Home Expo @ Bukit Jalil

10:52 am

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Dah lama pasang niat puasa nak cuci2 mata kat expo ni. tapi tu laa... selalu je tak berkesempatan. jadinya bila ternampak bunting yang dipasang di tiang2 lampu tepi jalan, dalam hati cakap, "kali ni mesti pergi!"

expo ni free entrance. cuma parking je kena bayar. RM5. kalau tak nak parking, boleh naik LRT and turun kat Stesen Bukit Jalil.

tapak expo ni dilangsungkan kat Car Park B. sebelum masuk, semua pengunjung mesti patuhi SOP yang ditetapkan yakni scan QR code (Apps MySejahtera), pakai mask, ambil suhu badan dan sanitize tangan. tiada limit masa untuk berada dalam expo ni.

tapi yang jenis tak tahan sejuk sebab air cond tu, anies sure tak sampai 1/2 jam dah keluar. memang sejuk mencengkam!😆😆 boleh kalah salji kat Mount Rigi.

well, apa yang dipamerkan kat expo ni? since namanya Home Expo, so majoriti barangan yang ada tentulah perkakasan dan peralatan rumah. just name it. dari TV sampailah ke karpet. dari penyidai baju sampailah ke sofa. dari dapur elektrik sampailah ke lampu tidur. semuanya ada kat sini. yang tak ada cuma fulus je 😆😆😆😆

korang yang bakal masuk rumah baru atau berniat nak beraya pakai tayang sofa baru dan tinggal area berdekatan, bila expo ni dianjurkan lagi (tak silap hujung bulan ni), bolehlah datang ke sini untuk cuci2 mata. nak 'cuci' kad kredit / purse sekali pun boleh😆😆😆 kata nak masuk rumah baru... kenalah serba baru. ajegitewwww

entrance. kemain lagi uncle jual ais krim dengan jual vadey ni. macam nak masuk sampai ke dalam😆😆

sebelum masuk, staf akan pastikan korang patuhi SOP terlebih dahulu... jangan memandai scan tapak tangan ya!

'wall catalog'. nak cari barang yang ada diskaun? boleh belek2 kat sini.

macam2 jenis penyidai / ampaian. rambang mata nak pilih yang berkenan...

barangan letrik. jangan tanya anies mana lagi murah. kat expo or kat kedai... rasanya sama je😆😆

berkenan betul dengan kipas kaler merah tu... memang ngam untuk fans Liverpool😊😊

dalam banyak-banyak perabot, yang ni paling anies suka. multipurpose rack. diperbuat daripada kayu cengal emas. lubang-lubang / corak-corak tu adalah semula jadi ya. bukan disebabkan anai-anai. NO! kalau tak nak buat rak, ia boleh dijadikan hiasan dinding. memang kebabom! harga? ko rasa perabot kayu cengal boleh dapat dalam RM100 ke??😆😆 sila tanam pokok cengal sendiri kalau nak dapat harga macam tu😆😆😆

peminat perabot berasaskan kayu boleh datang ke sini... oh ya nak tawar menawar pun boleh ya... tapi kalau nak beli, gunalah duit sendiri😆😆😆

nak perabot yang simple pun ada... nak yang lagi simple, pergilah IKEA😆😆

sofa ke kerusi urut tu? ni sofa laa... adjustable sofa...

langsir pun ada ya... tapi langsuir tak ada😆😆😆

marble table of coz ada... tapi tak berani nak tengok harganya😆😆

tilam dan katil mestilah ada kan? sempat jugalah anies borak2 dengan salah seorang staf kat situ. sekarang, diorang prefer jual katil dan tilam custom made. so customer boleh pilih katil pilihan mereka. contoh, nak kepala katil serba baldu warna hijau tahi kerbau tapi nak saiz single. diorang boleh buatkan. ni contoh yaa... sebab most participant expo ni adalah kilang-kilang...

dah lama anies cari buaian ni. bila tanya, ingatkan materialnya rotan rupanya plastik (jenis tebal / berat). sempat juga laa main buaian tu sambil borak2 dengan staf...

singki apa yang korang nak? yang tak ada singki free je😆😆😆😆

peralatan elektrik...mesin basuh, air cond, air cooler etc ada kat sini...

brochure... alaa bukan baca pun😆😆 orang bagi kita ambil...

kalau lapar, ada food truck kat luar tapak expo... kalau nak makan nasi kandar Hussain, sila pergi restoran!😆😆😆

lokasi expo. betul-betul depan Stadium Nasional Bukit Jalil...

okey tu je laa yang anies nak share hari ni... 
thanks 4 reading... daaa

p/s BW belum habis lagi

Kisah Silam Untuk Masa Depan

56 Words of Lo♥e

  1. Wow..rambang la mata kalaua pi sini..kalau akak confirm nak beli buaian tu...cantik

    ReplyDelete
  2. Uish dah lama tk pergi expo ,

    Betul tu . Kadang kat luar dah habis separuh duit --" beli jajan

    ReplyDelete
  3. Apa yang Anies beli di sana?
    Rak serbaguna itu nampak macam barang terpakai pula kalau Anies tidak terangkan.
    Cuci mata tengok sambil timbul idea hendak deko bagaimana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x beli apa2 just dtg nk cuci mata je😊 sy suka brgn yg rare...kalu rm200 rak tu mmg sy angkat😆😆

      Delete
  4. BANYAK PILIHAN BARANGAN TAPI XSESAK SANGAT OKLAH TU NK BELIBELAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilihan mmg byk kak. yg x byk duit hahahahaha

      Delete
  5. Hahaha.. caption bawah gambar tu tak menahan.. megekek sha gelak.. Mujurlah tak ada pelajar sekarang ini.. Kalau tak mau dikatanya Sha gila.. hahahaha.. Adoilah Anies nie..
    Tapi kan Anies, rak kayu yang lubang2 tu memang klasiklah.. Kalau dapat tu memang puas hatilah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. control sha control hehehhe...

      yeah...taste kita sama laa... kalau dpt sy bw tidur trs hahahaha

      Delete
    2. Hamboi.. nak bawa tidur pula dia.. tapi betul juga.. Kalau dapat memang merenung lama rak tu sampai tertidur.. 😂😂

      Delete
  6. Buaian tu kalau kena panas nanti dia patah2 plastik dia tu. Kena letak dalam rumah tempat redup baru tahan lama. jenis tangan gatal suka pegang2 pun payah. senang patah plastik dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye laa br sy teringat. betul2... jenis plastik yg tak boleh kena panas lelama... thanks igt kn sy ;-)

      Delete
  7. Menariknyaaa....nasib baiklah jauh, kalau dak memang boleh terbang ribu-riban RM 😂

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. di sini masih dibenarkan acara ramai tapi mesti patuhi SOP yang ditetapkan

      Delete
  9. wah rambang mata tapi saya pun tak ada fulus,tengok-tengok juga rasanya kalau pergi

    ReplyDelete
  10. Parece una exposición divertida. Esperó que los hayas pasado bien te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. tienes razón, JP. pero será más divertido si tenemos más dinero para gastar jajaja

      Delete
  11. iena tak pernah g home expo lagi..selalu g kedai perabot je..tapi now baru pindah rumah baru teringin nk pergi home expo..tapi PKPB pulak alahai sedihnya..
    so beli furniture online je la dlu..excited sangat nk deco rumah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? x pe tggu habis pkpb dulu lps ni ada je expo mcm ni dilangsungkn

      Delete
  12. saya baca habis..

    tulisan penuh lawak dan lucu..

    no wonder la awak jenis fun-fun hahahaha

    ( tekaan jer)

    ReplyDelete
  13. Best juga expo camni,boleh la cari barang nak makeover bilik. Nak cari langsir, kerusi dan bahan mendeko bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu y gbr pindah msk rumah mesti rambang mata bla smpi sini

      Delete
    2. Tu la. Best bila ada expo camni tambah pula pergi time wallet tengah tebal 😂

      Delete
    3. Sekarang tengok expo dalam Shopee aje la ��

      Delete
  14. Oh! Rasanya hampir setahun tidak menikmati suasana begini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite tggu covid reda ya sis... br dpt nikmati suasana mcm ni lg ;-)

      Delete
  15. Bom dia minha querida amiga. Que saudades de ir numa Expo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bom dia Luiz. tudo bem. depois que a pandemia passar, eles voltarão para a Expo novamente

      Delete
  16. Howaaa .. aku juga tak tahan puasa untuk tak ikutan melongok expo, kaaak ..., Hahaaha!.

    Ya gimana ya, selalu banyak hal menarik dan kegiatan seru di gelaran expo 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang menarik pergi expo sebegini...tapi uang jd masalah, mas hahahah...

      Delete
  17. Corak semula jadi sama corak anai sama unique nya :)
    Anies banyak belanja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ramai rupanya yang sama taste dengan sayalah hehehe... x belanja apa2 pun evi sekadar cuci2 mata je

      Delete
  18. ingtkn byk expo dibaatalkan musim covid 19 nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. expo mcm ni onz je wak... sbb x libatkan para remaja hahahha

      Delete
  19. mak aihh...ni kalau dapat masuk...tak tau berapa jam baru jumpa jalan keluar

    ReplyDelete
  20. Risau lah masuk sini. Takut kecewa tak dapat membeli. Haha..kita pun suka la rak kayu cengal tu. rare lah corak dan shape kayu dia. memang tak murah lah kan.

    Tapi pergi home expo ni best sebab banyak pilihan barangan yang ada. mostly dorang jual pun harga boleh kaw tim lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham saya faham hahahaha... wahhh ramai jg ya yg s uka rak kayu cengal tu...

      Delete
  21. Terhibur baca entri ni.
    Saya dah lama tau teringin nak pergi ekspo macam ni. Tapi setakat ni, asyik tak jadi je 😊

    ReplyDelete
  22. cuci2 mata dan blahhh cari mkn. kemain meniaga sampai ke muka pintu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆