Survival instinct

12:32 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai 'survival instinct'. Maksudnya seperti, sekiranya seseorang itu dicampak ke pulau yang tiada penghuni, 'survival instinct'-nya akan berusaha mencari makanan dari tumbuhan seperti buah-buahan, mencari makanan dari laut seperti ikan, menadah air hujan untuk dijadikan minuman, membina tempat berteduh daripada ranting-ranting dan daun-daun serta lain-lain. 

pernah tengok filem ini? credit photo


Konsep 'survival instinct' berkesan apabila kita berada dalam keadaan tertekan (pressure / stressed). Apabila ada pihak iri hati dan cuba untuk menjatuhkan kedudukan / kehebatan kita, 'survival instinct' akan bermula dan fikiran kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk menangani apa sahaja rintangan / dugaan / cabaran. 

Semangat kita akan menjadi lebih membara dalam mengharungi apa sahaja kesusahan dan kepayahan. Jiwa kita akan disentuh dan memberi semangat untuk membuktikan kejayaan kita dan menunjukkan kepada mereka (orang lain / musuh) yang ingin melihat kita gagal bahawa mereka sebenarnya salah. Anda mesti pernah mendengar kata-kata 'Pantang dicabar', kan? 
Sebab itu juga, sering kita mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada kemiskinan / tiada apa-apa / zero. Mereka pada asalnya hidup susah dan kemudian berusaha perbaiki diri untuk keluar daripada kepompong kesusahan itu. Jadi di sinilah 'survival instinct' memainkan peranan yakni 'ia digerakkan' dalam keadaan tertekan!

Senang untuk difahami bagaimana 'survival instinct' ini berfungsi adalah melihat contoh gunung berapi sebelum ia melepaskan laharnya. Lagi lama 'ia bergolak' dalam perut bumi, maka akan lebih banyak lahar dan lava yang dilepaskannya.


Oleh yang demikian kawan-kawan, apabila keadaan menjadi tertekan, maka jadikanlah ia sebagai picu untuk anda aktifkan 'survival instinct' dalam usaha mencapai kejayaan.

diubahsuai daripada emel Irfan Khairi.

p/s sakit hatiiiiiii dengan blogspot ni!!!!!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

41 Words of Lo♥e

  1. bagus tuh movienya memberikan pengalaman bahwa alam tak boleh di lawan diatur sesuai keinginan kita, bisa si tapi tetap saja akhirnya akan seperti apa yang alam itu sendiri inginkan

    ReplyDelete
  2. Akak rasa akak ada survival instinct ni. Syukur Alhamdulillah..

    Tapi ada juga orang yang dia macam tak kosa nak hidup. Lantak pi la nak jadi apa pun. Biaq la nak jadi lagu mana pun. Tak mau peduli.

    Tu yang jenis boleh dok dalam sampah bertahun2 tu. Apa orang kata dia tak de kesah.

    ReplyDelete
  3. That is why people constantly said that a little pressure is okay make you reach your goal. Because of the so-called survivor instinct. Great post.

    Lama tak singgah sini. Have a nice day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau x de tekanan kita masih di takuk sm ;-)

      Delete
  4. Buena reflexión siempre hay que lo malo convertirlo en una oportunidad. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...y aprendemos a no rendirnos facilmente...

      Delete
  5. SEMANGAT DALAMAN PASTI MUNCUL KALA TERDESAK BIASANYA

    ReplyDelete
  6. Survival insting atau insting agar lebih baik memang semua orang punya, tapi tidak semua orang bisa sukses tergantung motivasinya kuat atau tidak.

    ReplyDelete
  7. Jom sama-sama! Kita ON-kan mode survival instinct!

    ReplyDelete
  8. Interesting post my dear, thank you for sharing ) 

    ReplyDelete
  9. InShaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    ReplyDelete
  10. Biasanya kalau manusia sudah terpaksa, pastinya akan melakukan daya upaya apa saja agar tetap bisa bertahan
    Artikel yang sangat menarik, saya suka sekali

    ReplyDelete
  11. Perghhh kak Anies dah boleh jadi cikgu sains dah ni hahah
    .
    Thank you for sharing tau!! ;) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek sains spm pn x lps hana😆😆😆

      Delete
  12. Boa tarde minha querida amiga. Obrigado pela dica. Uma excelente tarde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. de nada. Obrigado por seu comentário. tenha um bom dia, amigo!

      Delete
  13. Kadang-kadang kalau ai dalam keadaan tertekan ai jadi blank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun benda yg x boleh dielak. tp yg penting kita tak buat perkara memudaratkan...

      Delete
  14. Betul itu sudah terpaksa baru buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x de paksaan pasti sesuatu perkara x menjadi

      Delete
  15. no he visto la pelicula pero tiene que ser muy interesante este tema.

    ReplyDelete
  16. Semoga daya fikiran kita sentiasa aktif, kreatif, keep moving and keep fighting.

    Cool anies cool. Jangan geram geram. Sayangi blogspot :)

    ReplyDelete
  17. Good informasi kak. Kadang bila dalam keadaan tak tentu, GV selalu blur wat to do. huhu. then, lelama tu baru tahu kena watpe dulu. huhu.

    ReplyDelete
  18. Di mana ada kemauan, di situ akan ada hasilnya. Semangat ya Kak!

    ReplyDelete
  19. lain orang lain caranya hadapi tekanan ni. ada yang jadikan tekanan sebagai batu loncatan untuk pergi lebih jauh.. ada yang jadikannya alasan saja..

    ReplyDelete
  20. Saya perasan survival instinct saya on tiap kali ada masalah. Pernah pintu rumah terkunci dari dalam dan saya buka pintu tu dengan guna penyapu yang diikat dengan getah. Bila dah berjaya buka tu terasa, 'wow, mc gyver sangat aku' :D

    ReplyDelete
  21. Kalau tak ada yang satu ini, barangkali kita sudah punah

    ReplyDelete
  22. Hidup ini penuh dengan survival ✌️

    ReplyDelete
  23. bila keadaan terdesak, bangunan yang tinggi pun boleh jadi rendah..
    Semua orang ada naluri ini cuma bila ianya akan keluar dan membantu bergantung pada situasi.. Semoga kita semua baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
  24. Tengah survival nak hidup juga ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆