Cempaka Apartment Hotel @ Maluri, Cheras

11:17 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisahnya, anies ada kursus 2 hari kat Menara PGRM, Cheras. disebabkan masa kursus mula awal dan balik lewat, jadinya fikir2 malasnyaaa nak ulang alik ke rumah. lepas timbang tara, anies rasa anies perlu booked hotel. bila search kat agoda, nampak harga hotel ni cuma RM71 semalam.

bagi anies okey laa tu harganya. then lepas balik kerja sehari sebelum, anies terus je ker sini naik LRT. jarak hotel ni dengan Stesen LRT Maluri memang dekat. tapi sebelum tu sempat singgah AEON Maluri untuk bayar bil telefon / internet memandangkan kursus ni memerlukan talian internet untuk memudahkan kerja-kerja.

Alhamdulillah, proses check in pun senang je. diorang minta deposit RM100 (cash) berserta duit penginapan (ni boleh bayar guna card). dapat je kunci terus naik ke tingkat 13.

sebaik melangkah masuk, anies ternganga sekejap. sebabnya bilik hotel ni tersangatlah besar + luas! nama pun apartment hotel. memang sebijik macam rumah apartment 2 bilik.

kalau korang nak menginap kat sini secara berkumpulan / family, memang sesuai sangat. katil 2 biji memang tak cukup. so bawalah toto dan boleh bentang depan TV. SERIUS! untuk 5 orang memang senang2 je.

since anies berseorangan, apa lagi... kite conquer laa puas2. overall, anies puas hatilah dengan bilik hotel ni dan boleh pertimbangkan untuk menginap sekali lagi kat sini nanti. Insya Allah.

selain kemudahan asas yang disediakan, dapat jimat waktu yang paling penting khususnya mereka2 yang ada tugas macam anies lalui ni.

so, in case korang ada kursus ke, ada ceramah ke dan terpaksa menginap kat area sekitar Maluri ni, bolehlah pertimbangkan untuk menginap kat sini. bayangkan korang share 5 orang? RM71 / 5 = RM14.20 per person. murah sangat doh... air Starbucks pun mahal lagi hehehe

dan macam biasa, anies share kan beberapa keping gambar bilik penginapan @ CAH. cekidaut!

dah balik baru teringat nak snap bangunan CAH. ni pun snap dari stesen LRT Maluri. bangunan CAH yang ada warna kuning dan hijau (tengah-tengah gambar) tu. just jalan kaki je. lebih kurang 5 - 10 minit dah sampai.

Maluri - view dari bilik hotel...

see? luas kan? ada meja makan, singki, kabinet, small chiller, tv (tak tengok sebab tak dapat siaran)... macam anies cakap kat atas, boleh bawa extra toto in case korang datang in group...

view dari tengah-tengah ruang... sebelah pintu masuk tu almari... sikit punya jauh laa dia letak almari tu hehehe...

puas conquer sorang2 katil ni hehehe... Alhamdulillah bantal pun empuk... 

puas anies fikir apa fungsi sliding door ni... tak boleh tutup, beb! so dia ternganga sampai ke sudah hehehe

meja solek berserta hair dryer...

walaupun anies tak guna almari ni, tapi anies rasa pihak hotel patut tukar dah almari ni sebab nampak macam dah usang sangat...

last but not least... bilik air. shower room sebelah kiri gambar. Alhamdulillah air laju. jamban pun berfungsi dengan baik dan bersih. puas hati.

okey tu je laa perkongsian hari ni. insya Allah lepas habis WFH ni anies BW. terima kasih atas komen2 yang diberi. thanks 4 reading...

daaa



Yang Ni Pun Best Juga Taw!

3 Your Words of Lo♥e

  1. Ada lagi hotel murah bawah RM100 di kawasan KL. Strategic pula dekat dengan MRT.
    Rugilah datang dorang, katil ada 2.

    ReplyDelete
  2. tgk tilam tu pon memey empok kanns.. hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆