Tayangan istimewa The Kid Who Would Be King

10:03 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Alex Elliot percaya bahawa dialah pewaris kepada King Arthur yang satu ketika dahulu pernah memerintah England setelah berjaya mencabut pedang Excalibur yang dikatakan (menurut buku cerita), sesiapa yang berjaya mencabut pedang tersebut maka dialah pewaris sebenar King Arthur.

selepas pedang tersebut berada di tangan Alex, pelbagai peristiwa aneh menimpa dirinya termasuklah ke atas rakan baiknya, Bedders. kehadiran Mertin atau Merlin yang pada mulanya menjadi bahan jenaka, menjadi 'pembuka jalan' bagi Alex untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik pedang dan 'rahsia' dirinya.

namun apabila dia mengetahui rahsia sebenar, barulah dia sedar hakikat sebenar tentang 'buku cerita, pedang Excalibur serta pewaris King Arthur.'

walaupun sudah mengetahui rahsia tersebut, namun disebabkan tugasan nan satu ini misi sebenarnya masih belum lengkap lagi. Morgana, pada bila2 masa sahaja mahu merampas pedang tersebut.

siapa Morgana? apakah rahsia yang menyakitkan hati Alex itu?

komen: 

secara ringkas, filem ini: dongeng vs realiti, zaman silam vs zaman masa kini, kebenaran vs penipuan, kejahatan vs kebaikan.

segalanya bermula dari sebuah buku cerita. tetapi ia ternyata benar2 berlaku dan itulah yang perlu dilalui Alex, rakan baiknya serta 'musuh2nya'. 

sebuah filem santai dan anies berasakan ia sepatutnya menjadi lebih ringkas sekiranya tiada adengan2 meleret (tak perlu dipaparkan). pun begitu masih menghiburkan meskipun para pelakonnya terdiri daripada kanak2 dan remaja. unsur2 humor tetap ada walaupun dalam scene serius dan aksi.

oh ya, yang best dalam filem ni adalah 'British ascent'nya yang wow! bila dengar terasa macam masuk kelas Listening hahaha... 

so daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐ 1/2 

filem ni bakal menerjah pawagam seluruh tanah air bermula esok, 17 Januari 2019.

tiket premiere kali ni diberi oleh Kadokawa Gempak Starz. terima kasih KGS!

1st time datang ke sini, 1st time menonton kat sini... memang cuak habis sebab Paradigm Mall ni ya Allah... 'bersimpang siur'. kalau nak park kereta tu, silalah snap gambar lokasi. boleh sesat wooo...

antara aksi2 dalam The Kid Who Would Be King

Alex beraksi seolah2 sedang mengurniakan pangkat satria kepada rakannya, Bedders sebaik sahaja dia menjumpai pedang Excalibur.

Alex, Bedders, Kyle dan Lance berpakaian seperti tentera King Arthur untuk menewaskan 'musuh2 King Arthur'...

Mertin / Merlin (tengah) sedang menggunakan sihirnya untuk menjadikan sebilah pedang kepada 4 bilah untuk kegunaan kawan2 Alex...

Mertin / Merlin versi orang tua, memulangkan buku cerita yang dibuang Alex setelah dia mengetahui rahsia sebenar...

Alex melarikan diri daripada Lance dan Kyle yang mahu membuli dan merampas pedang Excalibur...


trailer. credit video

selamat menonton!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

46 Your Words of Lo♥e

  1. Cerita kanak-kanak.. Dah lah memang suka merlin.. Boleh cuba tengok nanti..

    ReplyDelete
  2. Macam seronok je movie ni tapi rate awak bagi rendah. Mm so mean cerita ni boleh2 le kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain org lain pandangannya... mgkn bg org lain best bg sy biasa2 je...

      Delete
  3. wah berarti besok mulai tayang itu filmnya, selamat menonton

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat tiket free...best jugakan

    ReplyDelete
  5. dah 3 4 kali jugak masuk paradigm mall ni, tapi tak pernah tgk wayang kat situ...mmg situ besarr..huhu...

    ReplyDelete
  6. menarik, rasa nak pi tengok pula

    ReplyDelete
  7. Macam menarik je... ada beberapa movie dah ada dalam wish list teman untuk di tonton...

    ReplyDelete
  8. Mcm ok je klu bawa anak bongsu sy menonton hujung minggu ni. Thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete
  9. Anak ajak tengok cerita ni sebab tiap kali buka youtube keluar iklan dia. Tengah cari masa lagi, laki asyik busy je pulak..

    ReplyDelete
  10. Sepertinya film ini menarik ditonton.
    Dilihat traillernya seru ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg menarik utk ditonton bersama2 anak2 kecil

      Delete
  11. Ntar ceritain cerita filmnya ya, kak :)
    Selamat menonton

    ReplyDelete
  12. Jujur, aku kurang mengerti kalau ada orang yang bicara dengan aksen British, pasti harus baca subtitles, hehehe. Aku lihat trailer film ini di Facebook. Sepertinya bagus untuk keponakan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kedengaran sebutannya agak tebal, kan?😆

      Delete
  13. Wah, best ni. Macam citer Merlin tu gak yer

    ReplyDelete
  14. best ni..kna tunggu kluar tv la..kb xdok pawagan..haha

    ReplyDelete
  15. Ha..cerita ni la yang anak ajak pi tengok tapi husband simpan untuk tengok xxx-ray3 nanti..

    ReplyDelete
  16. ermmm konfius hahah.. tunggu movie marvel

    ReplyDelete
  17. Tak berkesempatan lg nak menonton filem ni, tp mcm tertarik juga nak menonton selagi masih ada kat pawagam.

    ReplyDelete
  18. Sha suka movie yg British accent. So sexy gitu, hehe.

    ReplyDelete
  19. wah nampak seru ini filem nya ya kak, jadi pengen nonton lengkapnya deh biar lengkap tahu alur ceritanya ;)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆