Menyaksikan ONE Championship: Destiny of Champions 2018 @ Axiata Arena, KLSC

10:04 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

First and foremost, jutaan terima kasih kepada pihak Dunia Sukan yang telah menghadiahkan 2 keping tiket menyaksikan sukan MMA kali ini. Sebenarnya 2 keping tiket ni adalah hadiah giveaway Dunia Sukan yang anies sertai beberapa minggu lepas.

Alhamdulillah... memang tak sangka terpilih sebab anies tahu, kat luar sana ramaiiiiii sangat yang menyertainya selain meminati sukan MMA ni.

kejohanan ni berlangsung pada Jumaat lepas. ya, sehari je. Lepas balik kerja, terus pecut ke KLSC dan lepas tu, ke Axiata Arena (a.k.a Stadium Putra) untuk redeem tiket. Event bermula pukul 6.30 petang tapi kami solat dulu baru masuk stadium.

FYI ni pertama kali anies menyaksikan MMA secara live. Sebelum ni ada je event MMA tapi tulah... malas nak pergi. hahaha... 

sebanyak 11 pertarungan dilangsungkan yang melibatkan seramai 22 atlet dari pelbagai negara seperti Brazil, Jepun, Cambodia, Portugal, Thailand, Greece, Taiwan, Rusia dan England. Malaysia juga menghantar 3 wakilnya iaitu Agilan Thani, Jihin Radzuan dan Mohammed Mahmoud.

daripada 11 pertarungan ni, ada pelbagai kategori MMA seperti Catch Weight, Flyweight, Bantamweight, Atomweight Strawweight, Middleweight dan Featherweight. Untuk atlet wanita, mereka bertanding dalam 2 kategori iaitu Catch Weight dan Atomweight.

kejayaan atlet Malaysia bermula apabila Mohammed Mohmoud a.k.a The Jordan Boy berjaya mengalahkan Stergos Mikkios. belum habis round 1, Stergos dah KO. so gegak gempita laa Axiata Arena hari tu.

kejayaan Malaysia diteruskan oleh Jihin Radzuan. lawan Jihin adalah Jenny Huang dari Taiwan. masa ni memang fight habis. dua dua sama kuat. tapi bila sampai detik2 terakhir round 3, Jenny nampak macam dah tak daya nak lawan. so bila referee umumkan Jihin menang, sekali lagi Axiata Arena gegak gempita.

tapi 2 kemenangan awal atlet Malaysia gagal diekori Agilan Thani. antara nama besar dalam sukan MMA negara ni nampaknya tak berdaya nak melawan asakan Kiamrian dari Rusia. seawal minit kedua round 1 Agilan dah KO.

okey laa tu je serba sedikit cerita yang berlaku kat Axiata Arena Jumaat lepas. sekali lagi, terima kasih kepada Dunia Sukan atas peluang ini...


tiket masuk. kaunter walk in turut dibuka pada hari tersebut. tapi maaflah anies tak tahu berapa harga tiket untuk walk in...

suasana depan Axiata Arena... ingatkan tak ramai... sekali dah masuk ke dalam, full house yo!

masa ni, pertarungan antara Mei Yamaguchi (Jepun) vs Jomary Torres (Filipina)...

main stage, di mana para peserta muncul bersama team masing-masing... sekali tengok sebijik macam pentas WWE tu hahaha...

masa ni kemunculan The Jordan Boy a.k.a Mohammed Mahmoud. kenapa Jordan Boy? sebab dia ni anak kacukan Jordan (ayah) - Malaysia (ibu) dan baru berusia 20 tahun kalau tak silap... 

The Jordan Boys vs Stergos Mikkios dari Greece...

sesi perkenalan atlet...salah seorangnya adalah Jihin Radzuan...

sesi pengenalan atlet... Agilan Thani... nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam sukan MMA di Malaysia...

kalau tak silap, masa ni pertarungan antara peserta Thai, Panpayak vs Rui Botelho dari Portugal...

ni pula antara pertarungan sengit sebab peserta dari Jepun yakni Yosuke, orangnya kecil je. so dia terpaksa tunggu sampai ke akhir round 3 untuk disahkan sebagai pemenang menewaskan Silva dari Brazil...

macam ni laa situasinya sebelum referee umumkan pemenang... yang jadi ramai tu sebab team masing2 semua masuk dalam ring hahaha...

kalau tak silam, yang ni pertarungan antara peserta Thai vs England... siapa yang memang? of coz peserta Thai sebab dia bertanding dalam Super Series (Muay Thai)

game Jihin vs Jenny Huang... bersemangat betul penonton masa ni...dah macam tengok bola sepak hehehe...

okey tu je laa yang anies nak share hari ni.... thanks 4 reading...

akhir kalam, majulah sukan untuk negara.

daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

39 Words of Lo♥e

  1. Wahh layan sukan lasak ni.. menarik juga :)

    ReplyDelete
  2. tak ramai di luar karena sudah masuk semuanya di dalam.

    ReplyDelete
  3. got invited but i couldn't go huwaaa

    ReplyDelete
  4. Bertuahnya cik anies sekali entry terus dapat 😘😘

    ReplyDelete
  5. Wow! currlass... pentas dia.
    Ha! tu dia tak sangka Anies minat MMA.
    Mrs. A masa memuda dulu minat gak sekarang dah tak minat faktor usia kot hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb pengaruh khabib kot hahahaha plus dah lama x tgk WWE

      Delete
  6. fuh,masa saya jadi pelatih SL1M dekat stadium Merdeka pun dapat merasa tengok,memang gempak..lagi-lagi Agilan Thani menang masa tu.

    ReplyDelete
  7. Wah, tahniah menang! Apa perasaan tengok MMA? Diorang kat seat tu menjerit2 x? Biasa tengok kat TV macam bising je menjerit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg menjerit tu team diorgn fans je. yg khusyuk tgk😊

      Delete
  8. Lucky girl... you got free ticket to see MMA live, I am jealous oh you..

    ReplyDelete
  9. takut tgk..kadang2 ada yang berdarah bagai..hehe

    ReplyDelete
  10. wah...menarik...tpi rietta ngeri sikit tgk benda mcm ni..dlm tv pun xtgk...

    ReplyDelete
  11. MESTI BERDEBAR HATI TENGUK ACARA SUKAN BERGADUH GINI

    ReplyDelete
  12. Tuan admin nie bertuah sungguh... selalu je dapat ticket free..

    ReplyDelete
  13. Haha fuiyoooo, tengok live tuu. Seram takk? Hehe

    ReplyDelete
  14. selama ni kak tengok dlm skrin tv pn rasa seram. ni kalau tengok live depan mata, tak tau lah camna. hehehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je.... lg dahsyat WWE banding yg ni...

      Delete
  15. Wehhh masa klik tajuk ingatkan Concert Wanna One yg kpop tu hahahhahaa.. Anyway lucky u menang contest.. Syoknyaaa

    ReplyDelete
  16. I like to watch MMA especially UFC but saya suka pula nonton one ini sebab banyak atlit asia yang bertanding, Malaysia dan Indonesia di UFC belum ada lagi

    ReplyDelete
  17. LIONDOMINO ADALAH SITUS JUDI ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA SERTA BONUS YANG MENARIK DARI AGEN TERBAIK DI LIONDOMINO


    BONUS YANG KAMI SEDIAKAN DISITUS LIONDOMINO :
    * BONUS ROLLINGAN / BONUS TURNOVER 0.3% - 0.5% SETIAP PEMBAGIAN HARI KAMIS
    * BONUS REFFERAL 10%
    * BONUS JACKPOT YANG KALIAN DAPATKAN DENGAN MUDAH
    * BONUS NEW MEMBER HINGGA 200.000
    * BONUS HARIAN MEMBER HINGGA 500.000
    * HINGGA BONUS EVENT YANG KAMI SEDIAKAN DI HARI BESAR

    a
    LINK UNTUK PENDAFTARAN :

    AGEN IDNPLAY TERPERCAYA

    ReplyDelete


  18. Nice & Informative Blog ! We offer welcome to Mila bulldogs. Check it out!...
    puppies for sale near me
    British bulldog puppies for sale
    where to buy

    Totally loved your article. Looking forward to see more more from you. Meanwhile feel free to surf through my website while i give your blog a read.
    welcome to Newsome frenchies
    where to buy french bulldog puppies
    frenchies bulldog puppies
    in Australia

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆