Terima kasih daun keladi blogger Cikgu Siti Hazreen

10:54 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Jangan ditanya... ke mana mem besar menghilang. nanti dia kasi jawapan cliche lagi.

holaaaaa... kabare???

jangan ketawa kalau tiba-tiba muncul entry ni kat reading / blog list korang. Tora datang lagi

senang cakap, sebenarnya lebih kepada malas nak berblog. ya, pengakuan jujur ni. since WFH (work from home), dengan keadaan notebook antik tu, mood berblog memang ke laut dalam. internet laju tapi tidak untuk notebook ku ituuuuu waaaaa nak notebook baruuuu

dah lah. tak nak dah sebut pasal malas berblog ni. lebih baik mem besar fokus pada tajuk entry. ya... 

TERIMA KASIH tak terhingga kepada blogger Cikgu Siti Hazreen atas pemberian hadiah ni.
anies dah sedia maklum fasal hadiah ni cuma tak tahu bila akan terima secara fizikalnya. mula-mula ingatkan satu je, rupanya lebih dari tu.

alahai... terharu dibuatnya. so korang nak tahu apa hadiahnya?

first time terima parcel tapi tak ada bil. cuak jugalah sebab manalah tahu, ni barang orang lain punya ke...

eh... apa dalam plastik oren tu? macam best je...

tadaaa.... kurma ajwa yu ols... my favourite dates! sekali 2 peket pula tu! ni yang terasa nak puasa terus... hehehe

car perfume!! elok sangatlah tu. car perfume dalam kereta anies tu pun dah nyawa-nyawa ikan. elok sangat dapat haruman baru ni.

last but not least.... gold bar... ya ke namanya gold bar? kalau salah tolong betulkan. ya, emas yu ols... Alhamdulillah... boleh buat simpanan. by the way, nanti anies akan explain pasal gold bar ni ya. tunggu next entry...

seperkara lagi, anies nak minta maaf kepada beberapa blogger khususnya blogger di luar Malaysia. ada beberapa hadiah yang sepatutnya anies hantar tapi anies tak dapat berbuat sedemikian disebabkan Pos Malaysia menutup service penghantaran ke luar negara kerana pandemik Covid-19. kalau dapat hantar pun, hanya ke Singapura saja. kalau anies guna khidmat courier lain, harganya masya-Allah... sangat-sangat mahal (RM200++) untuk 500g barang. so anies minta maaf banyak-banyak dan cuma boleh berharap, pihak Pos Malaysia akan segera membuka semula international courier ni paling tidak, Januari akan datang. maaf ya, kawan-kawan...

p/s jangan lupa follow blogger Cikgu Siti Hazreen kat SINI ya!

p/ss beri anies masa ya untuk BW ke blog korang ya. terima kasih kerana sudi komen. i appreciate it!
thanks for reading.
daaa 

Kisah Silam Untuk Masa Depan

63 Words of Lo♥e

  1. ALHAMDULILLAH REZEKI ANIES TAHNIAH

    ReplyDelete
  2. wahhhh... gold bar... kakmim pn br berjinak2 dgn gold bar ni.. mood blogging ke laut bila wfh itu biasaaaaa.... i feel u... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa bla sy tgk gold bar ni tetiba rs nak jg menyimpan lbh byk hehehe

      Delete
  3. Salam anies... Semoga gumbira selalu
    😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cik tim hrp cik tim pun mcm tu jg ;-)

      Delete
  4. haipppp... muncul sekejap lps tuuuu

    ReplyDelete
  5. akak waktu PKPB ni selera berblog mmg turun naik. malas tu mak aii. moga cepat2 lah covid ni berlalu.

    ReplyDelete
  6. Akak pun sejak budak2 belajar dari rumah ni jadi malan nak berbelog tau. Pagi dah ngadap skrin, masuk tengahari dah malas la.

    ReplyDelete
  7. Boa noite Anies. Parabéns pela matéria. Uma excelente terça-feira.

    ReplyDelete
  8. Tranquila y me alegra saber de ti. Ya eso en si es un regalo, te mando un beso y felicidades por el regalo. Ten una buena semana

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, rezeki. paling best kurma ajwa tu..sedap kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ya betul kurma plg sedap di dunia ;-)

      Delete
  10. Miss you so much kak anies, long time not see your blog post.
    Semoga kak anies selalu sehat ya kak

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. seronok terima bungkusan istimewa macam ini..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki sangat tu dapat hadiah dari kawan blogger. Moga Anis murah rezeki selalu ya.

    Done follow blog awak. Salam kenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih... ;-)
      sy done follow back ya...

      Delete
  13. Biasa akan ada mood malas. Saya pun tengah tiada tulisan baru. Rajin melawat sekarang.

    ReplyDelete
  14. Tahniah! Seronok dapat hadiah. Moga ukhuwah berpanjangan. Happy blogging.

    ReplyDelete
  15. Wah, hadiah gold bar ye... Semoga terus semangat berblog yer. Zumal pun malas jugak ni. Hihihi

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah terima parsel di ujung tahun!
    Soundss the best dates and package of perfume looks so cute!
    I am wondering about the gold bar!

    ReplyDelete
  17. tahniah kak jom bw blog rabia..tengah cari top pengomen utk bulan januari nanti

    ReplyDelete
  18. Great post my friend! Thanks for sharing! Have a great week and thanks for visit my blog! 🎄🎄🎄

    ReplyDelete
  19. Love your review as always ))

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah rezeki.
    Mrs. A pun pernah dapat souvenir dari cikgu Siti Hazreen

    ReplyDelete
  21. Dah end of the year🎊🎊🎉🎉

    ReplyDelete
  22. Kak Anies how are you? I miss you, semoga selalu sehat ya kak

    ReplyDelete
  23. Melaka pon dah banyak kes covid 😭😭

    ReplyDelete
  24. Tiba tiba mem besar muncul. Lama betul menyepikan diri. Sesekali berehat why not kan. Alhamdulillah rezeki hadiah orang bagi. Orang memberi kita merasa gitu.

    ReplyDelete
  25. Everything looking very nice, thanks for sharing! I wish you a Merry Christmas and a happy new year!!!! 🎄🎄🎄

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah. :)
    Eza blogwalking sini ya^^

    ReplyDelete
  27. te mando un abrazo y te deseo una feliz navidad

    ReplyDelete
  28. Tahniah Anies! Wow, dpt wang emas! Semoga sentiasa sihat & murah rezeki Anies... 🤩

    ReplyDelete
  29. dpt hadiah dr blogger sronok kan

    ReplyDelete
  30. ikut senang lihat Cik Anies dapat hadiah. Insya Allah semakin menguatkan silaturahim

    ReplyDelete
  31. ehem ehem.. ada sesuatu untuk anda disini :
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/12/top-commentators-2020-blog.html

    ReplyDelete
  32. salam cik anies yg vogue tuuh..
    nk minta alamat rumh wak no telfon nk wtpe erk? wak tgk xde pon nama kat top commentator ke apa? ke nk berkenalan jw nih.. hikhiks

    ReplyDelete
  33. Tranquila lo importantes es que estes bien y que te extrañaba. Te mando un abrazo y te deseo un feliz año.

    ReplyDelete
  34. Tahniah, Anies. Alhamdulillah, murah rezeki.
    Hahahah bab notebook antik tu kita sekapal. Memang boleh putus angin dibuatnya :)

    ReplyDelete
  35. brand car parfume tu memang wangiiii.. murah kt DIY

    ReplyDelete
  36. Tahniah anies.. murah rezeki anies

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆