Hatten Place @ Hatten City, Melaka Raya

10:55 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum taip panjang lebar, anies nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 kat blogger dunia zumal dan blogger cuya atas komen2 yang 'diletupkan' bak bom atom tu. anies mungkin tak mampu kot nak letupkan komen banyak2 macam tu. tapi anies akan cuba. kepada yang lain2 yang singgah dan tinggalkan komen, TERIMA KASIH juga diucapkan. tunggu anies BW ke blog korang ya! oh ya, yang belum kenal blogger dunia zumal dan blogger cuya, sila klik kat SINI dan SINI untuk follow ya.

berbalik kepada title. pada mulanya, anies dengan mak cu tak rancang pun nak duduk hotel. tapi disebabkan Melaka tak ada air masa tu, jadi kami terus cari hotel dengan harapan menggunung, kat hotel ada air 🤣🤣🤣.

since ucu pergi bercuti dan tinggalkan isteri dia berseorangan, maka anies-lah yang jadi peneman mak cu. mak cu cakap, "tak pe. kita cuti-cuti Malaysia a.k.a playing tourist jelah..."

kami check in agak lewat sebab uruskan banyak perkara. setiba di bilik, rasa sangat2 puas hati. walaupun biliknya agak kecil tapi entah kenapa kami rasa macam duduk hotel mewah gituuwww

esoknya, kami turun bersarapan di dining hall. bila masuk, terkesima sekejap sebab ramai sangat pelanggan hotel pada hal masa tu bukan cuti sekolah atau public holiday.

sambil makan sempat anies perhatikan staf dapur hotel bertungkus-lumus menambah makanan selain sibuk melayan permintaan.

fasal makanan pula, memang sedap. kena dengan tekak kami. secukup rasa. tapi paling best bagi mak cu adalah, ada coffee maker. 2 kali dia menambah. benda free kan 🤣🤣🤣

cakap fasal kemudahan, selain kemudahan asas hotel, Hatten Place juga turut menyediakan free shuttle bus untuk para pelanggannya dan korang boleh pusing2 bandar Melaka FOC. selain tu, dalam bangunan sama, ada shopping mall dan of coz korang boleh buang duit kat sini tanpa pergi Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan.

untuk mengetahui harga penginapan kat sini, korang boleh tengok kat agoda. com. Alhamdulillah, masa kami booked tu, kami dapat harga murah (bawah RM180 + breakfast for 2). mak cu dengan baiknya siap gunakan coupon yang dia simpan untuk next travel. thank you mak cu.

ada satu lagi kemudahan dan lokasi menarik yang disediakan FOC untuk pelanggan hotel ni. apa dia? nanti anies share on my next entry.

stay tuneddd...

p/s maaflah ya gambar blur...

access card. jangan tinggalkan sebab naik lift pun guna kad ni...

lobi hotel


laluan menuju ke dining hall (jeriji warna hitam)

kafe di tingkat bawah hotel... nak lepak malam2 sambil minum kopi boleh turun ke sini...

main entrance... untuk ke meja receptionist, korang kena naik ke tingkat 5

ruang lepak lepas makan...

sebelah tu hotel Double Tree by Hilton...

main court Hatten shopping mall. masa ni kedai2 belum buka lagi... oh ya kat sini ada cinema tau... 

dining hall

just beritahu je staf tu nombor bilik sebelum masuk...

suasana dalam dining hall..

nampak tak ada 3 coffee maker kat sebelah kanan gambar? (dekat budak baju putih tu)

masa ni harimau belum rasa nak membaham lagi 🤣🤣🤣 tapi both of us memang melantak habis-habisan hari tu. memang kenyang sampai boleh pasang niat puasa sunat sekali 🤣🤣🤣


bilik hotel

mak cu cakap, dia suka sangat dengan design botol ni...  sanggup tak minum tu 🤣🤣🤣

toiletries... dia punya shower form, body lotion dan shampoo (botol kecil hitam) best sangat sebab ada bau buah pala

bilik mandi

sinki + towel....

jamban yang air paipnya sangat deras... syok ooo bila membuang 🤣🤣🤣

locker. pintu locker = pintu bilik air.

meja solek? boleh laa...

kettle, mini bar fridge (dalam kabinet putih), kopi, teh etc... at the end, semua bungkus bawa balik 🤣🤣🤣

last but not least, our bed yang sangat2 best dan selesa... 2 biji bantal seorang. memang lena sampai ke pagi. tilam dia tebal ooo...

laluan ke bilik...

apa benda ni? haa... nanti anies share on my next entry ya... tunggu...

thank for reading...
daaa....


Yang Ni Pun Best Juga Taw!

47 Your Words of Lo♥e

  1. It is nice hotel!
    Jeruji nya beautiful and artistic

    ReplyDelete
  2. cantiknya lobby dia! Kalau dapat coffee free pun syok minum sampai kena refill :P

    ReplyDelete
  3. Pernah jugamakan buffet di Hotel Batten Place.

    ReplyDelete
  4. Wah! syioknya dia playing tourist gitteww...

    ReplyDelete
  5. Akak pun naik bus ronda melaka yg free tu

    ReplyDelete
  6. Yg syoknya kami berdua jer dalm bas.

    ReplyDelete
  7. siankan melaka xde air tuuhh..

    ReplyDelete
  8. Bilik selesa..mknan ok ..harga pulak berpatutan. Menarik ni

    ReplyDelete
  9. Hi kak Anies. Lama tak singgah sini. Hehe.

    Hatten Place ni saya selalu dengar nama dia je. Tapi first time tengok gambar hotel dia. Agak cozy juga ya.

    ReplyDelete
  10. saya kalau sudah makan ...mana sempat pandang-pandang atau jeling-jeling orang lain lagi

    ReplyDelete
  11. Great post dear!Photos are amazing !     

    ReplyDelete
  12. Es un lindo hotel me alegro que lo hayas pasado bien. Te mando un beso

    ReplyDelete
  13. BEst.. Nampak selesa tempat ni.

    ReplyDelete
  14. cantik hotelnye...bersih....

    PS: rietta kalau jenis chemical...reject kilang xbrani beli...kalau brg lain pakaian ke pinggan mangkuk ke...onz je....

    ReplyDelete
  15. Travel kerana xde air yer. Comel meja solek dia. Tq payung nama kita kat atas tu. Bom bila rajin 🤭

    ReplyDelete
  16. Bilik mandinya bersih sekali ya
    Wah jadi betah mandi deh

    ReplyDelete
  17. Amboi... Pi Melaka tak habaq no😐

    ReplyDelete
  18. Yang penting ada mall untuk shopping 🛍️🛍️🛒🛒

    ReplyDelete
  19. Melaka still kena catu air lagi...

    ReplyDelete
  20. Harap sampai end this February ni jew😔

    ReplyDelete
  21. Enjoy trip to Melaka 🌹🌹👍👍

    ReplyDelete
  22. Wuuuu ni yang jeles ni! ngehehe ;) ;)

    ReplyDelete
  23. Wow, lihat kamarnya sudah terbayang harganya pasti mahal untuk menginap Anies. Itu harganya 180 Ringgit ya per malam, berarti hampir 600 ribu rupiah, ternyata tidak mahal juga. Apa karena diskon ya dari Agoda.😀😀😀

    ReplyDelete
  24. Tempatnya cakep (lawah) mbak Anies.

    ReplyDelete
  25. Desain ruangannya cakep nih, bikin betah berlama-lama

    ReplyDelete
  26. Nampak mewah jugak hotel ni. Selalu jugak tengok kawan-kawan stay dekat hotel ni.

    ReplyDelete
  27. Estupenda información! Que tengas una feliz noche! 💗💗💗

    ReplyDelete
  28. Gracias por seguirme, yo te sigo desde antes! 👌👌👌

    ReplyDelete
  29. aw tampak senang betul kak anies! bisa refreshing nih selepas kerja suntuk hehe tempat yang cocok

    ReplyDelete
  30. nice place mbak aniss.. mewah sangat!

    ReplyDelete
  31. hotelnya bagus ya kak, dengan fasilitas yang lengkap

    ReplyDelete
  32. Pernah lalu tp tak pernah menginap lagi kat sini. Baru nampak, dalaman dia cantik.. unik!

    P/s: Anis.. terima kasih atas parcel cenderahati. Saya dah terima dah hihii :) :)

    ReplyDelete
  33. cantikkan Hatten Melaka.. hee~ paling win sebab dekat dengan shopping mall..

    ReplyDelete
  34. cantiknya tempat ni.. mmg dah lama tingin nak pegi

    ReplyDelete
  35. waw pasal pelayanan nya oke,,, saya suka saya suka

    ReplyDelete
  36. kalau ke Melaka boleh stay sini..Nampak bilik macam best!

    ReplyDelete
  37. Looks like a good place. Enjoy your trip!

    ReplyDelete
  38. bestnya dia bagi dua biji bantal.. gebu gebas tilamnya..

    ReplyDelete
  39. seronoknyaaaaa. kalau p sana ni seronok explore each floor.

    ReplyDelete
  40. pada suatu masa Insya Allah akan ke MElaka Raya ada Makcik jadi Suri di Sana semoga ke Hatten Place ini sangat menggoda

    ReplyDelete
  41. Tak pernah lagi tidur kat hatten place, harga include breakfast tu kira dah cantik dah. Next time boleh survey la hotel ni pulak..

    ReplyDelete
  42. Lama dah tak bercuti kat Melaka...

    ReplyDelete
  43. Makanan sedap.. bilik.cantik.dan luas

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆