Menonton final Piala Malaysia 2019, Kedah vs JDT @ SNBJ

10:47 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, terima kasih banyak2 kepada En. Faizal yang sudi menghadiahkan 2 keping tiket final. ini julung2 kali kami tengok final Piala Malaysia secara live. before this, bila ada final macam ni, kami tengok kat tv je. Alhamdulillah rezeki tahun ni dapat tengok kat stadium walaupun kami penyokong LiverpoolFC bukan penyokong JDT or Kedah...

game yang berlangsung Sabtu lepas memang meriah dan sengit. tambah pula, kedua2 team adalah juara. JDT juara Liga Super 2019 manakala Kedah pula juara Piala FA 2019.

ni merupakan pertemuan final kedua buat JDT dan Kedah di mana mereka pernah bertemu pada final Piala Malaysia 2017 dan JDT muncul juara dengan jaringan 2-0 di Stadium Shah Alam.

bagi penyokong JDT, of coz laa diorang nak kemenangan 2017 berulang kembali manakala penyokong Kedah, diorang nak tambah koleksi kemenangan untuk menutup musim 2019 dengan penuh bergaya.

kami bertolak ke SNBJ dalam keadaan hujan renyai2. suasana agak terkawal dan anies dapat rasakan, bila sistem tiket telah di upgrade, so boleh nampak 'lain' sikitlah senario dalam dan luar SNBJ. tak terlalu crowded dan memang beza sangat (suasana) dengan game Malaysia vs Vietnam tahun lepas. siapa yang pergi game ni pasti faham apa yang anies maksudkan.

well, tahniah JDT kerana berjaya membawa pulang Piala Malaysia. kedua2 team akan bertemu sekali lagi pada pembukaan Liga Super 2020 nanti untuk perlawanan Piala Sumbangsih yang khabarnya akan berlangsung di stadium baru JDT.

p/s gambar tak banyak...

sebenarnya tiket ni untuk penyokong Kedah... (tiket penyokong JDT warna lain) tak apa laa janji dapat tengok...

perkarangan SNBJ memang penuh dengan para peniaga...

salah satu entrance untuk penyokong Kedah...

menunggu kemasukan barisan pemain...

video - perkarangan SNBJ

video - suasana dalam SNBJ buat pertama kali azan berkumandang dalam stadium. syabas! satu pembaharuan positif!

video - dari tingkat 3 SNBJ

p/s anies belum habis BW sabaq na...

thanks 4 reading
daa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

64 Words of Lo♥e

  1. bestnya blh masuk stadium tgk bola.
    sejak ade ank ni dh xtgk bola kat stadium..
    rinduuuuuu kat stadium..

    ReplyDelete
  2. Rindunya nak gi snbj. Bagus la dh pakai sistem baru. Kalau x macam kita g tengok Aff dulu. Semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn sistem ni rs sgt2 best dan selamat... kalau perhati betul2 byk jg seat kosong

      Delete
  3. Mesti lagi seronok dapat tengok live di stadium kan Anies.. pembaharuan yang dibawa pun bagus.. semoga berterusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. feeling tgk kt stadium ni lain hehehe

      Delete
    2. dengan sora sorai penyokong.. Aksi pemain secara depan mata.. Memang lainlah dia punya perasaan itu.. Sha pernah rasa masa menonton perlawanan hoki.. Ketrujaan tu tak sama bila menonton melalui tv..

      Delete
    3. betul tu sha, paling best kalau penonton ada mengusik seseorg. pecah perut dibuatnya (cerita di sebalik live)

      Delete
    4. Yang disebalik live tu yang best kan.. sebab dari tv tak ada benda-benda tu semua.. :)

      Delete
    5. dlm tv nmpk yg elok2 je hahahahaha

      Delete
  4. Wahh bestnya dpt tiket tengok bola ni.. best. Tahniah juga buat JDT! :)

    ReplyDelete
  5. kami tengok kat tv malam tu tidoq awai. haha. pasrah ja kedah kalah. takpa lah, next year cuba lagi ^_^

    ReplyDelete
  6. Thanks for your sharing 😊 have a nice day 😊

    ReplyDelete
  7. Awat tak tunjuk muka mem besaq. Happening sangat suasasa malam tu kan...
    Mrs. A tengok kat TV jer... tak sokong mana-mana.
    Adik sokong Kedah babah sokong JDT tapi mujur Adik tak nangis bila Kedah kalah hahahaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terfikir nak selfie ms tu sbb excited punya pasal hehehe

      Delete
  8. Keren juga suasananya kak. Oiya kak, gak coba taruh videonya di youtube??

    ReplyDelete
    Replies
    1. record video utk suka suka saja mas... tak adalah sampai nak share di YT hehehe

      Delete
  9. Fun game!

    Walaupun bukan penggemar pertandingan olahraga, i do enjoy watching the match too

    ReplyDelete
  10. wah penyuka sepak bola juga ya kak hehe kalau Indonesia vs Malaysia ya heboh lagi tuh

    ReplyDelete
  11. untungla ada orang taja tiket..kita ni tgk kt tv sambil berbaring jer..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan taja tp dia kasi kite pn amik je laa kn ;-)

      Delete
  12. waaa dapat pergi final piala malaysia. setakat stadium ni dah jadi baru, tak pernah lagi masuk snbj ni. mesti best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best snbj lps sea game ni. kaw sekeliling pun dah cantik

      Delete
  13. Seronok lagi dapat tengok live kan. Kita layan kat TV je. Tahniah JDT. yeay!

    ReplyDelete
  14. Interesting post my dear, thank you for sharing :-) 

    ReplyDelete
  15. Wow... Mesti kebabom👍👍⚽⚽

    ReplyDelete
  16. kami tgk pernah tgk bola kt stadium. melepek dpn TV kat rumah je klu ada perlawanan yg kami nk tgk

    ReplyDelete
  17. tengok live memang seronok tapi yang tak tahan tu orang bersemut . Nak masuk dan keluar stadium kena berhimpit-himpit . Alhamdulillah , ada suara azan dalam stadium .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mmg tak boleh nak elak. serik sy kn stuck dulu otw blk dr opening sukan sea. hmpr sejam tercegat kt dpn lrt

      Delete
  18. Kita tak minat bola, tapi kita minat pemain bola. Ops heheh :P

    ReplyDelete
  19. kalau saya kurang begitu hobi sepak bola, namun jika yang bertanding itu idola saya, saya pastikan akan menontonnya :D

    ReplyDelete
  20. Paling seru nonton bola secara live. Ada adrenaline-nya ! Hahahaha

    ReplyDelete
  21. tunjuk tiket je ke? mengapa tidak tunjuk muka sekali hehehe

    ReplyDelete
  22. meski tak biasa nonton liga Malaysia namun saya punya beberapa sahabat penyokong tegar JDT ini sejak lama biasa pula kita berborak tentang club kebanggaan masing-masing apapun tahniah JDT dah berjaya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5-6 kebelakngan ni mmg musim JDT no wonder cerita kejayaan jdt tersebar smpi ke luar

      Delete
  23. jarang follow pasal bola ni..hehe

    ReplyDelete
  24. Syoknya tengok kat stadium. Kami tengok kat rumah pun dah gegak gempita, stadium lagilah kan, hehe

    ReplyDelete
  25. wow.. tak penah tengok bola kat stadium. tengok kat screen je tapi selected teamla..

    ReplyDelete
  26. tak hbis2 Liverpool.. hehe. dpt tgk free tu bagus la. eh bkn nk jd rakyat Kedah ke

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆