Anak bapa

10:34 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ketika tren yang dinaiki berhenti di salah sebuah station, aku tengok tak ramai penumpang yang masuk. Tiba-tiba...

"Nak, boleh pak cik duduk sini?"

Aku terkejut bila disoal begitu.

"Eh, duduklah pak cik. Seat ni memang kosong."

Lalu lelaki yang berusia dalam 70an pada pandangan aku itu pun melabuhkan punggung.

"Nak pergi mana?" soalnya.

"Nak pergi kuliah," jawab aku.

"Naik tren?"

Aku mengangguk.

"Ulang alik?"

Aku mengangguk lagi. Entah kenapa kemudian aku terfikir, barangkali pak cik ini bukan berasal dari KL. Lalu aku pun bertanya.

"Pak cik nak ke mana? Pak cik berseorangan ke?"

Dia cuma mengangguk tanpa memandang aku. Terasa jugalah bila kita tanya orang respon macam tu. Tapi aku pendamkan saja dalam hati.

"Pak cik ada seorang anak. Mungkin sekarang kalau dia ada, dia sebaya dengan kamu..."

Aku terus angkat muka menoleh. Apa maksud pak cik?

"Oh, ya ke... anak pak cik tu kat mana?"

Lelaki tua itu menggeleng. Baru aku perasan, riak di mukanya kelihatan sayu.

"Pak cik menyesal. Menyesal sangat..."

Aku diam tidak membalas dan menunggu ayat seterusnya.

"Dia anak bongsu. Atasnya ada empat orang kakak. Disebabkan dia anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki, pak cik memang sayang dia sangat-sangat. Pendek kata, dia anak manja pak cik..."

Kedengaran nafas berat ditarik. Aku masih membisu tapi telinga tetap terpasang menunggu butiran yang bakal keluar dari mulutnya.

"Arwah mak cik marah sangat bila pak cik terlalu manjakan dia. Bila dia masuk sekolah menengah, pak cik perasan perangai dia berubah. Tapi pak cik buat-buat tak nampak. Dia merokok tapi pak cik tak marah. Dia ponteng sekolah tapi pak cik cuma beri nasihat. Cikgu suruh datang sekolah sebab dia buat masalah disiplin, pak cik tak datang pun..."

Aku terkedu mendengarnya. Biar betul? Sampai begitu sekali pak cik ni sayangkan si anak?

"Sampailah suatu pagi, pak cik nampak dia terbaring atas katil. Pak cik tanya kenapa tak pergi sekolah. Dia cakap, dia kena buang sekolah. Kamu tahu apa tindakan pak cik lepas tu?"

Aku menggeleng laju.

"Pak cik bawa dia ke sekolah. Pak cik jumpa pengetua dan pak cik marah pengetua tu sebab berhentikan anak pak cik!"

Aku ternganga tak percaya. Betul ke cerita yang aku dengar ni? Baru hendak tanya, tapi tak jadi sebab aku nampak air mata dah mengalir di pipinya.

"Tu kesalahan paling besar pak cik buat. Peliknya pak cik langsung tak menyesal. Pak cik ego. Tak lama lepas tu, selang sebulan tiba-tiba polis datang rumah. Paling mengejutkan, pak cik nampak anak pak cik keluar dari kereta polis dengan tangan bergari. Arwah mak cik meraung melihat anaknya bergari..."

Air matanya mengalir lagi. Rasa simpati membuat-buak dalam dada. Tapi apakan daya, aku tak mampu berbuat apa-apa sebab destinasi yang aku tuju hampir tiba. Mahu tak mahu aku kena minta izin untuk beredar.

"Pak cik sabar ya... biarlah apa yang dah berlalu tu. Kita yang sekarang ni kena terus pandang ke depan. Saya dah sampai pak cik..."

"Ya, nak. Terima kasih sebab sudi dengar luahan pak cik tadi. Belajar rajin-rajin ya," pesannya sebelum aku menyalami kedua tangannya.

Sebelum melangkah keluar dari pintu gerabak, aku sempat toleh belakang.

"Eh, mana pak cik tadi?!!"


KE MANA PAK CIK TU MENGHILANG? 

BERI JAWAPAN KORANG KAT RUANGAN COMMENT. JAWAPAN PALING MENARIK AKAN DAPAT HADIAH.

good luck!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

42 Words of Lo♥e

  1. pakcik tu hilang dan terus menjadi misteri..

    ReplyDelete
  2. Pakcik tu keluar daripada tren keretapi.

    ReplyDelete
  3. Sudah jadi perilaku umum yah Cik, kalo anak terlalu dimanja maka suram masa depannya.

    btw.. kok pak Ciknya menghilang? :D

    Btw... di KL sama di Indonesia sama yah, semua sibuk melihat HP :D

    ReplyDelete
  4. tak tau nak terkejut ke nak takut.

    mungking pak cik tu dah pecut dulu keluar.

    ReplyDelete
  5. laa mana kerusi yg kosong tadi tuuh.. atau cik adek ni berangan je kot.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Mysterious guy!
    He could be among the crowd.
    Or he could be in her fantasy :)

    ReplyDelete
  7. tengah best best baca sambil bergenang air mata, pakcik boleh hilang plak...seram kejap...

    PS: Pak Chik tu pun turun kat stesen yang sama :)

    ReplyDelete
  8. Muy interesante el tema!
    Espero tu opinión en mi último post, espero que te guste! Feliz semana! 💓💓💓

    ReplyDelete
  9. Eh, ke mana si Bapak Tua. Pasti juga tidak ada yang melihatnya, karena semua sibuk tertunduk, sampai tulang tengkuk bongkokan.
    Barangkali si Bapak Tua dijemput anaknya.

    ReplyDelete
  10. Sebab itu semua mimpi bila terjaga hilang dah pakcik tu

    ReplyDelete
  11. ...
    "Kenapa dengan awak ni, cik? Tiba-tiba pucat lesi aje muka awak? Kan awak dah nak keluar dari lrt ni?" kata mamat yg tak berapa hensem yg berdiri ditepi aku ketika itu.

    Terketar-ketar aku menuding jari ke arah pak cik itu yang sudah hilang daripada pandangan!

    Pantas mamat tak berapa hensem berpaling ke situ. "Eh, mana pakcik tadi? bukan ke tadi dia ada kat belakang awak? Macamana pula dia boleh hilang tiba-tiba? Jangan-jangan ..." Aku dan mamat tak berapa hensem itu saling berpandangan.

    “Pak cik tadi tu hantu kot! Cabut!" Pantas aku membuka langkah seribu.

    Larian Usain Bolt pemegang rekod dunia acara 100 meter pun belum tentu dapat menyaingi larian aku!

    Tammat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa lamanye approved comment.. wak ade buat special entry psl nih:

      http://tigalalat.blogspot.com/2020/01/why-is-sky-blue.html?m=1

      kalo menang nk hadiah

      Delete
    2. TERIMA KASIH atas usaha wak ni. maaf byk2 sy kekangan masa nk baca semua ni. sy publish komen once sy dah selesai BW supaya sy boleh take note mn2 blog yg sy singgah. apa2 pun terima kasih ya wak... esok lusa sy announce jawapan mn paling tepat insya allah

      Delete
  12. arghh..sudah..mimpikah aku?haha

    ReplyDelete
  13. pak cik tu lagi laju, dia da kat depan pintu gerabak dah...apa la, tu pun tak nampak kee 😝

    ReplyDelete
  14. Punyalah syahdu mama baca tetiba last tu mmg x tahan laa hahaha

    ReplyDelete
  15. Pakcik tu pun dah tak ada sebenarnya, dia cuma menjelmakan diri pada orang yang dia nak bersembang saja 😷

    ReplyDelete
  16. pak cik itu dah keluar dahulu....laju pakcik tu berjalan.... ataupun anda dalam dimensi lain...hehehehehe.....

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. erkkk... Pakcik tu bangun dan duduk kat tempat lain pulak...

    ReplyDelete
  18. Siempre es bueno estudiar. Buena historia. Te mando un beso y buena semana

    ReplyDelete
  19. Pakcik tu hanya imaginasi penulis bagi melengkapkan cerita di atas.

    ReplyDelete
  20. Hana rasa Pak Cik tu pegi tandas kot! Ngehehe :P

    ReplyDelete
  21. PAk Cik pun turun, ternyata kita satu tempat pemberhentian. MEski begitu, tujuan kita berbeda, sehingga akupun berpamitan untuk kali kedua

    ReplyDelete
  22. Rupa-rupanya pakcik tadi pindah tempat duduk dan kelihatan sedang bercerita dengan penumpang lain. Mungkin menceritakan kisah anak kesayangannya itu.

    ReplyDelete
  23. Wah semoga pak ciknya selalu sehat dan bahagia ya

    ReplyDelete
  24. Love your review as always ))

    ReplyDelete
  25. Ala..kenapa tanya pasal pakcik tu, tanya la pasal anak dia. Senang sikit nak jawab :P

    ReplyDelete
  26. Hai, saya dari Indonesia. Cerita yg kamu buat sangat menarik, saya suka. Itu cerita kisah nyata kah?

    Saya bacanya sambil mengeluarkan suara, itung-itung belajar bahasa Malaysia, hehe. Mungkin pak cik itu sudah buru-buru keluar kereta.

    Salam kenal.

    ReplyDelete
  27. Last2 jadi suspen juga ni.. tp mungkin pakcik tersebut terus membawa diri terus ke gerabak lain lepas isi hatinya diluahkan huhu..

    ReplyDelete
  28. Mungkin Pak Cik tadi, pergi ke toilet selepas kak Anies menyalami tangannya, sebab kebelet sangat. jadi beliau bergerak sekejap mata. hehehe...

    ReplyDelete
  29. ramai orang tua berbuat seperti ini terlalu memanjakan anak , oh iya pakcik mana tak ade sebab ia cuma seorang tokoh dalam sebuah novel

    ReplyDelete
  30. kisahnya mengundang simpati...tapi endingnya? Manalah mungkin pulak dia duduk kat tandas..?

    ReplyDelete
  31. jeng jeng jeng.. pakcik tu nak pesan kat kite semua..
    nanti jadi parents.. jadila yang terbaik n jgn manjakan sngt.
    nnt ttb boleh hilang begitu saja =P

    ReplyDelete
  32. Terus jadi cerita seram.. Pakcik tu sebenarnya dah tak ada..
    Yang duduk sebelah 'aku' tu hanyalah kenangan seorang pakcik yang menyesali perbuatannya memanjakan anak hingga merosakkan masa depan anaknya..

    ReplyDelete
  33. Kakak, bangun, hayo bangun. Jangan halusinasi, hahaha

    ReplyDelete
  34. Pak Cik dah turun kat stesen Pasar Seni tadi. Nak naik MRT pulak, balik Kajang..😀

    ReplyDelete
  35. Pakcik tu bergerak ke seat lain tak? Takpun dia ikut turun, ade je kat belakang tuuuuuu

    ReplyDelete
  36. Anies tertidur lalu bermimpi ke ni? Misteri sungguh toleh je xde dah.

    ReplyDelete
  37. Nak, tak perlulah cari pak cik. Pak Cik hadir sekadar mengingatkan anak agar tidak jadi seperti pak cik. Kisah pak cik bukan dongengan kerana realtinya ramai yang mengalami nasib seperti pak cik. Sayangilah anak berpada-pada jangan sampai ianya punca kepada sebuah derita...

    ReplyDelete
  38. Ini fiksi kah kak Anies? 👍😄 Tapi suka ceritanya, ada pesan yang bisa diambil. Memang tak baik memanjakan anak terlalu sekali. Dah besar, dah susah utk membentuk dia

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆