Đà Lạt, Vietnam: Choy Flower Garden

9:48 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ 

Bersambung dari SINI. (jemput baca ya!

lepas lunch dan solat jama' kat SINI, (jemput baca ya!) our trip diteruskan memandangkan masih banyak lagi tempat yang belum kami jejaki.

pada mulanya anies agak excited sebab perut dah kenyang dan of coz, boleh berjimba jimbi dengan jayanya. TAPIIIII.....

entah kenapa, sebaik duduk dalam bas, ya Allah... mata ni tak boleh angkat langsung. dia punya mengantuk tu macam tak tidur seminggu!

sedar2 sahaja, kedengaran enjin bas dimatikan. dalam hati rasa nak menyumpah diri sendiri sebab terlepas banyak moment menarik sepanjang perjalanan. so, perasaan excited tadi terus merudum walaupun kaki dah sampai ke ladang bunga ni.

sebenarnya ini tak ada kena mengena pun dengan perasaan mengantuk tadi. jujur cakap... anies rasa sedikit kecewa bila tour guide bawa kami ke ladang ni. tak tahulah kenapa. mungkin juga sebab sebelum ni, dalam kepala membayangkan Choy Flower Garden ni satu ladang bunga yang luas lagi memukau mata dengan bunga matahari dan lavender yang cantik.

tapi bila dah sampai, ladang bunga mataharinya macam ladang bunga biasa je. bunga2 matahari yang ada dah layu dan 'tak lagi tegak berdiri'. kawasan ladang pun macam tak terurus. maksud anies, daun-daun kering tak dibersihkan sedangkan itu kawasan pelancong.

anies bukanlah nak expect ladang ni macam sebuah ladang yang gah macam kita selalu tengok kat Google Images tu. cuma tu laa... kita bukan datang secara free, kan? jadi pihak tour guide seharusnya kena peka dengan pemilihan tempat yang dilawati. bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

apa2 pun Alhamdulillah... dapat tengok bunga matahari yang melata dan lavender secara dekat sedikit sebanyak anies dapat belajar sesuatu. kalau ada rezeki memang nak datang lagi.. tapi kalau boleh time bunga baru nak kembang... insya Allah..

dan macam biasa, sebahagian gambar yang anies snap untuk tatapan korang... 

entrance ke Choy Flower Garden. tak macam entrance biasa yang ada reception / receptionist. ia tak ubah macam warung kopi tepi jalan (jalan bertar tu, jalan raya utama, ya!). masa kami sampai, ada penjual telur bakar, kuaci dan manisan. anies tak makan pun. just tengok je mak cik2 pakcik2 pencen makan dengan penuh berselera pada hal sebelum datang sini kan dah lunch? adehh 🤣🤣🤣🤣. oh, ya. entrance fee-nya anies tak tahu. sebab dah termasuk dalam pakej lawatan.

nilah ladangnya... dari entrance (nampak tak bumbung warung sebelah kanan gambar?) korang kena 'meredah' pokok-pokok bunga matahari yang ketinggiannya, membuatkan korang rasa macam 'ketot' sekejap 🤣🤣🤣🤣

kat ladang ni tak ada kawasan 'sedikit' tinggi atau bukit. jadi, kalau korang ke sini janganlah letak harapan untuk dapat gambar ladang bunga matahari yang terbentang luas melainkan korang ada bawa dron...

jujur cakap, memang payah nak jumpa bunga matahari yang bukan sahaja besar gedabak, penuh kelopaknya tapi juga segar dan tegak berdiri macam tengah menyanyikan lagu Negaraku. why? sebab masa anies datang sini dah masuk penghujung musim sejuk. macam yang pernah anies war warkan sebelum ni, nak tengok bunga yang segar-bugar, datanglah ke Dalat pada penghujung November - Disember...

ya, betul. masa ni tengah panas terik. dalam pukul 2.00 - 3.00 petang... tapi udara sekeliling sejuk... sebab kawasan ni berada di tanah tinggi...

hati-hati bila meredah pokok-pokok bunga matahari ni sebab ia berduri...

cuba cari benda tersembunyi🤣🤣🤣 siapa tak nampak, dia anak raja kapur🤣🤣🤣🤣

cun tak kalau gambar ni jadi wallpaper?


ladang lavender cuma bersebelahan je dengan ladang bunga matahari...


mula2 anies memang tak percaya ni pokok lavender...

betul ke ni lavender putih? yang pakar, tolong jawab...

khabarnya lavender ni ada 39 species. yang dalam gambar ni, anies tak tahu apa species dan namanya sebab tak ada info dipaparkan kat ladang ni...

ehhh... ada entiti👻👻👻 laa kat pokok lavender tu! nampak tak?? nampak tak???

yelah... tu macam 'momok made in Malaya' je🤣🤣🤣🤣🤣🤣

okey, 'momok' dah keluar. dia tengah menggeliat sebab dah penat menyorok katanya... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

okey, tu jelah perkongsian untuk hari Jumaat penuh barakah ni. insya Allah, kalau mood rajin anies sambung lagi cerita menarik 'di hadapan' Choy Flower Garden ni.
 
ada apa kat situ? stay tuned!!!

thanks 4 reading...
happy weekend...
daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

56 Words of Lo♥e

  1. perasaan dia lebih kurang sama macam masa saya melawat ladang teh sabah... nampa macam x terurus.. dah la nak masuk kawasan tu saja kena lalu jalan x bertar yang sangat beralun hampir 1 km..

    ReplyDelete
  2. bestnya! jeles pulak rasanya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe x pe. ada rezeki nnt lps covid reda, dtg tau ke sini

      Delete
  3. waaahh...bestnya...sukanya kalau dapat pergi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki lps covid reda, sis boleh laa dtg ke sini nnt ;-)

      Delete
  4. wah cantiknya bunga bunga matahari tu..iena tak pernah ke vietnam lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe insya allah lps covid reda nnt pasti ada rezeki dtg ke sini ;-)

      Delete
  5. Jangan berdukacita. Ada rezeki boleh singgah lagi di musim bunganya rimbun banyak dan cantik. Teringin nak bau bunga lavender sebenar. tak pasti pulak lavender putih tu. Kena ada pakar yang menjawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an.... sy pun terlupa sama ada sy sempat menghidu bunga ni atau x masa tu hehehehe

      Delete
    2. alamak, ni mesti kes hilang mood terus bila tengok tempat ni kurang okay kot kan. takpelah, kot ada pergi tempat ada bunga lavender jangan lupa bau sekali :p

      Delete
    3. hehehe... sbb cuaca panas pun ya...waduhhh bla laa covid nk abis niiii nk travel lg...

      Delete
  6. Main sorok-sorok kat ladang bunga matahari lak ye. Zumal kekadang fening fikir camne pokok bunga matahari dorang tegak elok je, yang zumal tanam asyik nak terkulai jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla dah kebosnan tak tau nk buat apa kt situ hahaha..
      jawapan dia zumal, baja... ada baja khusus yg membuatkan pokok bunga kt sini subur. selain faktor cuaca kt sini

      Delete
    2. Baja khusus untuk dia ye. Hmmm kena pergi stalk orang tanam bunga matahari la nampaknya ����

      Delete
    3. yalah... sbb sy rs x mungkin pokok2 kt sini mampu hidup segar bugar tanpa bantuan baja khusus...

      Delete
  7. BUNGA MATAHARI KAT SINI DIPROSES BUAT MINYAK KOT

    ReplyDelete
  8. Suka bunga matahari banyak-banyak tu. Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki nanti bolehlah dt ke sini lps covid reda ;-)

      Delete
  9. Waduuh keren-keren sekali bunganya, lavender oh lavender, saya walaupun laki-laki tapi suka bunga kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah, mas lelaki suka bunga. yang penting bukan terus jadi 'bunga' (perempuan) hahaha

      Delete
  10. Ladang bunga, bisa nih bikin foto dan video aesthetic

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas... instafamous pasti suka tempat2 sebegini ;-)

      Delete
  11. Boa noite Anies. Plantação de girassol eu já vi. De lavanda deve ser muito perfumada. Bom final de semana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi Luiz, espero que você esteja bem. você está certo. se você quiser vir para o Vietnã, não se esqueça de parar na cidade de Dalat

      Delete
  12. Adoro los girasoles y la lavanda. te mando un beso y te deseo un buen fin de semana

    ReplyDelete
    Replies
    1. espero que tengas la oportunidad de visitar vietnam pronto ;-)

      Delete
  13. cantik sekali bunga bunga nya, kak Anies..

    ReplyDelete
  14. Oooh....elok pi sana waktu hujung tahun la kiranya kalau nak tengok bunga2 segar bugar kat sana..😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sbb vietnam negara 4 musim. tp musim bunga dia paling cantik ketika musim sejuk ;-)

      Delete
  15. Bestnya dapat melanong ke Vietnam

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an ada rezeki tuan ke sana kelak...aminnn

      Delete
  16. Bestnya teringin nak pergi ladang lavender 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an ada rezeki sis ke sana kelak. aminnn

      Delete
  17. bunganya selain untuk keindahan juga dimanfaatkan hasilnya kah ... sepertinya gitu karena tak hanya wisata ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. not so sure, mbak. mungkin juga dimanfaatkan sebagai sumber makanan seperi kuaci dan minyak masak tapi ia tidak ditunjukkan di sini

      Delete
  18. POKERVVIP Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    Agen Poker Online
    Agen Poker Pkv
    Agen Poker Online
    Bandar Poker PKv
    Bandar Poker Online
    Situs Judi Poker Online Pkv
    Situs Judi Poker Online Indonesia
    Bandar Poker
    poker online
    Agen Poker Online Terpercaya

    ReplyDelete
  19. Salah waktu datang memang dapat bunga tidak berapa mekar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... nk buat mcm mn...x pe tggu covid reda dulu sy akan repeat lg hehee

      Delete
  20. Replies
    1. ...sangat cantik kembang di waktu pagiiii hahaha

      Delete
  21. Cak sikit pada gadis di sebalik bunga tu! 😂

    ReplyDelete
  22. Desearía tener esos sentimientos cuando estuve allí... jajaja

    ReplyDelete
  23. Subhanaallah cantik cantik bunga2 kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap... kalau kena masanya laaagi cantik😊😊

      Delete
  24. Bunga-bunga nampak cantik, tapi tak merimbun... mungkin di luar musimnya kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg sy kurang penjagaan. kalu betul nk jd kn kaw pelancongan, penjagaan tmn mesti tip top mcm kt tmpt2 lain seumpama ni

      Delete
  25. Eh.. pokok bunga matahari berduri ye Anies.. selalu mengagumi bunganya di alam maya je.. Tak pernah lagi berdepan secara live gini.. Tinggi tinggi belaka.. Ye, saya nampak entiti disebalik pokok itu.. 🤭🤭🤭
    Lavender tu cantik sangat, dulu pernah letak sepasu di depan rumah.. Putih tu first time tengok.. kecik je bunganya..

    ReplyDelete
  26. cantik gambar bunga matahari Anies capture tu...

    ReplyDelete
  27. ada bau lavender tak pokok bunga lavender tu?

    ReplyDelete
  28. hai momok!! pandai cari warna tudung sama dgn bunga. ini lg bersyukur dr pi cari calla lily habuk pun tak dpt. huh

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆