10 years of blogging and counting...

12:51 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tok tok! ada orang ke tu?

hello... is anybody home?

alamak... sunyi sepi betullah. yalah... 3 bulan plus plus kot... hakikatnya 2 / 3 entry sebelum ni lebih kepada auto publish. tapi satu BW pun tak buat... aduyaiii...

lagi satu, kalau berhabuk mungkin ketebalannya dah sampai 1 inch. kalau ada labah-labah, sarangnya dah jadi sawang. kalau lewat sikit, mungkin hantu jembalang akan muncul! hahaha...

apa khabar kawan2 semua? waduhhhhh... rasa macam kekoklah pula bila jadi macam ni. tulah akibatnya bila blog terabai berbulan2 seolah2 blog ni pun kena kuarantin juga hahaha...

Alhamdulillah, anies kat sini sihat walafiat. sengaja anies 'buat comeback' pada hari ni bersempena ulang tahun blog ni yang ke-10!

ya betul... blog yang tak seberapa ni dah berusia 10 tahun. hmm entah apalah yang anies tulis kat blog sepanjang tempoh ni. harap2 bukan benda yang memalukan hahaha...

diam tak diam, dengan entry cuma sebanyak 1162 sepanjang tempoh sedekad ni, anies just harap tak lebih tak kurang, yang mana baik dan bermanfaat tu, dapat memberi sesuatu kepada para pembaca. moga2 ia juga termasuk dalam saham kecil akhirat yang boleh anies bawa bersama kelak.

well, apa anies nak tulis sempena ulang tahun blog yang ke-10 ni? err... mungkin ada yang akan tanya (sebenarnya tak ada siapa pun tanya hahaha) macam mana boleh kekal menulis blog ni walaupun muncul macam2 media sosial?

hmm... bagi anies blog ni ada 'something' yang tak ada pada media social yang lain. macam mana nak explain eh? tapi... tulah yang anies rasa.

namun dalam banyak2 perkara, perkara paling best tentang blog ni adalah, anies dapat ramai kawan2. maksudnya, kami cuma bertegur sapa melalui blog tapi siapa sangka, kami boleh berkawan sampai ke 'dunia sebenar'. sampai boleh travel sama-sama pula tu! bila boleh travel lagi niiiiiii

selain tu, macam mana anies boleh stay dengan blog ni pun mungkin disebabkan kerjaya anies tu sendiri yang banyak melibatkan idea, penulisan, bidang kreatif dan lain2. jadi secara tak langsung, ia bagaikan bergerak 'seiring'.

tapi tulah, bila cakap fasal mood menulis, tu yang kadang-kadang ke laut juga. once dah tinggal, memang payahlah nak get back momentum tu. so harap2 nya lepas ni anies boleh kembali bersemangat menulis dan pada masa yang sama dapat cipta dan hasilkan idea / karya yang lebih menarik. insya allah.

oh ya... sempena ulang tahun blog yang ke-10 ni, anies nak ambil kesempatan untuk ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada korang semua atas 'sokongan' (melalui komen2) yang diberi selama 10 tahun ni.

tanpa komen2 korang, mungkin juga blog ni 'tak boleh hidup' thanks korang! you're super duper awesome!

sempena ulang tahun ke 10 ni jom kita throw back gambar2 pilihan tuan punya blog ni! kalau nak tahu cerita lanjut, korang clik je link di sebelah kanan blog ni ya!

ni bukan kat France ya hahaha ni kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi - antara entry pertama jalan-jalan yang anies share dalam blog ni. 

jalan-jalan ke Penang... antara entry yang bercerita fasal jalan-jalan dalam negara 

1st time datang ke Floria, Putrajaya...

antara moment paling best. buat pertama kali pasukan Liverpool FC datang ke Malaysia then buat friendly match dengan team Malaysia kat Stadium Bukit Jalil. dianggarkan 80 000 orang hadir. memang dahsyat walaupun masa tu, team Liverpool tak sekuat sekarang hahaha...

perjumpaan tak rasmi bersama para blogger buat kali pertama. masa ni anies rasa palingggg kerdil dalam kalangan blogger sedia ada. blogger KAK AZIAN ALIAS... masihkah kalian ingat event ni kat rumah dato' ________ @ Bangi?

event makan-makan, share resepi, pergi kenduri pasti ada dalam blog ni. terlalu banyak. nak hurai satu2 memang tak sanggup laa...

memori jalan-jalan 'oversea' pertama - ke Jakarta & Bandung selama seminggu bersama rombongan office. destinasi pertama kami ke Islamic Book Fair @ Istora Senayan, Jakarta

antara kenangan paaaaaling best dalam hidup - dapat naik Charlie (kapal terbang milik TUDM) sempena LIMA @ Langkawi. dia punya seronok tu memang tak boleh cakap! tambah pula dapat naik free. ishhh... memang best lah!!

antara running / marathon event pertama yang anies join... masa ni bukan PKP tau. pakai mask tu sebab time ni tengah jerebu teruk.

pertama kali dijemput ke konti radio untuk ditemuramah... masa ni hanya Allah saja yang tahu betapa nervous nya tuan tanah... rasa macam tak terkeluar suara... hahahaha

1st time datang ke Sabah bersama arwah mak cik.... waaaa ni yang rasa nak menangis....

dalam blog ni juga anies kongsikan macam2 event seni seperti tayangan teater, menonton movie, menonton orkestra dan macam-macam lagi....

1st time bertentangan mata dengan blogger Farah (kiri) dan juga blogger yang tak asing lagi... Yuyu Zulaikha. masa ni dia tengah pregnant anak pertama dan kami hadiri majlis hari raya anjuran Nuffnang!

another memory paling best dalam hidup - jalan-jalan ke Egypt (Cairo & Alexandria)... arrghhh tak sabar nak tunggu Will graduate... bolehlah kami datang lagi ke sini nanti. insya allah. ada sesiapa nak ikut?

rasanya ni dating pertama anies dengan blogger Salbiah. jangan tak percaya, kami dating siap jumpa Luis Garcia tau! (ex Liverpool player)

naik sampan kat Sungai Mekong, Vietnam bersama blogger Nina dan blogger Farah... 1st time travel dengan budak berdua ni hehehe.... bila kita nak repeat lagiiiii???

ikuti rombongan sekolah pendidikan khas ke Thailand (Bangkok, Saraburi, Ayutthaya & Pattaya

dream comes true - winter trip memory @ Paris - depan Notre Dame

winter trip memory @ Luzern, Switzerland

winter trip memory - Cologne, Germany

winter trip memory - Brussel, Belgium - depan Grand Place

winter trip memory - Amsterdam

winter trip memory - London. depan Big Ben 

1st time menyaksikan SEA Games official opening ceremony @ Stadium Bukit Jalil

trip bersama blogger Nina dan kawan2 - Siem Reap & Phnom Penh

1st trip bersama blogger Salbiah ke Hong Kong, Shenzhen dan Macau... bila kita nak jalan2 lagi waaaaaa

trip ke-3 bersama blogger Nina ke Taiwan

family trip ke Brunei Darussalam

penyokong tegar Harimau Malaya katanya... bersama blogger Salbiah menyaksikan Malaysia vs Myanmar (Piala Suzuki AFF)


cerita fasal kenduri kahwin, fasal, tunang, fasal nikah, fasal pengantin memang ada dalam blog ni. dan salah satunya kenduri sepupu dan sekaligus menjadi pengapit hahahaha

tuan tanah dan book fair memang tak boleh dipisahkan. bergambar kenangan bersama penulis kegemaran: Hani Fazuha

1st time jalan-jalan ke Kuching Sarawak...

jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam

family trip ke Padang & Bukittinggi, Indonesia...

okeylah, tu je laa mukadimah untuk hari ni. insya allah anies akan cuba menapak ke rumah kalian (BW) selepas ni. wish me good luck!

insya allah, akan menyusul cerita-cerita menarik dan harapnya tuan tanah tak dilanda kemalasan lagi hahahaha


#stayhealthy

thanks 4 reading. daaa....

Kisah Silam Untuk Masa Depan

151 Words of Lo♥e

  1. Bagi saya seronok berblog sebab ia bagi aura positif.
    Happy 10th anniversary for blog. Semoga terus menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu komen pun murni2 je hehehe

      terima kasih NA

      Delete
  2. sempena 10 tahun blogging ni xnak buat giveaway ke cik kak anies yg fofuler tuuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah Wak... kalu sy buat wak kena join tau!

      Delete
    2. bole je join., tp kena bagi wak menang tauu., hahaha

      Delete
  3. Oh congratulations darling
    My best wishes and blessings to you
    xx

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hai presiden ;-)

      jgn skodeng... jemput laa msk hehehe

      Delete
  5. bagusnya masih konsisten berblog. Akak selepas 6 tahun baru berblog semula..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga 'terpendam' lama. setahun kot. biasa laa manusia ada turun naik dia punya mood hahaha

      Delete
  6. Maknanya dah 10 tahun la kita kenal ye Amies. Tapi belum berpeluang nak jumpa..

    setuju dengan anies, blog ni lain dari social media lain. tak sama..

    Akak ni guna la sosial media mana pun, last2 bosan dan balik ke blog semula. IG dah bosan, Fb pun dah bosan. memang dah lama tak update soaial media lain.Tapi blog cemana pun seminggu sekjali ada juga entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... belum ada rezeki nk bertentangan mata walaupun duduk dalam negara yg sama hahaha

      Delete
  7. happy anniversary ke 10 tahun :)
    Tak sangka kan boleh bertahan sampai 10 tahun, Sha pun bila tengok blog balik, macam mana boleh sampai lama macam tu, haha.
    Nina pun dah bertukar status, hiks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..
      ha'ah... kdg terfikir biar betul kita bleh bertahan menulis smpi mcm ni hahaha

      Delete
  8. Selamat muncul kembali di dunia blogging, mbak Anies....

    Kemarin kemana saja Mbak ? sibuk melawan corona yah ? pantesan saja blognya banyak tumbuh rumput dimana - mana ...hahah.

    Ohy, selamat ulang tahun yah buat blognya, saya tidak menyangka ternyata blog Mbak ini lebih tua umurnya dibandingkan blog saya yang dahulu. :)

    Pokoke selamat ulang tahun buat blog kece badai ini . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mas...

      masih ada di sini. cuma sepanjang lockdown, focus lebih kepada tugasan harian. mood berblog pun sudah ke laut dalam. sekarang sudah dapat rentaknya mudah-mudahan...

      Delete
  9. Halo kakkkkkkk

    Ya Allah lama sekali baru muncul kembali. Kemana kah lama tak tulis post?

    Eh bay the way, saya mau jadi bapak loh....


    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mas...
      kalau sudah dilanda kemalasan, beginilah yang terjadi. blog sudah dilupain hahahaha


      tahniah! tahniah!!

      Delete
  10. Assalamu alaikum Cik, akhirnya hadir lagi dalam dunia BW Blog.
    Alhamdulillah nampak sehat wal afiat dan penuh semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam terima kasih mas...alhamdulillah saya di sini sihat dan baik2 sahaja... sibuk juga buat BW sampai demam2 hahahaha

      Delete
  11. wah selamat ultah ngeblog ke-10 kak
    Tahniah

    seronok bisa berjumpa dengan blog kakak
    banyak sekali ya pengalaman kegiatan blognya
    semoga tetap semangat menulis ya kak

    salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mas

      insya allah mudah-mudahan...

      Delete
  12. Orang Minangkah Kak.. Euh.. Knp tak cakap nak balik Minang.

    Mampir ke Solok. Hhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya orang malaysia, mas... kami jalan2 ke Padang sj

      Delete
  13. Happy 10th blogversary buat Mem Anies! 😎👍🏻✨

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum....hallo kak,saya Sinta Febrianza salam dari indonesia. Indah sekali saya lihat tempat2 disana,saya sudah buka blog lama to baru aktif lagi. Do'a kan sesama kita sukses kak. Aamiin 😇 bila berkenan follow blog saya, Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Sinta👍ya kita sama2 berjaya aminnnn😊😊

      Delete
  15. Sudah lama tidak mampir ke blog ini, baru aktif kembali buat artikel ya. Sukses selalu untuk blog ini dan tetap rajin travelling setelah pandemi berakhir

    ReplyDelete
  16. Rindu tak alang kepalang lah sama tuan Tanah yang cantek nihh...senanglah rasa melihat foto2 kenangan di atas.
    Alhamdulillah, sudah datang berkunjung, dan sudah ada postingan baru.
    Selamat beraktifitas lagi, dan Selamat sudah mencecah 10 tahun blogging!

    ReplyDelete
  17. hii everything!!!! selamat ulang tahun ke 10 buat blog anies yea, buat anies juga. semoga terus rajin menulis 😁 saya pun dah lebih 10 thn menulis blog, sempat berhenti 4 5 tahun sebab sibuk uruskan anak. hanya kembali 2 3 tahun kebelakangan ni. take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih byk2... tahniah juga utk shirven sbb bertahan smpi sekarang

      keep on blogging ya ;-0

      Delete
  18. Uwaaaa. 10 tahun blogging. Hehe teringat dulu saya mula2 kenal blog 10 tahun lalu. Hehe selamat kembali sister anies 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ya betul terima kasih Silah😊😊

      Delete
  19. Wahhh samalah tahun dah masuk 10 tahun blogging cuma bulan 8 baru ngam2 dah 10 tahun hehe

    ReplyDelete
  20. Tidak terasa blog mbak Anies sudah berusia 10 tahun ya, sebuah waktu yang cukup lama. Semoga makin semangat kedepannya mbak Anies.😄

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...blogwalking from Indon to Malay

    Oh My God... 10 years
    Tahniah...i wish you keep posting

    :)

    ReplyDelete
  22. ccongrats. dah 10 tahun dah ye.. kejap je masa. blog mmg susah nak tinggal. akak blasah je pun apa2 lah boh dalam blog. ikut suka hati kita kan. hehehehe..
    akak lebih time sikit je dari awak. 13 tahun kot. mula dgn blog yang memula buat. cuma kita ni bila lah nak dating agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak... tu laa belum ada rezeki utk kita bertentangan mata lg ;-)

      Delete
  23. Wow dah 10 tahun.. Yang indah.., banyak nyer pi travel... Saya kenal anies pon sebab baca kisah anies oi travel kat korea... Sejak tue... Asyik dtg sini jew tgk aktiviti abies 😊🙋
    Thank you jugak selalu bagi souvenir kat kita 😘 hope one day will meet you in reality😍
    Keep in writing dear👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? terima kasih cik tim...btw sy belum smpi korea lg hehehe

      Delete
    2. Ye ker... Ker saya salah org, 😂
      Apa apa pun keep write dear anies📝

      Delete
  24. Halooo mbaa 😊 udah 10 tahun ya.. wah jalan2 asik banget. Moga kabar baik sehat selalu di sana yaa. Ingin ikut jalan2 juga nih hehe

    ReplyDelete
  25. Yeah!! Akhirnya.. Hye Anies..
    Happy blogversarry..
    Mengimbau kenangan sunguh-sungguh nie.. 😍😍
    Banhak yang diperolehi dari aktiviti berblog nie ye Anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sha

      mmg throw back habis habisan heheheh

      Delete
  26. Terdapat banyak kisah yang dicipta semasa menulis blog selama lebih kurang 10 tahun, banyak perjalanan dan momen yang mungkin tidak akan dilupakan. Kejayaan berterusan untuk blog ini, jangan lupa singgah di blog saya maka kita dapat berkongsi cerita bersama-sama, salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata orang, suka duka dunia blogging...

      orait, mas!

      Delete
  27. seronoknya dia banyak jalan2 .. selamat kembalii

    ReplyDelete
  28. banyak n3 yg sangat menarik dibaca dlm blog anies

    ReplyDelete
  29. Sudah lama juga ngeblognya
    Hampir sama dengan usia blog saya yang sudah sepuluh tahun juga
    Pernah ke Jakarta dsn Bandung?
    Wow asek sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mas😀😀😀
      ya bener... sy pernah ke jakarta n bandung pd 2013

      Delete
  30. Welcome back..moga terus berkarya 👏🏻💪🏼

    ReplyDelete
  31. owhhh ini aniesnya...baru bersua muka dengan pemilik blog...lately macam tak ada gambar muka anies dalam entry...selalunya gambar pemandangan dari mata anies aje..hihihi

    ke sebab 2 3 bulan tak jenguk blog anies ni? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sbb utk tahun ni sy jarang menulis sbb tu x de gmbr hehehe

      Delete
  32. Halo,senior blogger kak Anies .. selamat ngeblog lagi dan rajin bewe kembali 🙂

    Wuiih lokasi foto-fotonya keren yang sudah pernah dijelajahi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mas...

      harap selalu mampir ke sini ya ;-)

      Delete
  33. Wah gak nyangka uda 10 menjadi blogger kak. Selamat ulang tahun nih blog-nya, semoga semakin wisata yang dikunjungi biar bisa jadi referensi saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mas
      insya allah mudah-mudahan ada rezeki lagi dapat pergi jalan2 ;-)

      Delete
  34. Assalammualaikum. hi sis Anies. Yaya mai melawat ni...tu dia jarang updte pon sekali tepek bderet gambaq hehe.. cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hi... hehe bak kata org amik mood dulu😆

      Delete
  35. Takpe cuti 3 bulan, saya cuti blog tiga tahun hahaha, tetiba rindu nak blogging balik

    ReplyDelete
  36. Anda pasti blogger lama ya, pengikutnya banyak sekali, salam kenal ya, saya kesini karena ada komentar dari Anda. Semoga bisa terjalin silaturahim.

    Happy blogversarry... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas... terima kasih ya mampir ke sini

      Delete
  37. Tahniah Anies.. Selamat Menyambut Ulangtahun berblog..

    ReplyDelete
  38. Great post dear!Photos are amazing !  

    ReplyDelete
  39. Glad to see you! Yay!
    Happy blogversary! 10 years!

    Photo-photo cantik yang menyimpan kenangan manis...
    Senangnya sudah bisa tengok tuan tanah aktif di blog lagi..


    ReplyDelete
  40. Ha! ini kali ketiga Mrs. A singgah komen sebelum ni tak masuk sebab masalah browser Mrs. A ni.
    Happy blogversary Anies dah sedekadlah kiranya kan...
    Seronoknya tengok gambar-gambar throwback Anies tu. Mrs. A pun rasa yang sama jugak suka blog lagi daripada lain-lain socmed yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? harap2 nya bkn masalah besar...

      terima kasih, sis... nmpk nya kite geng laa haha

      Delete
  41. Feliz aniversario y me alegra leerte de nuevo

    ReplyDelete
  42. wahhh dah 1 dekad blogging...

    ReplyDelete
  43. Happy birthday blog kak Anies!!
    .
    Awesome-nyaa dah blogging 10 tahun. Ngeeeeeeee inspirasi betul lah kak Anies ni :') Tahniah tau sebab tak give up... Hana dah banyak kali rasa nak stop blogging :')
    .
    Oh ya, happy come back ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hana...


      akk pun dulu mcm tu juga... tp syg sbb dah separuh jln kena jg hadap wpn selalu dilanda kemalasan hehehhe

      Delete
  44. Wah sudah 10 tahun... selamat ya. mudah-mudahan makin rajin nulis di blog

    ReplyDelete
  45. hello akak. the pics are so pretty and the flowers' too aesthetic!! ❤️🌻

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.waa seronoknya banyak aktiviti....

    ReplyDelete
  47. wahhhhh best nya baca throwback semua ni..... sukasukasuka

    ReplyDelete
  48. lama rupanya kita dah blogging. i started in 2008. hihihi

    ReplyDelete
  49. satu dekad yg penuh dgn warna-warni. selamat ulang tahun blog yg ke 10...

    ReplyDelete
  50. Bunganya bagus banget ... sama itu SAMPAN (Perahu) mengingatkan tempat Simbah yang kalau musim penghujan Sawahnya Banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sampan ini digunakan untuk bawa visitors😊

      Delete
  51. wow banyaknya tempat anies jalan-jalan

    ReplyDelete
  52. HALO MBAK! Sudah lama tak jumpa. Selamat ulang tahun buat blognya yang ke-10 ya mbak! Udah senior nih di dunia blogging hehe. Ulang tahun blognya sama juga bulannya sama blog saya hehe.

    Makin semangat ngeblog ya mbaak!! Kutunggu tulisan-tulisan barunya mbak :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mas

      harap-harap begitulah. sekarang mau cari momentum untuk kembali bersemangat ;-)

      Delete
  53. wah...sudah cecah 10 tahun usia blog ini...

    memang otai juga..kalau simpan duit memang banyak juga tu..

    namun dalam artikel ini sudah berani show off diri berbanding sebelum ini..

    tahniah diucapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la diam x diam...

      kdg2 kita kena berubah jg... seiring dgn masa...haaaa gituuuu

      Delete
  54. Welcome back!! Saya pun baru je kembali update blog selepas 4 tahun saya tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik TK jomlah kite kembali bersemangat💪💪

      Delete
  55. Hallo Kak Anies, how are you? sepertinya lama sekali saya tidak BW blognya kak Anies,
    Wah senangnya kak Anies pernah winter trip, itu salah satu impian saya, mudah2an suatu saat nanti tercapai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mampir ke sini, ibuk meta...

      mudah2an ada rezekinya aminnn

      Delete
  56. dah 10 tahun kjap je rasa kan....mcm mcm cerita ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa...sy pn x tau apa laa yg sy merepek spnjg 10 thn ni hahaha

      Delete
  57. Banyaknya cerita pasal I... Malulah. Hehe

    ReplyDelete
  58. Happy anniversary, and I wish you many more years of blogging

    ReplyDelete
  59. Seronoknya tengok gambar2 throwback 10 tahun, happy blogversary Anies. Saya sebulan tak update blog. Patutkah buat comeback post macamni jugak? Ececeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      eh sila2! tp tggu sy ketuk pintu ya hehehe

      Delete
  60. Alhamdulillah, tahniah Anies. Semoga silaturrahim berblogging sentiasa beroleh keberkatan dan berpanjangan buat kita semua.. aamiin2 :)

    ReplyDelete
  61. Tahniah Anies... Selamat ulangtahun ke 10 buat blog aniesandyou

    ReplyDelete
  62. Happy 10th years blog anies. teruskan berblogging dan terus maju.

    ReplyDelete
  63. wow tahniah blog dah 10 tahun dan entri lebih 1000 dah... tentu banyak kenangan dan banyak perkara yang dah ditulis tu..

    blog saya pun baru je 10 tahun september lepas tapi tak sampai 1000 pon lg post hahah
    harap terus bersemangat

    ReplyDelete
  64. wahhh akak tahniah2 !! semoga terus berkongsi cerita2 perjalanan akak ya..

    ReplyDelete
  65. Tahniah Anies dear, semoga terus blogging 10 thn lagi. Saya rasa Anies mmg rajin menulis, bukan hanya sebab karier 'seiring'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih 😊 hrp2 begitu la hendaknya

      Delete
  66. 10 tahun berblogging. lama tu. Happy 10 year blogging kak. :D

    ReplyDelete
  67. Hai, saya datang dari masa depan 😄😆
    Happy 10th anniversary!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆