sambil kerja boleh belek2.

    ReplyDelete
  43. baru perasan mem besar bawa beg starbucks pun besar

    ReplyDelete
  44. starbucks tu kalau ada org belanja kan best. haha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆