Hah? cerita raya?

10:31 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

'Script' raya kami hampir sama je saban tahun... tiada yang 'wow' melainkan ada yang sudi hulurkan duit raya hahaha...

tahun ni, kebanyakan family members beraya di rumah mertua masing2. sebaliknya, jiran anies pula, tahun ni semua anak cucu cicit diorang balik kampung. memang penuh halaman depan rumah dengan kereta diorang sampaikan anies nak keluar pergi kedai pun tak boleh. bayangkanlah punya banyak kereta! (1 family 1 kereta. belum lagi kereta cucu cicit yang dah berkeluarga!)

tahun ni, anies start cuti hari Selasa, 4hb. Isnin, 3hb masih bekerja macam biasa. since cuti sekolah awal kali ni, so highway memang tak sesak tapi kat R&R memang penuh. anies habis kerja pukul 5.00, entah kenapa masa drive balik tu, mata punyalah mengantuk. nak tak nak kena stop juga kat R&R then zzz... terjaga je, orang dah azan Maghrib. since dah beli makanan siap2 jadi makan dalam kereta je laa...

selesai makan, baru gerak dan tuju ke R&R seterusnya. surau  R&R sebelum ni penuh. selesai Maghrib, terus drive balik. tapi bila teringatkan tak beli baju raya lagi, so tukar direction ke AEON.

bukan perkara pelik kalau beli baju raya last minit. sebelum ni dah cari kat KL tapi tak menarik hati. warna yang berkenan tak ada. cari punya cari, Alhamdulillah, dapat juga.

hari berikutnya, hari untuk mengemas. memang mencabar bila tiba hari terakhir Ramadan ni. penat dia lain macam. betul tak? anies rasa macam nak pengsan. tambah pula cuaca panas.

walaupun penat, sempat jugalah masak laksa Sarawak untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, berakhir sudah Ramadan kali ini. moga2 kita diberi kesempatan dan nyawa lagi untuk meraikan Ramadan pada tahun depan...

dan sebahagian gambar yang ada...

snap dari belakang rumah. anak2 jiran yang rasanya tak habis berbuka lagi, dah berdentam dentum main bunga api. tak tahulah berapa banyak bunga api diorang mainkan... yelah, anak pegawai imigresen... faham2 je laa hahaha

disebabkan sebelah siang tak dapat keluar sebab kereta kena block, dalam pukul 10.00 malam baru dapat terjah bazar raya. punyalah ramai manusia... anies ingatkan anies seorang je yang tak habis shopping raya...

menjadi kelaziman di masjid kampung anies... pagi 1 Syawal, lepas solat subuh pasti ada makan-makan. semua juadah ni dibawa oleh para jemaah. so secara tak langsung dapatlah merasa juadah raya jiran2 sekampung... lepas makan, sama2 bersihkan pinggan mangkuk dan ruang untuk persediaan solat hari raya...

lazim lepas makan-makan kat masjid, anies akan terus ke kubur. sebab masa ni orang tak ramai lagi. kalau pergi lepas solat raya, memang ramai dan terpaksa berhimpit sebab laluan agak sempit atau terpaksa mencelah2 di kubur. 4 kubur wajib diziarahi yakni kubur arwah atuk, arwah abah, arwah ayah dan arwah mak cik... semuanya di tempatkan di kawasan yang sama...

#teambajumerah merangkap team penyokong Liverpool. tahun ni ada 2 team raya. satu team hijau dan satu lagi team merah. anies rasa ni je kot gambar raya yang senonoh sikit. yang lain, diorang buh filter macam nak rak. konon peloles la tu. tapi bila zoom tak ubah macam muka mayat aduhhh...

raya kedua beraya di tepi jalan hahaha... yang dok belakang tu mungkin dia tak sabar nak jadi tarzan kot hahaha... since orang tua bersembang tak habis2 kami yang muda belia ni larilah keluar cari port untuk OOTD kononnya hahaha... ni pun satu. buh filter sampai tak boleh nak bincang!

jangan tiru perangai budak baju oren tu. dia kalau dapat kuih raya, dia seorang je nak bedal. orang lain dapat serdak je... hahaha... yang tepi tu dah bersedia nak jadi aunty onion letteww hahahaha

korang dapat duit raya tak tahun ni? tak dapat? hahaha bertabahlah. siapa suruh tak datang rumah anies? kan dah melopong. tahun ni korang jangan jeles ya... anies masih dapat duit raya tauuu... walaupun bukan juta jutaan...yang penting dapat. korang? nan hado hahahaha (gelak setan tersepit) - gambar sekadar hiasan -

okey tu je cerita raya kami... raya ke 6 dah masuk kerja...

korang macam mana? seronok tak raya kali ni?

thanks 4 reading...
daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

73 Words of Lo♥e

  1. Siapa 2 tarzan kota berfoto di ayunan, kak ? ... ,
    Hahahaha,kak Anies bisa deh memberi julukan begitu 😆

    Aku jadi ingat pernah bergelayutan di akar pohon Bodhi berukuran raksasa ..,kayak tarzan modern 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak buat macam tu mas... sekali sekala ketika lebaran hahahaa

      Delete
  2. Idul fitri di sana tak beda jauh dengan di Indonesia yah. Ada ketupat, masakan daging dan kue2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas, udah namanya serumpun... bezanya tiada rendang crispy hahaha

      Delete
    2. Hehehe.... nice jokes mak Cik :)

      Delete
  3. Cie teteh yang lagi senang-senangnya mengenang hari raya,..paling enak itu saat hari raya ketemu keluarga ya teh, ngumpul bareng, canda bareng dan makan bareng,..yeeey senangnya

    ReplyDelete
  4. akak balik kampung hari ahad pun jalan lengang je.
    seronok.
    tak jem. tahun ni gambar raya akak ada lebih sikit. semua org bersemangat nak bergambar gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sng kn kak kalau cuti awal semua org dah blk hehehe

      Delete
  5. Sadly, I got no money on this Eid day :(

    ReplyDelete
  6. meriahnya raya di kg halaman. masa kanak2 dan remaja mmg sedap raya tp bila dah tua ni mcm biasa2 je.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. ya mas... tiada yang lebih melayu melainkan ketika lebara

      Delete
  8. Sepertinya kebiasaan disana dan disini sama ya saat 1 syawal
    Tapi kebersamaan ngumpul keluarga lah yang membuat happy
    Saat saat best nya di malam takbiran bisa sama teman teman lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas... lebaran kita sama sahaja... nama pun serumpun...

      Delete
  9. Meriah juga raya Anies, Raya kita biasa-biasa je. Penat je lebih sebab tolong kemas rumah non-stop on stop of kurang rehat sejak balik hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah dgn saudara mara...bkn selalu dpt mcm ni...

      Delete
  10. Cheq tergelak sikit bila terbaca part bunga api tu 🤣..biasa laa tu kerja anak2 depa laa kan nak 'tolong' melupuskan hasil rampasan, dlm tengah seronot berdentum dentam tu janganlah ada yg putus jari pulak, menyesal tak sudah nnt haa..🤭

    Selamat Hari Raya buat cikpuan blog, Maaf Zahir & Batin naa..🤝🏻🧕🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bakar org tua bdk2 kecik main bunga api hok merah tu je hehehe

      selamat hari raya cik suerin

      Delete
  11. tahun ni pun beraya seperti tahun-tahun lain. cuma lainnya tahun ni ada anak buah yang pertama. meriah la sikit

    ReplyDelete
  12. ramadan telah usai. saatnya bebas makan dan beli baju baru. THR telah cair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum habis, mas. puasa 6 syawal belum buat lagi

      Delete
  13. Makanannyaaaa bikin ngiler mbaa hahahahahahaha

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya nis !! Tanah kubur tu macam di kg ayah sy, pasir lembut bila terjaga cantik la. kemain selfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya. bahagian atas, pasir putih mcm ni. bahagian bwh, tanah merah sbb kawasan paya yg ditambak.

      Delete
    2. kawasan bwh masih baru lg. kaw ats dah berusia lbh 100 thn kubur2 kt situ

      Delete
  15. Selamat Idul Fitri. Mohon maaf lahir dan bathin.
    Laksa Serawak pasti lah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil fitri buat mas aris sekeluarga

      Delete
  16. Salam 11 Syawal Anies.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  17. Hai Kak... lebaran kakak di sana meriah sekali dan ada kesamaan sih kayak di sini, terutama ziarahnya. Pasti masyarakat di sini setelah shalat banyak yang ziarah lalu keliling dari satu rumah ke rumah lain untuk mencicipi kue lebaran dan bermaaf-maafan.

    Selamat Hari Raya Idul Fitri
    Mohon Maaf Lahir dan Batin ya Kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai mbak einid...

      rasanya sama sahaja kemeriah lebaran di mana2 pun... maklum sahajalah kita kan serumpun...

      salam aidil fitri buat mbak einid sekeluarga di sana ya

      Delete
  18. Ramai je yang suka shopping last raya.. lebih mengujakan.. hehehe..
    Cantik dan comel sampul duit raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn harapan dpt diskaun byk tp nan hadoooo

      Delete
  19. my raya is quite simple as we just went out to visit families. that is all. hehe

    ReplyDelete
  20. Saya setelah hari raya pergi ke hutan,..he-he,.pergi mancing,..loh kok curhat 😂😂😂

    ReplyDelete
  21. sye cuti 3 hari jer raya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isnin selasa n jumaat kan? pnjg la tuuu hahaha

      Delete
  22. tahun ni takde langsung orang bagi duit raya kat Mama Yan..hahaha...Kena tunggu tua sikit lagi kot...baru dapat duit raya..hahaha

    ReplyDelete
  23. selamat hari raya aidilfitri! =)

    ReplyDelete
  24. Yeay! memang jalan sini nak baca cerita raya pun hehehe...

    Tahun ni suka-sakat Mrs. A kat kampung tak meriah sangat dengan mercun harapkan jiran jerlah berdentum-dentam macam tahun-tahun sebelum nak lawan pun tak mampu hahhaaa taukeh mercun raya Kelate da...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tetiba rs nk bukak kilang mercun laa pula haha

      Delete
  25. raya ini tak tahu mengapa ngantuk nian tak pergi kemanapun di rumah je tidur seharian penuh

    ReplyDelete
  26. Kat mana kampung tuan admin nie... jauh benor ke???

    ReplyDelete
  27. Nampaknya nikmat sekali.. aku suka aku suka.

    -Fajarwalker.com

    ReplyDelete
  28. Happening nya ry.. mama la tu beli Baju Raya last minute

    ReplyDelete
  29. sehingga ke hari ini saya masih confius wajah anies..

    bagaimana pun selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
  30. wah udah lama nih gak main di blog kak anies, makin keren dan makin rame aja nih blog nya, sukses terus ya kak, maaf baru bisa online, baru mudik lebaran nih kak di kampung halaman hehehe :D
    Minal aidin wal faizin mohon maaf lahir dan batin ya kak, maafkan segala khilaf dan salah dari saya :)

    ReplyDelete
  31. Haha..lawak la gambar raya yang tengah ber ootd tu. Tengah selfie ke tengah cari line orang belakang tu?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆