Đà Nẵng, Vietnam: bersiar-siar @ My Khe Beach

11:25 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

salah satu tarikan Da Nang adalah pantainya yang putih, bersih, luas dan air lautnya yang membiru. jadi tak hairanlah kalau nama-nama resort tersohor ada didirikan di sekitar persisiran pantai Da Nang ni.

luckily, our hotel kat Da Nang ni tak jauh dari pantai. jalan kaki je dah boleh sampai. tapi jangan terkejut kalau korang nampak ramai orang / pelancong cuma bertuala atau badan basah dan berkaki ayam berjalan lenggang lenggok pulang ke hotel. sebenarnya diorang baru lepas mandi kat pantai berdekatan.

masa mula2 sampai di hotel, kitorang hairan jugalah kenapa lantai hotel ni berpasir. rupa-rupanya pengunjung hotel baru balik dari pantai.

seperkara lagi yang anies dapat simpulkan, pada awal pagi dan lewat petang (sebelum sunset), pengunjung pantai memang ramaiiiiiiiii yakmat! tapi pada sebelah tengah hari, seorang umat manusia pun tak ada. siapa sanggup berjemur tengah2 panas tu oiii... ada yang masak kena salai dengan matahari...

so, waktu yang sesuai untuk bermandi manda kat sini adalah pada awal pagi dan lewat petang. sebelah malam ada juga yang mandi tapi tak digalakkan sangat sebab kawasan sekitar pantai tiada lampu dipasang. so memang bergelaplah kawasan tu.

anies ke pantai My Khe ni dua kali. sekali pada sebelah malam dan sekali lepas balik dari The Marble Mountains. pasir kat sini sangat2 halus. memang kalahlah pasir kat Pantai Cenang tu. hahaha...

selain bermandi manda, ada juga aktiviti pantai dijalankan kat sini. riding banana boat, parasailing, jet ski dan macam2 lagi. kalau nak join aktiviti semua ni, sediakan duit je. harga pula lepas convert to RM lebih kurang sama je macam harga kat Port Dickson or Pantai Cenang.

dan macam biasa...sebahagian gambar yang sempat anies snap...

see? besar kan pantai My Khe ni? bukit / gunung yang korang nampak tu, kat situ merupakan sebuah teluk...

ni pula view sebelah kanan pantai (kedudukan anies berdiri)... Alhamdulillah, cuaca baik dan redup je...

apa lagi kalau bukan hotel, kan? since Da Nang dah famous, maka mencanak-canaklah hotel tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan...

antara aktiviti pantai yang ada...

nah, ni harganya..

lupa nak zoom gambar pasir pantai yang teramatttt halus... sampai tenggelam kaki dibuatnya... nak jalan memang payah... siapa yang berjoging kat sini memang boleh lelah dibuatnya... hehehe

kami tak bercadang pun nak mandi manda kat sini... dapat tengok pantai pun dah happy...

dekat area anies snap gambar ni, kawasan larangan mandi sebab aktiviti jet ski berlaku kat sini...

malam pertama kami sampai sini, anies dengan mak cik dan pak cik sempat terjah ke sini... waktu malam memang tak ada lampu. cuma kat sini je yang terang benderang...

apa lagi kalau bukan lampu dari hotel-hotel...


short video @ My Khe Beach

memahat memori. ni gambar spontan... macam tak percaya je bila elok pulak kejadiannya dengan sekali snap hahaha... puji kemain!

tu je nak share... maaflah kalau anies belum sempat nak BW...

thanks 4 reading..
happy weekend...

daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

47 Words of Lo♥e

  1. Wahhh... Bestnye. LeYa belum berkesempatan lagi jejak ke Vietnam.. InsyaAllah doakan LeYa nak ke situ jugak ye

    ReplyDelete
  2. Adoi.. pasir memutih.. halus pula tu.. best rasanya kalau dapat baring atas pasir tu.. hehehe.. Lama tak ke pantai bermain pasir dan air laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syok. plus x de kulit siout o kerang tau kt pasir2 tu. batu pn xde

      Delete
  3. A beautiful beach!

    You are looking great in the mid-air, a cool photo!

    ReplyDelete
  4. wah! berjalan sakan anies di Vietnam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya naik flight cikgu bukan berjalan hahaha #gurau

      Delete
  5. Pantainya cantik banget, jadi pengin main pasir dan air di pantai nih, view malamnya juga keren

    ReplyDelete
  6. wahhhh cantikkknyaa pemandangan di sini

    ReplyDelete
  7. Tulisan Vietnam nie ada pelik-pelik sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tulisan diorg adaptasi dr bahasa perancis. dan simbol2 tertentu tu, ikut dialek / percakapan org Vietnam

      Delete
  8. Ceritanya berlanjut, pingin juga nih berkunjung ke Vietnam..

    ReplyDelete
  9. Nice travelling. Pantainya masih tampak asri dan bersih. Memang jadi banyak hotel dan pepohonan berkurang. Risiko sejuknya juga berkurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar, mas tapi Vietnam negara 4 musim. kalau winter, di sini sangat sejuk walaupun tiada snow

      Delete
  10. "Pasir putih tepi pantai....
    Ombak-ombak bergelora..." *ewahhh!! hahaha akak sambung jap! Hana lupa lirik lah... :P

    ReplyDelete
  11. memang taklaa nak mandi laut tengah2 hari kak.. tapi kat Malaysia ni 24jam orang mandi kalau boleh hahahaha.. semua kulit kebai. tapi rasanya mandi petang2 lagi best kan usually angin sepoi2 ptg hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg konon nk sunburn laa tu... tp panas sini boleh consider, ct. pns kat sn mmg rentung dibuatnya. almost 39-40 celcius!

      Delete
  12. Kitorang kalau nak cari hotel, dapat tepi pantai memang seronok terus. Lepas mandi pool, jalan kaki pulak pergi mandi kat pantai sambil main pasir. Seronok!

    ReplyDelete
  13. Best tengok orang bercanda di pasiran pantai hihi 😬😆

    ReplyDelete
  14. Mmg syok ni dpt santai2 tepi pantai mcm ni. Klu tngok daro gambar2 tu, suasana pun redup.. pasti berangin dan nyaman. Tempat yg menarik utk cari inspirasi juga.. thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete
  15. kalau pergi mana-mana negara, kalau boleh, pergilah ke pantainya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tp ada jg negara yg x de pantai ;-)

      Delete
  16. cantiknya pantai bila dekat dengan kota besar macamni kalau di tempatku pantai jauh sangat dari bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? nanti pindahlah ke tempat yg dekat dengan pantai, mas ;-)

      Delete
  17. Cantik. Putih betul pasir dia.

    ReplyDelete
  18. Wah sejauh Mata memandang pantai Kat situ

    ReplyDelete
  19. Wahhh... luasnya pantai dia...

    ReplyDelete
  20. Cantiknya pasir dia mmg nampak putih sgt

    ReplyDelete
  21. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. bestnyaaa tgk pantai dia!! maybe boleh ke danang one day heee..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆